Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, April 25, 2010

Perbandingan Undi Barisan Nasional dan Barisan Alternatif

Jika Undi BN
  • Pembangunan negara diteruskan
  • Laluan LRT dipanjangkan
  • Jalanraya dibaiki
  • Rakyat termiskin dibantu
  • Golongan OKU dapat pembelaan
  • Warga emas dapat sumbangan
  • Sekolah-sekolah dinaiktaraf
  • Rumah rakyat untuk keluarga berpendapatan rendah
  • Masalah rakyat diselesaikan
  • Masjid bertambah
  • Pendapatan rakyat meningkat
  • Pelaburan negara bertambah
  • Banyak lagi kebaikan

Undi Barisan Alternatif

  • Pembangunan negara terbantut
  • Jalanraya rosak teruk
  • Pengundi mereka dibantu golongan miskin diabaikan
  • Golongan OKU (Apa TU?)
  • Warga emas diabaikan
  • Sekolah diabaikan
  • Rumah dan tanah rakyat tergadai
  • Masjid jadi medan tabur Fitnah
  • Pendapatan negara merosot
  • Banyak lagi keburukan

50 tahun undi BN Malaysia aman, Malaysia terkenal didunia dengan kemakmuran masyarakat majmuk dan menjadi Negara membangun paling maju

2 Tahun undi BA 5 Negeri kucar-kacir, Malaysia terkenal dengan Demonstrasi dan membodohkan rakyat dan negara menjadi seperti sarkas

Saturday, April 24, 2010

Nik Aziz turut berkempen

Tekanan pilihanraya kecil Hulu Selangor amat besar kepada pakatan rakyat sehingga memaksa kuda tua mereka Nik Aziz terpaksa datang untuk memberi semangat kepada jentera parti yang semakin kacau bilau. 5000 penyangak PAS dikerah datang dari kedah,kelantan dan perak untuk membuat provokasi dan mangacau perjalanan pilihanraya ini. Jika pilihanraya ini berjalan lancar tanpa kekacauan sudah pasti kemenangan ditangan BN terjamin. Pastinya pada hari ahad ini mereka akan cuba menghalang perjalanan pengundi ke tempat membuang undi.Di sini saya ingin menasihatkan pengundi-pengundi agar berhati-hati. Jangan risau negara kita masih ada pasukan keselamatan yang cekap dan teratur yang pasti akan menjaga keselamatan anda dan keselamatan perjalanan pilihanraya. Walaubagaimanapun pastikan anda keluar beramai-ramai untuk memaksa penyangak-penyangak ini pulang kecewa dan kemudian menangisi kekalahan mereka esok. Penulis amat berharap kerajaan mengambil tindakan tegas keatas pengacau-pengacau ini. Sudah tentu ada dikalangan mereka adalah penjawat awam seperti guru dan pelajar IPTA. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kerana anasir ini tidak diperlukan oleh negara kerana lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Friday, April 23, 2010

Kerana Terpaksa

Akibat bahang kekalahan yang semakin panas. Puak-puak PKR mensabotaj poster-poster kempen BN dengan memotong dan membuang poster tersebut. Perbuatan ini adalah kerana mereka amat terdesak akibat diasak dengan poster-poster tersebut dan tidak dapat menjawabnya dengan baik maka untuk menyelamatkan keadaan baik dipotong sahaja poster tersebut supaya rakyat di hulu selangor tidak tau perkara sebenar. Inilah cara PKR menyorokkan yang benar dan membenarkan yang batil. Walaubagaimanapun poster-poster berunsur fitnah kepada pemimpin negara tetap mereka pertaruhkan. Harap SPR dapat menjalankan tugas menurunkan poster berunsur fitnah tersebut. Tapi yang percayakan fitnah tersebut hanyalah anjing-anjing PAS dan mereka-mereka yang takde otak je yang percayakan fitnah tersebut

PRK Hulu Selangor

Dr Mahathir berkata, calon P Kamalanathan yang dipertaruhkan BN bagi merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan memenuhi kehendak pengundi berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.Katanya, rakyat tidak perlu memilih parti yang tidak ada asas perjuangan untuk rakyat serta calon yang terpalit dengan masalah moral, kerana ia akan merugikan rakyat."Jadi saya nasihat orang parti Keadilan, tidak usahlah pilih orang macam ini (Zaid), tidak tentu kedudukannya di mana... Dia tidak main judi dia orang Islam, tapi simpan kuda lumba buat apa?... saya ada banyak kuda 30 ekor, tapi kuda saya tidak pandai lumba,” katanya. Beliau juga turut mencabar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersumpah dalam masjid bagi membuktikan beliau tidak terbabit dengan kes liwat yang dilemparkan terhadapnya."Tidak usahlah takut saudaraku yang lama (Anwar)...hadapkanlah dirimu kepada mahkamah, juga angkatlah sumpah secara betul dalam masjid...bukan duduk di tepi masjid bersumpah kata saya (Anwar) tidak buat, itu tidak laku, buatlah cara Saiful (Bukhari Azlan)

Tuesday, April 20, 2010

Blogger-blogger kembali ke pangkal jalan

Ramai blogger yang telah bermati-matian mempertahankan PKR kini telah insaf dan menukar arah perjuangan mereka dengan menentang PKR pula. Ini adalah kerana Kezaliman yang dilakukan oleh PKR di negeri-negeri pemerintahan mereka yang lebih dasyat tetapi asyik menyalahkan orang lain dalam apa sahaja kelemahan mereka yang kelihatan. PKR ini nampak saja macam jantan tetapi sebenarnya bacul dan dayus. Bermula daripada pemimpin tertinggi yang berlengah-lengah dalam kes liwat. Calun pilihanraya kecil yang dikatakan kaki botol dan judi. serta ramai lagi pemimpin bernafsukan kuasa yang mana makin menjauhi puak mereka. Agak malang kerana pada pilihanraya kecil ini mereka tidak dapat lagi menggunakan cara berdemonstrasi kerana yang pastinya hanya tinggal 2,3 kerat sahaja yang menyokong mereka. Bagi pasukan BN pula jangan melakukan kesilapan lama. Pastikan rakyat diutamakan berjaya diterjemahkan jangan lagi menjadi parti bangsawan seperti dulu.

Ceramah Di Masjid

Kempen pilihanraya Parti Keadilan Rakyat akan dilencongkan dari padang-padang atau dewan-dewan ke sekitar masjid-masjid di Hulu Selangor. Hal ini adalah kerana ceramah-ceramah yang telah diadakan sepanjang kempen tidak mendapat sambutan seperti pilihanraya sebelum ini. Tujuan diadakan ceramah di masjid adalah sebagai hiburan kepada pengikut fanatik mereka terutamanya dari parti PAS yang kini menjadikan masjid sebagai sarang mereka sehingga piliharaya kecil P94 tamat.

Monday, April 19, 2010

PAS keluar Pakatan Rakyat

PAS dijangka akan keluar dari pakatan rakyat tidak lama lagi atas desakan yang kuat dari akar umbi mereka terutamanya dari pengundi muda mereka yang merasakan jika PAS masih lagi bersama Pakatan Rakyat akan memberi kesan yang dasyat kepada mereka. Sumber dalaman parti mendapati kurangnya sokongan akar umbi pada pilihanraya kecil Hulu Selangor akan membawa kepada kehancuran pakatan tidak lama lagi. Kerajaan negeri kedah akan mendahului kejatuhan tersebut sebelum diikuti oleh kejatuhan besar-besaran pemimpin-pemimpin lain yang mengamalkan politik sempit mereka. Ahli akar umbi PAS mula sedar jika mereka masih lagi mengikut rentak yang dimainkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim maka kapal PAS yang sudah terbina sejak sekian lama akan turut karam di dalam gelombang tinggi yang dibawa oleh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang dilihat lebih mendampingi rakyat dan mengetahui kehendak naluri rakyat.
Related Posts with Thumbnails