Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, October 31, 2010

Parti Ajaran Sesat calon pilihanraya pernah ditangkap basah dengan

Inilah orangnya yang telah ditangkap khalwat dengan calon Parti ajaran sesat sehingga memporak-perandakan rumah tangga pertama calon tersebut. Walaubagaimanapun fail kes khalwat tersebut berjaya mereka tutup dengan bayaran RM70000. Kalau macam ni sapa yang tak nak jadi calon Parti Ajaran Sesat.

Undi BN untuk terus memajukan bolasepak Kelantan

KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.

Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.

Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.

Sebaliknya Negeri Sembilan terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda musim ini selepas Piala FA, April lalu biarpun mengejutkan lawan dengan sepakan penalti penyerang bidan terjun, Shahurain Abu Samah pada babak pertama.

Malah mereka mampu mendahului lebih awal andainya penyerangnya, Idris Karim lebih kuat menyepak umpanan lambung S. Kunanlan dari sebelah kanan, ketika cuma berdepan Khairul Fahmi Che Mat, yang sempat menyambut tolakannya pada minit keenam.

Dalam satu serangan balas pantas yang dilancarkan Kunanlan minit ke-12, Kelantan tergamam sehingga penjaga golnya, Khairul Fahmi terpaksa membentes sayap kanan Negeri Sembilan dan menghadiahkan sepakan penalti buat juara bertahan.

Biarpun diarahkan pengadil Subkhiddin Salleh supaya mengambil semula sepakan penalti yang berjaya disudahi, Shahurain Abu Samah tetap tenang menolak ke kiri gawang Kelantan untuk mencipta gol pembukaan Si Rusa, seminit kemudian.

Namun, Si Kijang masih tidak mahu mengalah, setelah rembatan jauh Zairul Fitree Ishak tersasar tinggi pada minit ke-11, Badri Radzi pula terlepas menyamakan kedudukan apabila rembatannya sempat disekat bek tengah lawan, Shukor Adan pada minit ke-35.

Enam minit kemudian menyaksikan kehampaan berterusan Idris gara-gara dipersalahkan pengadil ketika cuba menyambut umpanan lambung Ching Hong Aik dengan tandukan walaupun, hanya perlu mengatasi Khairul Fahmi yang sempat mendakap bola.

Tiga minit masa kecederaan turut merakamkan kegagalan percubaan sayap kanan Wira Merah, Nor Farhan Muhammad dalam kotak penalti sementara rembatan jauh ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin pula berjaya ditepis penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar Kamsani.

Dalam dua minit babak kedua bersambung, Kelantan kian garang memburu gol penyamaan, namun kedua-dua percubaan Badri dan Hairuddin Omar sekadar mencemaskan Sani Anuar tetapi belum dapat menembusi kubu terakhir pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu.

Gol penyamaan idaman Wira Merah tiba juga pada minit ke-57 hasil umpanan lambung Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan yang cukup tepat disudahi dengan tandukan kencang Hairuddin tanpa mampu digapai Sani Anuar lagi.

Bersemangat tinggi dengan gol itu, Kelantan mengasak lagi, lalu Badri menggembirakan dan menghadiahkan majoriti hadirin Stadium Nasional yang membentuk Lautan Merah dengan jaringan kedua minit ke-64 setelah mendapat lorongan Nor Farhan dari belakangnya.

Wira Merah beroleh satu lagi peluang keemasan setelah penyerang gantian, Akmal Rizal Rakhli dikasari Alif Shamsuddin tetapi sepakan bebas Indra Putra menghampakan pasukan dan peminat mereka kerana melewati palang gol pada minit ke-83.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman).

Pas Beri RM250 seorang kawe ambik, Undi tetap untuk BN.

GUA MUSANG 30 Okt.- Pas membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.


Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi.

Beliau bagaimanapun menafikan bayaran itu adalah satu bentuk rasuah untuk para pengundi sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.


Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.


"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya di sini hari ini. - Bernama

Saturday, October 30, 2010

Ops sayang: 24 GRO dan 3 lelaki ditahan

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Johor menahan 24 wanita pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki, semuanya warga Filipina dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan di Permas Jaya di sini, awal pagi ini.


Ketua Bahagian Penguatkuasa, Masri Adul berkata, semua mereka yang berumur antara 20 dan 31 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 39(b), Akta Imigresen 1959/1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial untuk berkerja di Malaysia, dan mereka ditahan dalam 'Ops Sayang' yang bermula dari pukul 1 pagi.

"Kami juga menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang dipercayai pemilik pusat hiburan itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Operasi itu disertai 33 anggota penguatkuasa dan pegawai jabatan imigresen. - Bernama

Nik Aziz tak sanggup tengok



















Gomo kelate gomo
biar sapa cawat kote

Friday, October 29, 2010

Sultan Kelantan bakal jadi budak suruhan Nik Aziz

Sultan Kelantan bakal jadi budak suruhan

Mahkamah tolak rayuan

SHAH ALAM – Rakyat asing yang menjadikan Malaysia sebagai transit menggunakan pasport palsu telah menjejaskan nama baik Malaysia dan rakyatnya, kata Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata demikian semasa menolak rayuan dua warga China berhubung hukuman terhadap mereka atas dua tuduhan memiliki pasport palsu dan memasuki negara ini secara haram.

Katanya, mahkamah mengetahui mengenai amalan yang agak meluas dilakukan oleh rakyat asing yang menyalahgunakan usaha Malaysia memberi layanan istimewa untuk ke negara lain.

"Oleh itu, mahkamah tidak dapat menutup sebelah mata dan melayan hasrat perayu untuk hukuman yang lebih ringan.

"Sebenarnya Hakim Mahkamah Sesyen telah melaksanakan budi bicaranya dengan betul dan ia merupakan undang-undang yang biasa digunakan dalam sesuatu keadaan, dan dalam menjalankan bidang kuasanya Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya campur tangan dengan keputusan itu,” katanya.

Pada 10 Ogos tahun ini, Liu Ching Chung, 21, dan Huang Cheng Ho, 31, dihukum penjara 12 bulan kerana memiliki pasport palsu dan tiga bulan penjara lagi dan tiga sebatan kerana memasuki negara ini secara haram. – Bernama

Sultan Kelantan bakal jadi budak suruhan Nik Aziz

Blogger Rocky Bru melaporkan bahawa terdapat desas-desus yang mengatakan ada usaha untuk membawa Tengku Muhammad Faris Petra, Sultan Kelantan yang baru untuk melancarkan program kerajaan negeri di Galas, Kelantan. Baginda dilaporkan akan mengurniakan hak tanah kepada pengundi-pengundi kaum Asli di konstituensi tersebut.

Usaha membawa Sultan Kelantan ketika minggu pilihanraya DUN Galas bakal mendatangkan persoalan seolah-olah baginda sengaja ditarik di dalam kancah politik. Tindakan kerajaan PAS Kelantan itu seperti untuk meredakan isu pendedahan demi pendedahan tentang penindasan dan kezaliman kerajaan Nik Aziz terhadap kaum Asli selama ini.

Tetapi MIM percaya, Tengku Muhamad Faris adalah seorang ketua negeri yang bijak dan tidak akan masuk campur atau berpihak kepada mana-mana parti di dalam negeri Kelantan. Lagi pun, selama ini pihak istana telah bersikap berkecuali di dalam urusan politik negeri.

Walaubagaimana pun, adalah perogatif dan hak baginda untuk menentukan segalanya. Baginda yang lebih arif.

Untuk pengetahuan pembaca MIM, Tengku Muhamad Faris menjadi Sultan Kelantan yang baru dan pemasyhuran telah diadakan di Balai Rong Seri Istana Balai Besar bulan lepas. Baginda merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 menggantikan ayahandanya Tuanku Ismail Petra.

Daulat Tuanku !

Liwat II: Tiada ujian Lubricant dilakukan

KUALA LUMPUR: A Hospital Kuala Lumpur (HKL) surgeon admitted that no test was conducted to determine whether or not lubricant was present prior to the medical examination on complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan

Saya difitnah

KUALA LUMPUR: “Saya difitnah, individu yang mendakwa duit mereka lebur selepas bermain ‘kutu’ anjuran saya tidak benar, kerana mereka tidak pernah melabur pun, sebaliknya meminjam wang daripada saya,” kata Hajar Bee Bee Tajuddin, 48.

Dia tampil bagi membersihkan namanya yang didakwa kakitangan hotel di Chow Kit dikenali sebagai Siti Khadijah, 46, yang mendakwa duit pelaburan dan barang kemasnya bersama 10 kakitangan hotel lain lebur selepas melabur dengannya.


Menurutnya, dia menjadi mangsa fitnah individu yang berniat memburukkan namanya atas sebab tertentu terutama mengelakkan diri daripada membayar hutang dengan dirinya yang melebihi RM10, 000.


“Siti Khadijah ini, diperkenalkan kepada saya oleh rakan ketika dia mengalami masalah kewangan dan memerlukan duit menebus barang kemas yang dipajaknya “Tempoh menebus barang kemas itu hampir tamat dan dia minta saya tolong tebus dan membenarkan saya melaburkannya untuk tujuan perniagaan,” katanya.




Hajar Bee berkata, individu yang menuduhnya itu beranggapan barang kemasnya pelaburan dan inginkan imbuhan daripadanya, tetapi mereka tidak sedar tentang duit yang mereka pinjam untuk menebus barang kemas berkenaan.


“Kalau betul mereka mahukan barang kemas mereka semula, bayar dulu hutang yang dipinjam daripada saya sebelum saya memulangkannya.



“Dakwaan ini ditimbulkan mungkin kerana mereka tidak mahu membayar hutang saya dan pada masa sama memburukkan nama saya serta keluarga,” katanya.


Menurutnya, dia berharap individu berkenaan menghentikan perbuatan memfitnah dan memburukkan namanya kerana dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.


Harian Metro semalam melaporkan 11 kakitangan hotel rugi puluhan ribu ringgit kerana terpengaruh dengan janji manis seorang wanita.

Memang ada yang buta sejarah

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.

- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

Perjanjian PKR dan DAP yang PAS tak tahu

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP begitu rapat sehingga wujud satu perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara kedua-dua parti itu yang tidak diketahui oleh Pas.

Perkara itu didedahkan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim/Bandar Baharu) yang berkata, melalui perjanjian rahsia itu DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

“Sebenarnya di antara kepimpinan DAP dan PKR, yang membuatkan mereka jadi rapat sebab adanya perjanjian sulit yang Pas sendiri tidak tahu.

“Jika pakatan pembangkang menang dan ambil alih kerajaan Persekutuan, DAP akan diberi kuasa autonomi di Pulau Pinang,” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata, sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum, wakil DAP akan dilantik menjadi menteri besar di negeri-negeri yang dimenanginya sementara calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak jika mereka menang.

Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah dirancang kedua-dua parti itu bagi memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang.

Zulkifli bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu kerana masa perbahasannya sudah tamat.

Thursday, October 28, 2010

Pas tewas perang poster, Penyokong bakar bendera BN

GUA MUSANG 28 Okt. - Barisan Nasional (BN) bersikap tenang walaupun terdapat insiden membakar bendera BN dan UMNO awal hari ini di Kampung Lembaga di sini, dipercayai didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang berkempen untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kejadian membakar bendera UMNO dan BN itu ditangani dengan baik.

"Dalam pilihan raya kadang-kadang ada satu dua insiden yang tak dapat dielakkan. Saya harap selesaikan masalah yang timbul ini dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Gua Musang di sini, hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau kesal dengan sikap terdesak dan agresif terhadap BN sedangkan jentera BN bersikap profesional dan beretika semasa berkempen.

"Saya melihat jentera tempatan dan penyokong tempatan tak ada masalah.

“Mereka tak ada yang ketara sangat antara UMNO dan Pas di Gua Musang ini. Di sesetengah tempat mungkin ada ketegangan... pulau memulau, tapi di sini tak ada masalah, kita salam bersalaman, sembang malah boleh minum sekali, ini mungkin kerja orang luar,” katanya. - Bernama

Pas bagi rasuah benih getah, tapi tanah rakyat dirampas



GUA MUSANG, 27 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Galas di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

“Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dekat sini.

Muhyiddin berkata masalah tanah Orang Asli itu akan menjadi antara tugas utama calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff sekiranya menang pada pilihan raya kecil bagi kerusi Galas pada 4 Nov ini.

“Saya percaya kalau calon BN dipilih menjadi wakil rakyat di sini (Galas) dia akan sampaikan perkara itu (kepada kerajaan negeri),” katanya.

Malah, kata Muhyiddin, pencerobohan tanah berkenaan turut mengakibatkan pencemaran sungai yang bertukar warna menjadi merah sedangkan sungaimerupakan sumber penting bagi kehidupan masyarakat Orang Asli.

“Sepatutnya langkah-langkah menangani masalah pencerobohan (tanah) harus ditangani di peringkat kerajaan negeri, jadi nampaknya perkara ini tidak diberikan perhatian,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan PAS Kelantan sebaliknya lebih berminat untuk membicarakan isu-isu yang bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada membangkitkan perkara yang seharusnya menjadi keutamaan.

“Ini bukan soal (kempen) pilihan raya, ini tanggungjawab kerajaan (BN) untuk turun dan melihat masalah, kalau rakyat hadapi masalah kita bantu,” katanya.

Turut hadir ialah Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Pos Brooke, Rashid Akoh.

Pada majlis itu Muhyiddin, yang merupakan Menteri Pelajaran, bersetuju secara prinsip untuk membina sebuah sekolah menengah di Pos Brooke bagi kemudahan masyarakat setempat dan sekitarnya.

DUN Galas mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke.

hari ni Karpal Singh kembali ligat.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Bermula dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ditangguhkan seketika bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berjumpa dengan pihak-pihak dalam kamar.

Hakim tersebut berbuat demikian selepas peguam bela utama, Karpal Singh ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan tersebut atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama. - Utusan

Pembangkang terdesak cipta Isu dan fitnah BN

GUA MUSANG, 27 Okt – Pembangkang dilihat kepupusan isu untuk dimanipulasi dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sehingga cuba mencari keretakan yang tidak wujud dalam UMNO.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) , Khairy Jamaluddin berkata mereka sudah tidak ada isu untuk dimainkan dan mula mula mencipta dan memperbesar-besarkan isu yang sepatutnya tidak diadakan.

“Saya tengok pembangkang ketandusan isu, ceramah yang diadakan pihaknya semalam juga dilihat menyebut isu-isu yang sengaja diperbesarkan seperti Tengku Razaleigh Hamzah tidak masuk ke dalam dewan penamaan calon, seolah-olah ada keretakan dalam UMNO Gua Musang.

“Selain itu dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin cuba mensabotaj calon dan kempen pilihan raya kecil ini juga adalah tidak benar sama sekali,” katanya selepas melawat pesakit di Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, ChekHashim Sulaima, 46, pada 27 Sept lepas akibat barah.

Pada pilihan raya 4 Nov ini, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusof, 49, akan menentang calon Pas Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata UMNO dan BN tidak mempunyai sebarang masalah, sebaliknya bersatu dalam satu saf untuk memastikan kemenangan calon BN nanti.

“Kita sedang bergandingan memantapkan jentera dalam usaha menawan Galas. Justeru pengundi tidak harus menyimpan rasa ragu terhadap kepimpinan UMNO dan BN yang digambarkan pembangkang sebagai berada di ambang perpecahan.

“Pengundi juga perlu yakin dan tidak menelan segala fitnah dan isu rekaan yang sengaja diwujudkan pembangkang,” katanya.

Khairy seterusnya menambah pergerakan itu kini giat turun padang untuk bersua muka dengan pengundi secara lebih dekat dan tidak hanya bergantung kepada ceramah secara besar-besaran.

“Kita terus jalankan kempen, sudah berjumpa beberapa kumpulan kecil pengundi antaranya di hospital, melawat peti undi, adakan kem cakna pemuda, lawatan baik pulih beberapa buah rumah dan juga ceramah, singgah di kedai kopi dan sebagainya kerana ia lebih memberi impak berbanding ceramah besar-besaran

“Pemuda juga mengenal pasti pengundi ‘atas pagar’ di kalangan pengundi muda dan mereka okey…cuma saya tengok mereka masih atas pagar. Saya jumpa mereka dalam kempen dan sebahagian yang jumpa itu masih terbuka dan kita kena yakinkan mereka,” katanya. -MediaUMNO

Hebat: Cybertrooper Anti BN buat duit

Kerana tekanan blog pro pakatan yang semakin layu dan sudah tidak dapat menarik perhatian pengundi atas pagar maka kini puak pakatan mengupah cybertrooper mereka untuk menyerang blogger-blogger Umno dan BN dengan membuat komen tidak berasas dan memberi contoh-contoh mengarut dalam mempertikaikan apa sahaja fakta yang dibawa oleh blogger Umno. Mereka ini hanya copy paste komen sampah mereka dan menyerang blogger-blogger BN.

Diharapkan para blogger Umno memberi perhatian terhadap perkara ini yang sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada pembaca blog kita. Kerana jika terlalu banyak komen sampah di dalam blog anda akan membuatkan blog anda turut berbau sampah. Saya mencadangkan para blogger Umno menapis dahulu setiap komen yang di publishkan di blog anda. Saya juga mendapat maklumat daripada blog RBF yang mana Cybertrooper tersebut telah diupah RM30 untuk memberi komen sampah ke dalam blog pro BN seperti yang telah di buktikan di sini.

Tiada diskriminasi kaum di Malaysia

PUTRAJAYA 27 Okt. - Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh yakin sistem yang diamalkan di Malaysia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan masyarakat keturunan India.

Keyakinan itu diluahkan oleh Dr. Manmohan apabila menjawab pertanyaan seorang wartawan dari negaranya bahawa kononnya wujud diskriminasi Kuala Lumpur terhadap masyarakat India di sini.

"Malaysia adalah negara berbilang kaum, etnik dan demokrasi yang menghormati asas-asas hak asasi rakyatnya.

"Saya tidak ada sebab untuk berasa khuatir terhadap masa depan masyarakat India dalam negara yang hebat ini," kata beliau pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Dr. Manmohan yang tiba di sini semalam dalam lawatan rasmi tiga hari sebelum itu mengadakan mesyuarat dua hala dengan Najib di Bangunan Perdana Putra.

Dalam pada itu, Najib berkata, Kuala Lumpur mengendalikan isu dalaman negara secara positif.

"Saya tidak fikir saya akan mengulasnya dan ia bukan perkara yang kami berdua bincangkan antara dua negara seperti mana kami menghormati apa yang berlaku di India, India juga (harus) menghormati apa yang kami lakukan di negara ini," kata beliau.

Sementara itu, Dr. Manmohan ketika ditanya mengenai minat negaranya terhadap sistem perbankan Islam berkata:

"Memang ada dari semasa ke semasa permintaan bahawa perlu diperkenalkan sistem perbankan Islam ini dan saya akan mencadangkan kepada Bank Pusat India untuk melihat apa yang berlaku (perjalanan sistem itu) di Malaysia,'' kata beliau.

Najib pula memberitahu, Malaysia telah memberi lesen menjalankan perkhidmatan bank komersial kepada sebuah konsortium bank di India dan mereka bersedia memulakan operasi di negara ini.

Wednesday, October 27, 2010

Pesanan untuk pemuda-pemuda dan Puteri-Puteri Umno dan Pas

Denggi: Abang Bai tipu lagi

KUALA LUMPUR 27 Okt. Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tangguh sehingga pukul 2 petang ini bagi membolehkan peguam bela utama, Karpal Singh hadir.

Peguam itu tidak dapat hadir pagi ini kerana masih lemah ekoran mengalami cirit-birit sejak semalam.

Ujian darah Karpal menunjukkan dia tidak mengidap demam denggi. - Utusan

Penipuan sebelum ini klik sini

Balasan Allah: Raja Namrud diserang tentera nyamuk

Kasihan.....Nik Aziz taknak melawat Pak Bai ke.... Atau takut kena attack dengan tentera nyamuk.....Pak nik kena larang pengikut dari terus menyebarkan fitnah. Jangan nanti jadi macam pak bai terus baibai.

Tuesday, October 26, 2010

Denggi: Karpal Singh sakit tenat

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya ditangguhkan sehingga esok kerana peguam bela utama, Karpal Singh tidak sihat kerana disyaki dijangkiti deman denggi. - Utusan

Saturday, October 23, 2010

Rahsia kebahagian hubungan kelamin pasangan melayu terbongkar



sila klik gambar

PAS bergantung harap pada undi kasihan pengundi Galas.

Pas mengharap tuah Mawi yang pernah diketepikan sebelum kembali dan memenangi pertandingan Akademi Fantasia akan berlaku kepada calon pilihan mereka yang pernah ditewaskan dengan teruknya di Gua Musang. Sebagaimana ucapas sulung calon tersebut selepas diumumkan sebagai calon yang mula merayu-rayu undi kasihan. Diharapkan pengundi Galas yang bijaksana tidak akan terpedaya dengan helah dan rayuan mereka yang cuba mengelakkan calon mereka mendapat kekalahan hatrik ditangan Tengku Razaleigh.

Sehari selepas Pas Kelantan mengumumkan calon PRK Galas yang akan ditandingi Dr. Zulkifli Mohamad buat kali ketiga di kawasan Gua Musang ini, nampak gayanya Pas masih berangan-angan ‘calon recycle’nya itu akan mendapat tempat dihati pengundi tempatan untuk sekian kali.

Majoriti pengundi tahu dan kenal Dr. Zulkifli kerana beliau pernah dua kali mencabar Tengku Razaleigh Hamzah bagi kerusi Parlimen Dua Musang pada pilihanraya umum ke 11 dan 12 yang lalu.


Yang pelik, kenapa Pas Kelantan seolah –olah masih berdegil untuk menerima ‘signal’ rakyat Gua Musang khususnya Dun Galas yang pernah menolak Dr. Zulkifly menjadi wakil rakyat mereka sebelum ini.


Pas sebelum ini dikatakan mempunyai beberapa nama berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon, termasuk seorang dikalangan pemimpin tempatan orang asli- yang akhirnya ‘kecundang’ menjadi calon.


Soalnya, adakah nama Pandak Panjang Ey, seorang jurutera yang juga ketua perhubungan orang asli tempatan dicanang semata-mata bertujuan memancing sokongan dan undi orang asli Galas?


Teori ini sememangnya tidak dapat dinafikan mana-mana pihak khususnya penyokong ‘tok-tok’ Pas kerana pengundi orang asli berjumlah 1,889 orang.


Selain Pandak, difahamkan terdapat beberapa nama lagi yang dikemukakan Pas Gua Musang tapi ianya tidak cukup ‘ummmpphh’ untuk menarik minat MB Nik Aziz memilih calon selain daripada Dr. Zulkifli.


Pas Kelantan sedar bahawa potensi mereka untuk memenangi PRK Galas kali ini mungkin tidak akan kesampaian tanpa melakukan ‘modus operandi’ yang luar biasa berbanding sebelumnya.

PAS bina ni ke juga?



Jika ingin dicanangkan kelebihan Dr. Zulkifli dari segi akademik dan sebagainya, taktik berkenaan telahpun digunakan dulu dalam dua PRU yang lepas, namun tidak cukup untuk memenangkan Pas dihati pengundi tempatan.


Biarpun di atas kertas, rekod menunjukkan undi yang diterima Dr. Zulkifli mengatasi Ku Li dengan kelebihan majoriti sekitar 300 undi pada PRU 12 di kawasan Galas, Pas menyedari bukan mudah untuk mereka mengekalkan momentum sokongan dulu di kala ini.


Jika dulu, kemenangan Dr. Zulkifli boleh dikatakan berkait rapat dengan angin perubahan tsunami politik 2008 yang merubah landskap politik negara, namun kini segalanya telah berubah.


Transformasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kerajaan mahupun parti pimpinannya baik UMNO dan Barisan Nasional kini semakin hari semakin diterima baik rakyat di semua peringkat secara menyeluruh.


Peningkatan sokongan kepada UMNO dan BN bukan hanya dirasai di negeri yang dikuasai BN, bahkan angin perubahan telah bertiup kencang di negeri yang dipimpin pakatan pembangkang khususnya Selangor, Perak dan Kedah.


Di atas percaturan bijak Datuk Seri Najib, dan krisis dalaman dikalangan ADUN dan MP pembangkang, akhirnya menjurus kepada perubahan sikap dan penerimaan rakyat biarpun pembangkang acap kali menafikan kenyataan ini.

Kalu ni pun bukan PAS yang bina, apa yang PAS bina untuk rakyat GALAS?



Adat orang kalah, pembangkang menuduh BN ‘main kotor’ sehingga menyebabkan BN kembali berkuasa di Perak. Namun, senario kini semakin berubah dan rakyat Perak menerima baik kepimpinan BN sekaligus membawa kepada kesejahteraan rakyat.


Yang pasti, Slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ Datuk Seri Najib semakin mendapat kepercayaan rakyat dan momentum sokongan kepada BN ini dijangka akan memberi kesan dan penentu kepada keputusan pengundian Dun Galas 4 November depan.


Menyedari pembangkang ibarat ‘cacing kepanasan’ dalam usaha mengekalkan Dun Galas, Pas Kelantan dilihat semakin terdesak mendekati pengundi ekoran prestasi bekas Adun Pas, Allahyarham Che Hashim Sulaima dilihat gagal membawa perubahan besar yang diharapkan rakyat khususnya dari aspek pembangunan infrastruktur dan lain-lain.


Menurut sumber, wujud kemungkinan Pas Kelantan akan secara halus menggunakan pengaruh istana dalam usaha meraih simpati dan sokongan pengundi Galas. Wallahu a’lam..


Langkah ini disifatkan ‘peluru terakhir’ Pas Kelantan yang dilihat bijak mengeksploitasi senario politik tempatan demi mencapai cita-cita politik mereka.


Pas dilihat lebih awal menggerakkan jentera mereka berbanding jentera BN, namun ini tidak menjamin bahawa pengundi Galas masih berminat mengundi Pas selepas harapan menggunung mereka selama dua tahun dipimpin Pas tidak membawa perubahan yang diharapkan.


Justeru, wahai pengundi Galas janganlah kiranya anda mudah terpengaruh dengan strategi politik ‘desperado’ Pas yang sedar akan pengaruh Ku Li dengan cuba menggunakan pengaruh istana demi kepentingan politik sendiri.


Apa salahnya kali ini pengundi Galas memberi peluang kepada BN untuk merubah wajah Galas ke suatu tahap lebih baik setelah Pas terbukti gagal membawa aspirasi yang diharapkan rakyat.


Dengan memenangkan calon BN, pengundi Galas tidak akan rugi kerana keputusan ini akan memudahkan Kerajaan Pusat menyalurkan bantuan dan projek ke Galas sekaligus meningkatkan produktiviti dan peningkatan taraf hidup masyarakat.


Sesiapa pun yang akan diumumkan calon BN 24 Oktober ini oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, berilah sokongan padu demi kepentingan masyarakat Galas. Hindarilah pertelingkahan dalaman,rapatkan silaturahim dalam bermasyarakat, kerana hanya kuasa politik sahaja menjadi penentu nasib generasi kita di masa depan! Insafilah nasib kita! Dan beranilah untuk berubah!

Guru sekolah rogol budak perempuan 11 tahun bela diri

KOTA KINABALU 22 Okt. – Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas guru sekolah rendah swasta dalam dua tuduhan merogol seorang budak perempuan warga Singapura berusia 11 tahun, ketika itu pelajarnya.

Hakim Duncan Sikodol bagaimanapun menolak satu lagi tuduhan rogol dan dua tuduhan seks oral dan sodomi terhadap Adrian Simon, 31.

Dalam keputusannya, Sikodol, yang mengambil perhatian daripada bukti mangsa bahawa dia meminati tertuduh, berkata, antara lain, bahawa pendakwaan telah membuktikan berlaku penetrasi dan mangsa di bawah umur, oleh itu sebarang persetujuan tidak relevan.

Perbicaraan ditetapkan pada 3 November, dan pihak pembela akan memanggil empat saksi termasuk tertuduh.

Adrian tetap menghadapi tuduhan pertama (tuduhan pindaan) merogol budak perempuan itu di stor makmal sains sebuah sekolah rendah swasta dekat sini antara Februari dan Mac, 2010, antara 2.10 petang dan 3.30 petang.

Atas tuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan serupa di tempat sama pada 26 Mac, pukul 10.25 pagi. – Bernama

Friday, October 22, 2010

Terkini: Ferguson berjaya pujuk Rooney tandatangan kontrak 5 tahun lagi

LONDON 22 Okt. - Wayne Rooney melakukan kejutan apabila melakukan `pusingan U’ untuk kekal bersama Manchester United selepas bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, sehari selepas pemain itu menyatakan hasrat meninggalkan Olf Trafford.

Jangan gugat hak melayu

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang ‘terkunci kemas’ dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya menerangkan secara panjang lebar mengenai teras kontrak sosial nasional yang telah dimuafakati oleh bapa-bapa pengasas mewakili semua kaum di ambang kemerdekaan negara.

Menurut beliau, perkara-perkara yang dimuafakati itu termaktub jelas dalam artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 152 tentang bahasa kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi soal rizab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran majlis yang dianggotai sembilan orang raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit-pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dimulakan dengan dua firman Allah dari surah al-Baqarah dan a-li Imran, ucapan bertajuk Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran yang disampaikan dalam nada serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau.

Perdana Menteri mahu semua pihak memahami dan mengetahui bahawa pindaan terhadap artikel-artikel itu tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

Malah tambahnya, undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan dan kedaulatan yang diperuntukkan itu.

Hikmah di sebalik peruntukan yang meletakkan perkara-perkara itu di luar daripada forum perbincangan, katanya, adalah untuk mengelak perbahasan yang dibimbangi akan membangkitkan keresahan dan mengapi-apikan sentimen perkauman berasaskan naluri etnik (primordial instinct).

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, sekiranya naluri asal yang wujud tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabii manusiawi itu sendiri,” katanya.

Najib memberi contoh kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi ‘holocaust’ di benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

“Bayangkan apa kesudahannya jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka,” ujar Perdana Menteri.

Justeru tegas beliau, tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kontrak sosial itu, amat menghiris perasaan orang Melayu yang telah membuat pengorbanan terbesar berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum lain bagi mencapai kemerdekaan.

Najib menarik perhatian tentang penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip ‘jus soli’ atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip ‘jus sanguinis’ iaitu hak darah telah mentransformasikan landskap politik Malaysia selama-lamanya.

“Kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu menghormati muafakat murni di antara Melayu dan bukan Melayu sebagai ‘timbal balas’ ketika menuntut kemerdekaan kerana rasa penghormatan dan kepercayaan itu akan hancur jika ikrar setia itu dilanggar sewenang-wenangnya.

Pada masa ini, menurutnya, rakyat sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud sejak 53 tahun kemerdekaan negara.

Jika polemik nasional itu tidak ditangani dengan baik, beliau amat cuak ia mungkin menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

“Sebab itulah saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum.

“Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa mahupun ikhtiar eksklusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif,” tegasnya.

Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini kata Najib, ketegangan timbul apabila sejarah dienteng atau dilupakan akibat perjalanan masa atau apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula sejarah mengikut kepentingan dan agenda sempit kelompok masing-masing.

Beliau mengingatkan semua agar berwaspada dengan pemimpin oportunis yang licik memainkan api perkauman dan memanipulasi keadaan.

“Mereka tidak layak digelar pemimpin.

“Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dongengan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan-silu mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segalanya,” tegas Najib disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Dalam hal ini, katanya, kepercayaan berterusan yang diberikan kaum-kaum lain wajar menjadi perangsang kepada Melayu untuk sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudah cara antara kaum.

“Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan,” tegasnya.

Sebagai generasi kepimpinan mutakhir, beliau menegaskan landasan baru perhubungan kaum di Malaysia perlu dibina dengan mengambil kira aspek masa depan yang dikongsi bersama dan faktor sejarah tanpa mengetepikan realiti hari ini dan potensi masa depan.

“Dalam arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara automatik, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur,” katanya.

Sejak perhimpunan agung lepas, beliau memberitahu kepimpinan parti telah membuat perancangan dan strategi bagi memastikan UMNO berpegang kuat kepada tujuan asal untuk berterusan menjamin survival bangsa.

Thursday, October 21, 2010

Lelaki cemburu tumbuk teman wanita

KUANTAN — Seorang lelaki yang dipercayai cemburu telah bertindak menumbuk teman wanitanya sampai retak hidung wanita berkenaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur malam tadi.

Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi tadi sementara lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata, sebelum itu berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itu dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun.

"Mangsa yang tinggal di Jengka 19 dekat Maran baru sahaja sampai dengan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur pada 9 malam. Ketika bas berhenti di R&R Temerloh, mangsa menghubungi teman lelakinya dari Jengka 18 untuk mengambilnya di situ.

"Setelah teman lelakinya datang menjemputnya, berlaku satu pertelingkahan yang dipercayai berpunca daripada cemburu.

"Lelaki berkenaan yang naik berang telah bertindak menumbuk muka mangsa menyebabkan hidung mangsa retak sebelum teman lelakinya itu meninggalkannya di situ,” katanya kepada pemberita. — Bernama

Rooney sah tinggalkan Manchester United

MANCHESTER 21 Oktober - Wayne Rooney mengesahkan dia mahu meninggalkan Manchester United awal pagi tadi, dengan berkata dia telah mengambil keputusan keluar dari Old Trafford kerana kelab tersebut tidak lagi dapat menarik perhatian pemain terkemuka. - AFP

Tony Fernandes serang Tiger Airways dari Singapura

Petaling Jaya: Persaingan antara dua Tonys yang menjadi kepala dua syarikat penerbangan tambang murah di asia terus panas - dengan AirAsia mengeluarkan sebuah iklan berwarna satu halaman penuh menegur Tiger Airways yang berpusat di Singapura.

Iklan, diterbitkan dalam The Straits Times kelmarin, digambarkan kartun karikatur  harimau di bahagian bawah sebelah kiri dengan kata-kata: ". Jika harimau itu mahu terbang, mereka akan dilahirkan dengan sayap"

AirAsia mengeluarkan iklan selepas Tiger Airways dilaporkan menuduh bos AirAsia itu membuat cercaan perkauman terhadap ketua tiger airways yang merupakan "orang putih".

Tiger Airways, yang dipimpin oleh warga British Tony Davis, sebelumnya menyatakan kekecewaannya atas pemimpin AirAsia Datuk Tony Fernandes  dengan komen rasis beliau.

Dalam sebuah rencana baru-baru ini dengan Bangkok Post, Fernandes menyatakan keraguan kejayaan ke atas  orang Barat yang menjalankan perniagaan yang berpusat di Asia.

"Kita orang Asia, bukan sekumpulan orang putih yang menjalankan syarikat penerbangan kita," Fernandes seperti di laporkan, dan ini menyebabkan letusan perang kata-kata antara kedua-dua Tonys.

Menurut laporan, Jabatan Pengangkutan Thailand telah menentang usahasama  51:49 antara Thai Airways dan Tiger Airways - dengan para pemain industri tempatan perlu mempersoalkan keperluannya sedangkan Thai Airways sudah memiliki  39% di Nok Air, syarikat penerbangan murah Thailand.

Wednesday, October 20, 2010

Lelaki cemburu tumbuk teman wanita

KUANTAN — Seorang lelaki yang dipercayai cemburu telah bertindak menumbuk teman wanitanya sampai retak hidung wanita berkenaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur malam tadi.

Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi tadi sementara lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata, sebelum itu berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itu dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun.

"Mangsa yang tinggal di Jengka 19 dekat Maran baru sahaja sampai dengan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur pada 9 malam. Ketika bas berhenti di R&R Temerloh, mangsa menghubungi teman lelakinya dari Jengka 18 untuk mengambilnya di situ.

"Setelah teman lelakinya datang menjemputnya, berlaku satu pertelingkahan yang dipercayai berpunca daripada cemburu.

"Lelaki berkenaan yang naik berang telah bertindak menumbuk muka mangsa menyebabkan hidung mangsa retak sebelum teman lelakinya itu meninggalkannya di situ,” katanya kepada pemberita. — Bernama

Bina menara 100 tingkat diharap tidak beri kesan kepada bonus ASB.

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lalu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan satu lagi mercu tanda akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2020.

Najib berkata dalam sejarah negara ini, Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik hebat oleh pembangkang apabila membuat keputusan untuk membina jambatan Pulau Pinang, namun akhirnya sekarang rakyat Pulau Pinang meminta jambatan yang kedua.

Dr Mahathir juga dipertikaikan semasa membina Menara Berkembar Petronas, jadi rasional kerajaan bagi pembinaan menara warisan adalah sama, katanya.

Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Maksiat 4 artis wanita dalam perhatian JAIS

PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.


Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.


“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.


“Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.


Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.


“Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.


“Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis,” katanya.


Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.


Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.


“Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.


“Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka,” katanya.


Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama

Tunang cuba lakukan perkara terkutuk

KEMAMAN: Ibu kepada wanita bakal pengantin yang hilang ketika membeli kelengkapan perkahwinannya di Kuantan, tujuh hari lalu, mengesyaki ada yang tidak kena hubungan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24.

Sabariah Mansor, 42, mendakwa Rozaliya sebelum ini pernah mengadu mengenai masalah hubungannya yang mungkin tidak dapat bertahan lama menyebabkan anaknya itu tawar hati selain pernah meminta pertunangannya diputuskan.


“Saya ada menghubungi rakan Mohd Helmi di pejabat untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar pulang ke pejabatnya, baru-baru ini ketika meninggalkan anak saya di Kuantan dan dimaklumkan ia tidak benar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, Rozaliya juga pernah mengadu kepada bapa saudaranya yang Mohd Helmi pernah cuba melakukan perkara tidak baik terhadapnya dan mereka sering bergaduh.




Katanya, sebelum ini, dia sekeluarga berkali-kali cuba menghubungi Mohd Helmi, namun gagal hingga kira-kira jam 5.30 petang semalam apabila Mohd Helmi menjawab panggilan dan mendakwa dia berada di Johor Bahru tetapi apabila dihubungi semula oleh adik Sabariah selepas itu, lelaki berkenaan memberitahu berada di Melaka.


“Saya bingung dengan jawapan diberikan dan kini saya mula mengesyaki yang Mohd Helmi cuba menipu kami kerana keretanya masih berada di sini (Bandar Ceneh Baru), di rumahnya,” katanya.



Sabariah berkata, sejak berita kehilangan anaknya disiarkan akhbar kelmarin, dia menerima beratus-ratus panggilan daripada saudara-mara dan orang ramai yang memintanya bersabar dan berdoa kepada Allah semoga anaknya selamat dan dapat ditemui dalam masa terdekat.


Dalam pada itu, menurutnya, dia menerima satu panggilan daripada seorang lelaki memberitahu ternampak anaknya sedang makan bersama seorang lelaki di sebuah gerai berhampiran Pasar Besar Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Tuesday, October 19, 2010

Umat Islam kecewa:Cina simbah surau hanya kena denda RM2000, Majistret M.Mageshwary

Macam-manalah dalam kes sensitif terhadap orang islam ini diadili oleh mejistret berbangsa india.Denda yang dikenakan lansung tidak memadai kerana perbuatan tersebut telah mengguris hati kira-kira 20juta orang islam di Malaysia. Memang sahlah sistem perundangan kita sudah dikuasai oleh kaum bukan islam. Gamaknya kes pengetua di johor nanti pun diadili oleh majistret india juga.Habislah nasib orang Islam di Malaysia kerana tidak mungkin diadili dengan seadil-adilnya.patutlah kaum bukan islam makin menjadi-jadi nak memperlekehkan orang islam ketika ini. ditambah pula adanya ulama-ulama pembangkang yang asyik dibuai mimpi bersama rakan kafir mereka. 

SEREMBAN 19 Okt. - Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lepas.

Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.

Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M. Mageshwary.

Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lepas.

Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lepas. - Bernama

1000 hits hanya dengan membuka email anda setiap hari

Mesej Email 

Satu cara baru untuk menjana pelawat laman web.

Hi,

Saya baru saja bergabung Iklan Traffic Bar yang merupakan jenama baru untuk menambah pelawat laman web untuk website anda.


Tidak seperti perkhidmatan lain, Iklan Traffic Bar menggunakan janjang yang menghasilkan hits untuk ahli dengan menggunakan "Update Email harian ".

Tetapi alasan untuk saya bergabung dengan 'iklan traffic bar' lebih dari yang lain kerana saya boleh menggunakan Traffic Iklan Bar untuk mengiklankan website saya kepada hampir semua orang di internet!

Klik di bawah untuk mendapat lebih banyak pelawat.

Kind regards

Peguam hindraf dikenakan tindakan tatatertib

KUALA LUMPUR 18 Okt. - N. Pathmanabhan, tertuduh utama dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan adiknya, N. Surendran kini tidak lagi dibenarkan bertindak sebagai peguam cara dan peguam bela.

Ketetapan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini yang menolak dengan kos permohonan mereka untuk mengetepikan keputusan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang membatalkan keahlian mereka sebagai peguam berdaftar setelah didapati terlibat dalam perbuatan salah laku.

Aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam dibuat oleh ahli perniagaan, M. Rajeanteran setelah mendapati kedua-dua adik beradik itu melakukan salah laku ketika mengendalikan urusan perjanjian jual beli rumah milik seorang wanita di Banting, Selangor yang hendak dibeli olehnya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan bersama tiga pekerja ladangnya termasuk seorang remaja berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga rakannya.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan menolak notis usul kedua-dua beradik terbabit selepas beliau mendengar hujahan kedua-dua pihak di kamar beliau.

Beliau turut memerintahkan supaya pemohon-pemohon membayar kos RM5,000 kepada Rajeanteran yang dinamakan sebagai responden dan jumlah yang sama kepada Majlis Peguam.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pihak media oleh peguam T. Rajasekaran yang mewakili Rajeanteran dan peguam Biliwi Singh bagi pihak lembaga tatatertib tersebut.

Rajeanteran pada mulanya mengemukakan aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam setelah mendapat tahu bahawa Pathmanabhan bukannya seorang peguam ketika menguruskan perjanjian jual beli sebuah rumah di Banting daripada seorang wanita, Sabariah Mahamod.

Menurut Rajeanteran, ketika perjanjian itu ditandatangani oleh Pathmanabhan bertarikh 14 Disember 1998, kedua-dua beradik terbabit belum lagi diterima masuk sebagai peguam cara dan peguam bela di Mahkamah Tinggi Malaya.

Pathmanabhan hanya diterima masuk pada 15 Disember 1999 manakala adiknya pada 10 Disember tahun yang sama.

Atas faktor tersebut, Rajeanteran telah mengemukakan aduan kepada lembaga tersebut pada 26 Ogos 2003 bahawa mereka berdua telah memperkenalkan diri kepadanya sebagai peguam cara di bawah firma guaman, Mohana & Co. di Banting.

Mereka kemudiannya menyediakan satu perjanjian jual beli atas nama Sabariah untuk pemegang geran di Lot 373, Seksyen 3, Bandar Banting, Kuala Langat.

Bertindak atas aduan tersebut, lembaga itu mendapati mereka berdua terlibat dalam perjanjian jual beli dan telah menandatangani dokumen itu dengan menyamar sebagai peguam cara dan peguam bela pada Disember 1998 sedangkan mereka ketika itu belum diterima masuk sebagai peguam.

Lembaga juga mendapati mereka telah mengemukakan Surat Kuasa (Power of Attorney) palsu untuk memberikan gambaran bahawa kedudukannya kekal dan selamat.

Setelah menimbangkan laporan daripada tribunal penyiasatan bertarikh 18 September 2009 dan mendapati mereka tidak jujur, lembaga tatatertib itu telah membatalkan nama mereka daripada Daftar Peguam Bela dan Peguam Cara.

Dalam permohonan kedua-dua beradik itu, mereka memohon perintah Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam tersebut digantung sementara menunggu perbicaraan dan keputusan notis usul tersebut.

Menurut pemohon, perintah tersebut tidak sah di sisi undang-undang dan terbatal kerana tidak mematuhi Seksyen 103 D(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Ini kerana, dakwa mereka, lembaga terbabit tidak menyatakan sama ada ia menerima atau menolak keputusan atau syor yang dibuat oleh sebuah jawatankuasa tatatertib.

Tun M ada bukti Anwar memang peliwat

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.

Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.

“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,’’ katanya pada sesi soal jawab itu.

Terdahulu Dr. Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr. Mahathir sebelum itu telah ditanya mengenai kes yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu oleh salah seorang peserta forum berkenaan.

Sehubungan itu Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.

“Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu.

“Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,’’ katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain.

Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.

“Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,’’ katanya.

Menjawab satu soalan lain, beliau menegaskan, semua negara termasuk kuasa-kuasa besar perlu menghapuskan penggunaan senjata nuklear kerana ia bakal memberi kemusnahan kepada beribu-ribu nyawa manusia dalam sekelip mata.

Beliau berkata, adalah satu perkara yang tidak adil apabila hanya negara tertentu sahaja dilarang memiliki tenaga nuklear sedangkan kuasa-kuasa besar bebas menggunakannya.

“Adakah ini yang kita katakan demokrasi tulen? Bagi saya semua negara mesti dilarang daripada membangun dan menggunakan senjata nuklear kerana ia langsung tidak memberi faedah kepada keamanan dunia sejagat.

“Senjata nuklear hanya akan merosakkan bumi dan akan menyebabkan nyawa manusia terbang umpama tiada harga. Hentikanlah perang, hapuskan senjata nuklear. Insya-Allah dunia akan aman,’’ ujarnya.

Padah buruk jika Pakatan Rakyat jadi pemerintah

Dalam ucapan pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20 baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kegusarannya terhadap masa depan negara.

Katanya, jika Barisan Nasional (BN) hilang kuasa memerintah pada Pilihan Raya umum ke-13 akan datang, ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Oleh itu PM menyeru rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.

Di sebalik kegusarannya itu, PM secara tidak langsung mengakui bahawa BN kini, tidak lagi kuat dan bila-bila masa sahaja boleh tumbang.

Oleh itu PM cuba membuat ingatan secara lembut supaya rakyat sentiasa beringat bahawa hanya BN sahaja yang boleh membawa kemakmuran dan kestabilan.

Apa yang dinyatakan PM itu, bukan perkara baru bagi rakyat. Modal pembangkang untuk menafikan kebaikan BN untuk mengelabui mata rakyat sejak akhir-akhir ini juga semakin tidak boleh dipercayai.

Hakikatnya pembangkang lupa bahawa rakyat Malaysia semakin bijak. Rakyat tidak lagi boleh digula-gulakan dengan modal politik persepsi ciptaan mereka.

Rakyat sudah sedar bahawa politik persepsi adalah hangat seketika untuk Pembangkang meraih undi sahaja.

Pembangkang hanya muncul menjadi juara kebajikan pada saat-saat pilihan raya, selepas menang pilihan raya, kelibat wakil rakyat PR tidak lagi kelihatan.

Politik menjaja fitnah tatkala pilihan raya sudah tidak laku. Modal yang PR jaja, iaitu hanya PR sahaja boleh menghapuskan rasuah juga sudah tidak laku lagi.

Rakyat Malaysia bijak menilai dan membezakan di antara tanggungjawab sesebuah kerajaan dengan janji-janji palsu pemimpin PR.

Ideologi keadilan yang menjadi anutan PR, gagal direliasisikan oleh kepimpinan mereka yang seolah-olah cuba menjahanamkan negeri-negeri yang diperintah oleh puak pakatan pada ketika ini.

Masalah di Malaysia bukan soal kemajuan. Kemajuan negara berjalan seiring dengan kemajuan dunia. Masalah kita ialah, PR mendakwa mereka boleh membawa kemajuan dari segi pembangunan lebih dari yang dibawa BN sedangkan mereka hanya bermimpi di siang hari

Pemimpin PR menjadi semakin tamak. Pemimpinnya kaya raya kerana mendapat faedah daripada pembangunan yang dibuat oleh BN. Di sebalik kepesatan pembangunan, PR menyuburkan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme.

Kepincangan kepimpinan pakatan rakyat yang tidak sehaluan dalam pelbagai perkara mengeruhkan lagi keadaan mereka yang semakin tenat. Apakah ada tongkat sakti yang mampu memulihkan kembali parti pembangkang yang semakin hanyut dibuai mimpi bahawa mereka mampu menjuarai pilihanraya ke 13 seperti yang berlaku dalam peristiwa 16 september.

Monday, October 18, 2010

Seksi: 2 gadis bergomol dalam kolam minyak

Wanita gersang bogel depan budak lelaki 12 tahun.

Seorang jurutera wanita berusia 35 tahun mengurung seorang budak laki-laki di rumahnya, Budak itu mendakwa dia telah ditarik semasa wanita itu sedang bertelanjang di dalam rumahnya, Sin Chew Daily melaporkan.

Peristiwa itu berlaku pada hari Ahad lalu ketika budak 12 tahun itu sedang bermain di sepanjang koridor di luar rumah wanita itu di Singapura bersama dua orang temannya.

Seorang saksi mengatakan wanita, dari Jilin di China itu, sedang berjalan di sekitar rumah bertelanjang bogel.

"Tiba-tiba, dia bergegas keluar dan menyambar lengan kanak-kanak itu, yang mendakwa dia telah menarik nya.

"Dia kemudian mengheret kanak-kanak itu ke dalam rumah dan tidak mahu membiarkannya pergi."

Jiran wanita itu kemudiannya menelefon polis.

Gambar Nurul Izzah menyusu anaknya

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Harakah sebar fitnah lagi

Memang benarlah bahawa HarakahDaily adalah penyebar pemalsuan dan fitnah yang nyata. Penulis sentiasa mengikuti portal tersebut untuk mengetahui sehingga tahap manakah portal tersebut sanggup membohongi pembaca portal tersebut. Yang terbaru ialah satu artikel tentang kes liwat Anwar Ibrahim yang ternyata mengelirukan dan berbau pembohongan.


Artikel tersebut ditulis oleh Mohd Rashidi Ismail Kes sodomi II : Ada lagi mak nyah, pondan Siam hendak tampil?

Rashidi Ismail ternyata telah berbohong dan memberi input yang amat salah. Di antara pembohongan penulis HarakahDaily itu :-

Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.


Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.


Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?


Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri?
Inilah masaalahnya apabila seorang penulis HarakahDaily yang tidak arif dalam perubatan cuba menunjuk pandai tetapi kenyataan beliau itu begitu cetek dan membodohkan diri beliau sendiri. Adalah amat memalukan apabila masih ada lagi orang seperti Rasidi Ismail ini yang masih berpegang kepada laporan perubatan Pusrawi yang dilakukan oleh seorang doktor biasa.

Pemeriksaan doktor di Pusrawi adalah berdasarkan penilaian mata kasar sahaja padahal perubatan forensik adalah lebih teliti dan mikro. Sebab itulah bahan kimia dan pemeriksaan makmal diperlukan dan dilakukan oleh pakar perubatan HKL.

Secara perbandingannya, doktor di Pusrawi tidak mempunyai sebarang kelayakan dan pengalaman jika dibandingkan dengan 3 pakar perubatan HKL.

Seperkara lagi, penulis hairan daripada mana penulis HarakahDaily menafsirkan bahawa Saiful Bukhari tidak puas hati lalu pergi ke HKL.

Jika kita merujuk kepada laporan Hospital Pusrawi, doktor tersebut yang menulis surat dan merujuk Saiful Bukhari ke HKL. Berkemungkinan besar doktor Pusrawi mahu Saiful Bukhari mendapatkan pemeriksaan lanjut di HKL kerana HKL mempunyai kepakaran dan lebih lengkap.

Penulis HarakahDaily juga berlagak pandai dengan menimbulkan tuduhan bahawa pakar perubatan HKL dipaksa membuat laporan palsu. Tuduhan tersebut sangat memualkan dan menyerlahkan kebangangan wartawan Harakah Daily. Sungguh menyedihkan...

Mungkin artikel penulis HarakahDaily yang seterusnya akan menulis "air mani di paksa berada di dalam Saiful Bukhari"?

So pathetic !! HarakahDaily memang pembohong dan penyebar fitnah !

1 Malaysia: BN mungkin letak calon keturunan Cina

PENAMPANG 17 Okt. - Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) besar kemungkinan akan mengekalkan calon keturunan Cina untuk bertanding bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi.

Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, penyandang kerusi tersebut mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah merupakan seorang keturunan Cina dan calon yang mereka cadangkan semestinya dari kaum itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PBS di ibu pejabat parti itu di sini hari ini, Pairin berkata setakat ini 10 calon telah disenaraikan.

Bagaimanapun, katanya, senarai tersebut akan disenarai pendek sebelum mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga pengarah operasi pilihan raya kecil itu. - Bernama

Pemuda PAS dimalukan fakta sebenar Adam lambert bukannya GAY seperti Anwar.

Ketika Adam Lambert@ ANWAR turun ke pentas untuk konsert Glamnation di Stadium Putra, Bukit Jalil apa yang penonton lihat dan terfokus bukannya pada gaya gay adam/ ANWAR tetapi penyanyi itu menonjol sebagai vokalis yang amat menakjubkan. Jadi mengapa semua perlu repot?

Tiada kejahatan yang dilakukan glam

Agar tidak menyinggung perasaan penonton Malaysia, pegawai Adam mematuhi semua cadangan yang mereka buat dalam rangka untuk menadakan konsert tersebut. Dan bahkan tanpa drama kontroversi yang disebut, Adam melepasi acara tersebut untuk keluar dengan bangga.

Hanya satu kecacatan konsert tersebut apabila para penunjuk perasaan di luar stadium yang menyatakan bahawa kehadiran Adam di Malaysia akan menjadi penyebab semua penyakit moral di negeri ini dan mereka mengutuk untuk membolehkan 'ikon gay' ke dalam negeri ini!

Sekarang, apa yang menarik menenai faktanya ialah, ikon gay paling terkenal ini bukannya seorang gay. Orang melantik anda sebagai ikon gay bukanyya anda seorang Gay. Tetapi mereka yang menunjuk perasaan ini sebenarnya menjadikan seorang gay sebagai idola mereka iaitu Anwar. Sekarang anda mungkin telah salah faham istilah ini (dangkal istilah) sehingga secara tidak sengaja dituduh Adam menjadi  Gay sesuatu yang tidak benar sama sekali.

Pada dasarnya menjadi ikon gay tidak langsung membuat anda gay, kenapa tiada penunjuk perasaan mengutuk Katy Perry ketika ia datang ke Kuala Lumpur baru-baru! Ya, Katy adalah ikon gay. Dan begitu juga Cher, Madonna, Kylie Minogue, Lady Gaga, dll Sebuah ikon gay menurut definisi adalah selebriti dianut oleh komuniti gay, tapi ikon gay kebanyakannya adalah perempuan.

Dan dalam kes anda juga bertanya-tanya semua pelakon yang membintangi filem gay, Julie Newmar dan asalnya Petualangan Dari Priscilla Queen Of The Desert bukan gay sebenarnya

"Dengan perhatian semua akhbar, saya fikir, kami menjadikan konsert ini lebih hebat," kata Adam . "Konsert ini hanya menunjukkan  tentang kebebasan dan cinta dan itu adalah universal. Tidak peduli siapa anda atau di mana anda berasal, itu semua bertujuan untuk membuat anda tersenyum dan membuat anda merasa baik. "

Adam tidak mendiskriminasikan kita jadi mengapa harus kita?

Kenapa MB kedah takut nak mengaku naikkan Kuota bumiputra sehingga 70%

ALOR SETAR 17 Okt. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta supaya ditunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri menetapkan kuota pemilikan rumah sehingga 70 peratus kepada bumiputera di negeri itu.


"Minta tunjuk bukti kalau ada syarikat perumahan yang terima surat mengenai kuota ini. Takut saya terlepas pandang mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA Kedah bahawa kerajaan negeri telah menaikkan kuota pemilikan rumah untuk bumiputera daripada 50 peratus kepada 70 peratus.


Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang turut mendakwa beliau telah melihat surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri yang menetapkan bahawa untuk mendapat kelulusan pembinaan perumahan, kuota untuk bumiputera mestilah sebanyak 70 peratus.


Menurutnya, kenaikan jumlah kuota itu dilaksanakan tanpa pendedahan umum.


"Setakat ini kita tidak mendapat sebarang maklumat mengenai perubahan jumlah kuota ini daripada sesiapa," jelas Azizan. - Bernama

Related Posts with Thumbnails