Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, January 20, 2011

Nik Aziz bawa hantu Tamil ke Dun Tenang

Datuk menghembus ke arah Nik Aziz yang masih duduk di tangga. tiba-tiba Nik Aziz mengangkat muka ke arah datuk. wajahnya cukup bengis dengan mata yang dijengilkan. aku juga cemas, tak pernah lagi aku lihat rupa Nik Aziz  buruk sebegini sejak aku tinggal bersama mereka. aku lagi kecut perut bila Nik Aziz memaki datuk dalam bahasa (tamil) yang kami tak faham biji butirnya. lagi aku kecut sampai telur masuk dalam bila suara Nik Aziz dah berubah jadi garau, suara lelaki india.

datuk melempar gaulan beras bersama lada hitam dan bawang putih tadi. Nik Aziz bingkas bangun dan merenung datuk. datuk masuk tenang. datuk terus membaca mentera. dan datuk menjerkah Nik Aziz supaya duduk. Nik Aziz duduk tapi mukanya masih garang dan matanya masih cengil. datuk terus melemparkan beras ke arah Nik Aziz. datuk merapati Nik Aziz dan terus memegang ibu jari kaki kiri Nik Aziz. Nik Aziz terus mengaduh kesakitan dan berteriak dalam bahasa yang kami masih tak faham. mau nak faham, Nik Aziz cakap tamil.

datuk mengarahkan makhluk yg bersembunyi dalam tubuh Nik Aziz bercakap bahasa melayu. ape ke bodoh punya hantu, kita kan duduk malaysia, cakap bahasa malaysia la... kan kan masa dia belum jadi hantu dulu dia tak gi sekolah belajar bahasa melayu, itukan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah estet. makhluk tersebut masih marah2 dalam bahasa tamil dan datuk terus menenyeh lada hitam ke kaki Nik Aziz. Nik Aziz meraung "ayyooo......" (bahasa selebihnya bahasa tamil, mana aku faham). dalam hati aku kagum dengan Nik Aziz, tak sekolah tamilpun boleh cakap tamil. hebat!

setelah diasak, makhluk ghaib itu mula berkomunikasi dalam bahasa melayu. datuk mula bertanya :

tok mat : siapa kau?
makhluk : aku ****** (nama aku dah lupa)
tok mat : kau datang dari mana?
makhluk : yini rumah aku.
tok mat : ini rumah aku. mana rumah kau?
makhluk : yini rumah aku. awak duduk rumah aku.
tok mat : kalau ini rumah kau, kenapa baru sekarang kau muncul?
makhluk : mana ada. aku suni juga duduk. awak worang ambik ini tanah aku.
tok mat : aku dah beli tanah ini. ini tanah aku. ini rumah aku. rumah kau sekarang dekat mana?
makhluk : aku rumah bawah pokok itu mangge. aku sama bini duduk sane.
tok mat : kau duduk situ, kenapa kacau anak cucu aku?
makhluk : awak punya anak sudah kacau rumah aku.
tok mat : anak aku tak tau ko duduk situ. aku mintak maaf. sekarang kau balik rumah kau. jangan kacau anak cucu aku lagi. kalau ko datang lagi, aku bunuh kau! (suara datuk tegas).
makhluk : wokey! aku balik. itu bawah pokok aku punya rumah, jangan kacau aku punya rumah. kotor punya jam jangan mari aku punya rumah.
tok mat : sudah! ko balik sekarang.

datuk terkumat kamit membaca mentera dan dada Nik Aziz aku lihat berombak-ombak. kemudian Nik Aziz mula hendak rebah dan cepat2 disambut datuk. datuk kemudiannya meminta air masak dari kakak. datuk membaca sesuatu dan meminum air tersebut. la... datuk aku dahaga rupanya kerana melayan makhluk tu berborak. sangkaan aku meleset, datuk menyemburkan air dalam mulutnya ke muka Nik Aziz. Nik Aziz mula sedar, tapi masih lemah. baki air jampi tadi diberikan untuk diminum. setelah beberapa ketika, semangat Nik Aziz mula pulih dan nenek menemankan Nik Aziz ke biliknya.

bila semua dah kembali pulih, datuk menyuruh kakak membuat nescafe susu kegemarannya. sambil minum datuk mula bercerita bahawa memang tanah rumah datuk memang dibeli dari orang india. datuk juga tau ditanah itu memang terdapat dua kuburan india yang mati masa zaman komunis dulu. biasalah, makhluk halus dan syaitan ini akan mengganggu anak cucu Nabi Adam bila kita alpa atau dalam tidak bersih (haid/nifas/berhadas).

Semoga calon Pas kita nanti tidak dalam keadaan haid/nifas/berhadas kalau tidak hantu Nik Aziz ini akan merasuk anda di Tenang.

Lepas INI hantu ngangkung edidi PASRAEL

Kategory Science fiction 18SG.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails