Aku merasa simpati terhadap blogger Cucu Mat Kilau yang berjaya dipesongkan oleh PKR dan menjadi budak suruhan PKR selama hampir 1 dekad dengan tulisan-tulisan yang menyokong segala fitnah terhadap BN, bagai lembu dicucuk hidung membuat saman fitnah terhadap kerajaan BN dan sebagainya seperti yang terdapat dalam blognya.
Yang paling menyedihkan beliau berjaya memesongkan arwah ibu dan bapanya yang merupakan bekas ketua UMNO cawangan jengka 7 yang amat dihormati suatu ketika dulu. Kini beliau telah sedar dan bertindak keluar PKR. Tapi dosa beliau memesongkan perjuangan ibu dan bapanya sebelum ini sungguh menyedihkan aku. Semoga roh kedua ibu-bapa beliau dicucuri rahmat kerana pernah berjasa kepada rakyat setempat sewaktu bersama UMNO.