Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Showing posts with label 18 SX. Show all posts
Showing posts with label 18 SX. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

Rakam aksi seks budak: Rakyat Malaysia ditahan di Singapura

SINGAPURA: Seorang lelaki menyamar sebagai budak sekolah di halaman rangkaian sosial dan memujuk seorang gadis 11 tahun untuk melakukan perbuatan tidak senonoh di depan webcam-nya.

Tanpa diketahui mangsa, Poong Foo Yun (gambar), 25, seorang rakyat Malaysia, merakam aksi seksual, dan kemudiannya mengancam untuk menyebarkan video tersebut ke Internet jika dia tidak mematuhi arahannya.

Pada hari Rabu lalu, lelaki penganggur itu diberi hukuman penjara 19 bulan di atas tiga pertuduhan.

Dia telah mengaku bersalah atas penggodaan seorang gadis untuk melakukan suatu tindakan tidak senonoh; perlakuan seksual di bawah umur dan rawatan seksual  pada tahun 2008.

Tiga pertuduhan lain dipertimbangkan ketika Poong dihukum.
Poong

Untuk Menekan hukuman yang penjara yang lebih lama, DPP Kevin Yong memfokuskan beberapa faktor yang harus ditekankan. Dia mengatakan Poong menggunakan internet untuk menipu mangsa untuk percaya bahawa ia adalah seorang gadis 15 tahun walhal ketika ia berusia 23 tahun.

"Ini adalah faktor yang penting kerana dia tidak hanya dengan senang hati melihat aksi mangsa berulang kali di waktu luang untuk memuaskan nafsunya, tetapi dia juga menggunakan aksi tersebut untuk mengeluarkan ancaman terhadap mangsa untuk menyebarkan video ke Internet jika mangsa tidak mengikut arahannya di masa depan "kata. DPP Kevin Yong.

Poong, yang ditangkap di stesen MRT Redhill pada bulan Oktober ketika dia muncul untuk berjumpa dengan mangsa , berkemungkinan untuk memuaskan nafsu sendiri terhadap mangsa, kata DPP. - Straits Times / JST

2 Wanita kemboja dibogel dan samun pemandu teksi KL.

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Dua wanita warga Kemboja yang bekerja sebagai tukang jahit di Johor bukan setakat disamun, malah turut dibogelkan sebelum ditinggalkan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gedangsa, Hulu Selangor malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11 malam ketika kedua-dua wanita berusia lingkungan 30-an itu menaiki sebuah teksi dari hentian bas sementara Bukit Jalil di sini untuk pergi ke Bukit Tinggi, Klang.

Kedua-dua wanita itu sebelum itu bercadang untuk menaiki bas dari Klang ke Kelantan untuk pulang ke Kemboja.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang pemandu teksi dan sedang memburu rakannya yang menyamun kedua-dua mangsa. – Utusan

Monday, September 20, 2010

Seks 3 kali sebulan sudah memadai

NEW DELHI 20 Sept. - Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal.

Dr. Narayana Reddy berkata, slogan ‘penyembuhan seksual’ di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Beliau berkata, kekerapan aktiviti seks dianggap ubat terbaik bagi menyembuhkan pelbagai penyakit daripada gangguan jantung, arthritis kepada kemurungan biasa, kerana keseluruhan tubuh badan akan kembali bertenaga selepas persetubuhan.

Kekerapan seks menurutnya, adalah tiga kali dalam 10 hari atau tiga kali sebulan sudah mencukupi.

Tetapi beliau mengingatkan kegiatan hubungan suami isteri perlu juga bebas dari sebarang tekanan.

"Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial,” katanya kepada Bernama.

"Setiap hubungan seks membakar 200 kalori, yang bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ini membantu membebaskan endokrin yang membuatkan kita rasa ceria,” kata Dr. Narayana yang berpangkalan di Chennai. - Bernama

Sunday, September 19, 2010

Gadis di paksa mabuk jadi pemuas nafsu

KOTA KINABALU: Akibat termakan ajakan, seorang gadis berusia 17 tahun bukan saja dipaksa minum minuman keras sehingga mabuk, malah dijadikan pemuas nafsu lelaki baru dikenali di dalam sebuah van di ladang kelapa sawit di Keningau, Khamis lalu.

Terdahulu, mangsa mengenali suspek dikenali sebagai Amiz, berusia 20-an, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengajak mangsa ke Kota Kinabalu untuk menyaksikan konsert di Padang Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia.


Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menerima pelawaan itu dan dijemput suspek bersama dua lagi rakannya dengan menaiki sebuah van.


Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Kota Kinabalu yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Keningau, suspek memaksa mangsa meminum minuman keras.


Sebaik melalui ladang kelapa sawit, suspek merogol mangsa dengan disaksikan dua lagi rakan suspek dan selepas memuaskan nafsu, lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumahnya, kira-kira jam 10 malam hari sama.

Kejadian malang yang menimpa mangsa terbongkar apabila bapanya mengesyaki perkara buruk berlaku ke atas anak gadisnya yang berkurung dan menangis di dalam bilik sejak pulang daripada ‘menyaksikan konsert’.


Apabila ditanya, mangsa pada awalnya enggan menceritakan apa yang berlaku tetapi selepas didesak, gadis berkenaan mengaku dirogol teman barunya.


Berang dengan pengakuan itu, bapa mangsa membawa anak gadisnya ke balai polis untuk membuat laporan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan itu dan polis memburu tiga suspek berdasarkan maklumat diterima.


“Siasatan awal mendapati mangsa hanya mengenali suspek dan sering berhubung melalui SMS sebelum bertemu buat kali pertama pada petang Khamis lalu.


“Suspek menggunakan pelawaan ke Kota Kinabalu bagi menyambut Hari Malaysia sebagai alasan untuk mengambil kesempatan merogol mangsa.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (c) Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang ada maklumat supaya menghubungi polis membantu siasatan,” katanya.

read more: Harian Metro

Saturday, September 18, 2010

Kemaluan koyak didera majikan

GEORGETOWN 18 Sept. - Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lalu dan kemudiannya ditinggalkan

di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lepas.


Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa berumur 26 tahun dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur turut mendakwa dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.

Katanya, pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana

mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan

dadanya.

Beliau berkata, laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun,


Dipercayai isteri kontraktor itu pula memukul mangsa jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol. - Bernama

Rakam aksi bomoh cabul adik sendiri

SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.

Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.

Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.


Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.


Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.


Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.


Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.


“Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.


“Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.


Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.


Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.



“Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.


“Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.


Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.


Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban.

Sumber: Harian Metro

Friday, September 17, 2010

Carian google 'bogel' paling tinggi dari Kelantan.

Kalau bab-baik 18SX ni memang boleh jadi topik hangat lah. Sebenarry ramai yang khusuk mencari bahan seperti ini. Mungkin ketika anda baca artikel ni, ramai yang sedah mencari bahan-bahan berunsur lucah ni. Sedang nak mencari fakta untuk sokong post ni, aku terjumpa artikel dari mstar online:


Pengguna Internet di Kota Bharu dan kuantan paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet. Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka".

Pada pendapat aku rasanya ramai remaja di luar sana yang suka mencari bahan-bahan berunsur lucah ni. Lelaki mahpun perempuan. Benda-benda macam ni la yang menjadi pendorong kerosakan akidah serta merosakkan bangsa. Dari sifat ingin tahu bertukar menjadi fenomena yang telah melanda negara kita sebelum ini iaitu 'Pembuangan Bayi'.


Tapi..disebaliknya itu ada pihak yang dapat kelebihan daripada perkara kurang sihat in. Heheh. Paham-paham sajalah. Apapun, perkara ni perlu diambil berat kerana ianya melibatkan anak bangsa kita kelak. Ibu bapa seharusnya memantau aktiviti anak-anak mereka dan laman-laman lucah disekat sepenuhnya.

2 gadis bawah umur diselamatkan dari sindiket pelacuran Pulau Pinang.

GEORGETOWN — Seramai 50 wanita rakyat asing termasuk dua gadis bawah umur yang berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di Restoran Myth & KTV Lounge di Tanjung Tokong, di sini malam tadi.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis turut menyelamatkan dua gadis rakyat Vietnam berusia di bawah 18 tahun yang dipercayai mangsa kegiatan pemerdagangan orang.

Operasi oleh Unit Anti Permerdagangan Orang Bukit Aman, Polis Kontingen Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu diketuai Asisten Supritenden Nordin Ibrahim.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 28 wanita rakyat China dan 17 rakyat Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an dan menyalahguna pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai GRO, kata Nordin.

Beliau berkata, seorang daripada wanita China yang ditahan itu tidak mempunyai pasport.

"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang berkerja sebagai kapten, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai juruwang dan seorang rakyat China yang menjadi ibu ayam,” katanya.

Nordin berkata, hasil pemeriksaan mendapati lesen perniagaan premis itu telah tamat tempoh pada 8 Jun 2010.

"Polis merampas beberapa peralatan hiburan dari premis berkenaan dan enam pelanggan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. - Bernama


Restu ketua menteri PP

Thursday, September 16, 2010

Bukit Gantang: Gadis dipaksa telanjang. Nizar Jamaludin buat apa?

GEORGE TOWN: Sebuah klip video yang menunjukkan empat gadis memaksa seorang pelajar 16 tahun membuka  pakaian  dan menayangkan payudara serta bahagian sulit yang diedarkan secara meluas di sini dan utara Perak.

Insiden itu terjadi di sebuah sekolah di Bukit Gantang, Perak sekitar sebulan yang lalu.

Selama serangan itu, kamera menyerlahkan pada dada dan bahagian peribadi mangsa, yang awalnya mengenakan kemeja-T dan seluar panjang.

Gadis-gadis, dipercayai pelajar sekolah menengah, juga terlihat tertawa saat mereka menendang kepala mangsa, wajah, bahu dan bahagian peribadinya di sebuah tangga dari sebuah bangunan.

Sebuah akhbar harian Cina melaporkan bahawa salah satu gadis-gadis itu menggunakan kata-kata kesat, sementara mangsa terdengar menangis kesakitan selama serangan itu. Satu suara laki-laki juga terdengar di latar belakang video.

Laporan itu mengatakan insiden itu mungkin terjadi di tingkat dua tangga sebagai tetingkap biasa dilihat di latar belakang.

Akhbar Harian melaporkan bahawa  Seorang pelajar telah menemui klip video itu di handphone-nya.

Namun, dia menolak untuk mendedahkan bagaimana ia memperoleh klip tersebut.

Pengacara Nurul Alis mengancam

Macam tak percaya dengan aksi Nurul Alis pengacara RTM ini









Wednesday, September 15, 2010

Javier Bardem hamilkan Penelope Cruz

bintang film Sepanyol Penelope Cruz dan Javier Bardem sedang menunggu anak pertama mereka setelah berkahwin pada musim panas lalu di Bahamas.

Setelah berbulan-bulan spekulasi masyarakat, Agen Penelope Kuranda agency mengesahkan pada hari Selasa lepas bahawa pelakon pemenang Oscar 36 tahun itu sedang hamil empat bulan setengah.

hubungan pasangan itu bermula pada 2007 dan mereka adalah diantara antara kumpulan kecil pasangan Hollywood yang kedua-duanya memenangi piala Oscar. Penelope ketika ini sedang berlakon Filem Pirates Of The Caribbean edisi 4 bersama dengan pelakon handalan Johnny Depp.
Reuters

Tuesday, September 14, 2010

Megan Fox bersama Ronaldo dalam bilik hotel

Kami minta maaf kami tidak dapat menunjukkan apa yang Cristiano Ronaldo dan pembantu hotel lakukan di dalam iklan baru Emporio Armani. Kami juga Tidak dapat tunjukkan apa yang Megan Fox dan pelayan perkhidmatan bilik lakukan pada iklan sampingan.


... Cristiano dan megan adalah sebagai Housekeeping


Namun, kami boleh memberitahu anda bahawa kedua-dua iklan melibatkan pakaian dan kakitangan hotel perkhidmatan. Oh, dan mereka memiliki ciri-ciri dua tubuh paling panas (hot) (fakta sains). Ditangkap gambar dalam bilik hotel.

cikguleepk

Ita sanggup serah tubuh kerana cinta

KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.

Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh. Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 35, yang kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu. Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan. Ita mengakui termakan pujukan kekasihnya itu lalu membuat keputusan berangkat ke Arab Saudi, tetapi disebabkan sumber kewangan terbatas, dia berusaha mendapatkan pinjaman peribadi di beberapa institusi kewangan. “Selepas beberapa kali mencuba di beberapa institusi kewangan mereka menolak permohonan saya dengan mengatakan saya tidak layak kerana bergaji kecil.

“Kekasih pula asyik mendesak supaya segera ke Arab Saudi untuk bertemunya menyebabkan saya tertekan sebelum menceritakan masalah kepada seorang rakan lelaki yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai kerani. Dia berkata, rakannya itu menunjukkan simpati sebelum menghubungi semula beberapa hari kemudian dengan menawarkan bantuan kewangan. “Pada mulanya saya gembira kerana dia sudi membantu namun terkejut apabila dia meletakkan syarat supaya saya menyerahkan tubuh sebelum permintaan saya itu dipenuhi secara percuma,” katanya. Wanita itu berkata, akibat terdesak dan terpengaruh dengan janji manis lelaki terbabit, mereka bertemu di sebuah hotel di negeri ini dan melakukan hubungan terlarang itu.


“Selepas hubungan seks tanpa rela diadakan dengan lelaki yang saya anggap rakan itu, dia berjanji memasukkan wang saya perlukan. Malangnya, selepas beberapa minggu menunggu dan memeriksa akaun bank, wang dijanjikan tiada.


“Luluh hati saya apabila saya mendapati ditipu, malah lelaki terbabit ketika dihubungi beberapa kali memberikan pelbagai alasan seolah-olah cuba mengelak menunaikan janjinya. “Saya sedar apa saya lakukan itu tidak bermoral, tetapi kerana cinta, diri saya hilang pertimbangan sehingga sanggup mengorbankan kesucian diri semata-mata untuk bertemu kekasih yang dikenali sejak sebulan lalu. “Kehangatan dan kemaruk cinta siber membuatkan saya menghabiskan empat hingga lima jam sehari melayari Internet untuk berhubung dengan kekasih saya itu yang berusia 30 tahun yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah hotel di Arab Saudi,” katanya.


Menurutnya, kekasih warga Arab itu bukan saja pandai bermain kata, malah berjanji mendirikan rumah tangga dengannya menyebabkan dia gelap mata selepas dikecewakan beberapa lelaki tempatan sebelum ini.


Ita berkata, dia berbuat demikian kerana bimbangkan kekasihnya itu berubah hati dan untuk mengelakkan diri dikecewakan sekali lagi sehingga nekad melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi permintaannya.


“Saya tidak mahu dikecewakan lagi, namun tidak menyangka jadi begini. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ini terutama selepas menjual diri hanya semata-mata untuk mendapatkan wang belanja ke Arab Saudi bagi bertemu kekasih.


“Takut nanti kekasih di Arab Saudi itu yang sebelum ini berjanji mahu berkahwin dengan saya turut mempermain dan meninggalkan saya dengan pelbagai alasan,” katanya.


Menurutnya, dia tampil menceritakan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya janji manis lelaki yang berpura-pura prihatin, malah perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih cinta Internet kerana ia tidak pasti.

kisah jual tubuh demi wang pula

Thursday, September 9, 2010

Gadis sunti mandi bogel di surau















Selepas solat zohor terkejut melihat budak-budak lelaki perempuan mandi bogel telanjang bulat di tepi kolah. Mereka tak tau malu.Bapa mereka solat zohor,anak dibiarkan mandi telanjang dalam kawasan masjid.Apa sudah jadi dengan ibu bapa mereka,kasihan anak mereka tidak tahu mandi bogel di depan umum itu salah.

Kita jangka mereka anak rantau,mungkin kepanasan cuaca Kuala Lumpur lalu sanggup membiarkan anak perempuan atau gadis sunti untuk mandi bogel.Mungkin juga mereka ini hasil didikan Teoh seksi ching dan Lim kontot Eng yang berkhutbah dalam masjid.

Mungkin juga budaya nafsu Anwar menular kepada mereka. Mereka lihat Anwar pun tidak takut tuhan kerana meliwat.

Patutlah tak nampak anak bulan kerana tertengok budak perempuan mandi berbogel?

dinodai kekasih

Wednesday, September 8, 2010

GRO tawar seks makin berlambak-lambak di Pulau Pinang serambi tel aviv


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan sembilan wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai Jaya di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, lapan wanita warga China dan seorang Vietnam yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 12.10 tengah malam.

"Kita menyerbu pusat hiburan berkenaan selepas menerima aduan dan risikan.


Hasil pemeriksaan tiga daripada mereka yang ditahan tiada sebarang dokumen perjalanan diri manakala, selebihnya menyalahgunakan pas lawatan sosial.


"Polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga di pusat hiburan berkenaan kerana menggaji pendatang asing tanpa permit yang sah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata, dalam serbuan itu polis turut memeriksa seramai 52 pengunjung dan 23 daripadanya didapati positif dadah.


Kita menahan 15 lelaki dan lapan wanita yang positif dadah berkenaan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dalam perkembangan lain Azman meminta orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri agar memaklumkan kepada polis supaya pihaknya dapat membuat rondaan.


"Saya minta mereka yang ingin pulang ke kampung memaklumkan kepada pihak polis supaya kita boleh membuat rondaan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini seperti kes kecurian atau pecah rumah berlaku," katanya.-Bernama

Tuesday, September 7, 2010

GRO tawar seks ditahan di Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan sembilan wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai Jaya di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, lapan wanita warga China dan seorang Vietnam yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 12.10 tengah malam.

"Kita menyerbu pusat hiburan berkenaan selepas menerima aduan dan risikan.


Hasil pemeriksaan tiga daripada mereka yang ditahan tiada sebarang dokumen perjalanan diri manakala, selebihnya menyalahgunakan pas lawatan sosial.


"Polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga di pusat hiburan berkenaan kerana menggaji pendatang asing tanpa permit yang sah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata, dalam serbuan itu polis turut memeriksa seramai 52 pengunjung dan 23 daripadanya didapati positif dadah.


Kita menahan 15 lelaki dan lapan wanita yang positif dadah berkenaan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dalam perkembangan lain Azman meminta orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri agar memaklumkan kepada polis supaya pihaknya dapat membuat rondaan.


"Saya minta mereka yang ingin pulang ke kampung memaklumkan kepada pihak polis supaya kita boleh membuat rondaan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini seperti kes kecurian atau pecah rumah berlaku," katanya.-Bernama

Monday, September 6, 2010

Lady gaga akan tolak 'godaan' dari Malaysia

Sebagai peminat sejati Lady gaga pasti akan tahu, ada rumors mengatakan  Lady melakukan diet ekstrim  yang akan muncul dalam sebuah biografi baru yang ditulis oleh Maureen Callahan. Buku, Poker Face: The Rise Dan Rise Of Lady gaga, akan mendedahkan keekstreman diet gaga yang amat mengejutkan.

bekas pengurus Gaga, David Ciemny, menuduh dalam buku bahawa Gaga, 24 tahun terikat pada makanan junk food dan tidak mengandungi kalori sama sekali. Dan ianya membuatkan pada tahun 2009 sahaja, pemenang Grammy tersebut  dikejarkan ke rumah sakit sebanyak enam kali sementara diet untuk langsing. Tidak sekali, tidak dua kali, tetapi enam kali tahun lalu.

Gaga juga rebah di atas pentas beberapa kali. Ada juga berita mengatakan bahawa ia menjalani diet makanan bayi - hidup dari bekas kecil makanan bubur - rumor yang mungkin sukar dipercayai bagi sebahagian orang, tapi sejak gaga menyukai industri fashion, tidak sukar untuk percaya bahawa ia sesuai dengan Peraturan industri fesyen: menjadi  sekecil mungkin yang diperlukan. Wendy Starland, yang membantu karier muzik Stefani Germanotta atau Lady gaga, juga memberitahu bahawa hari penyanyi itu naik-sebagai bintang, "adalah satu tekanan pada dirinya untuk menurunkan berat badan. "

Jika semua perbincangan tentang diet berbahaya adalah benar, itu hanya menimbulkan pertanyaan: tampak provokatif Adakah Lady gaga - mengambil dadah, kreativiti vagina-nya, doa-doa untuk menjadi gila - benar-benar menyembunyikan diri nya yang sebenar - kebenaran tentang wanita muda yang begitu kelaparan ini adalah dia sebenarnya hanya ... kelaparan?

Aku yakin jika Lady gaga datang ke Malaysia, dia akan menolak semua makanan menggoda yang kita miliki di sini. Atau mungkin, ia akan mengelakkan Malaysia sama sekali kerana alasan itu. Dan aku tidak akan terkejut jika, untuk memadamkan desas-desus, Lady gaga memekai suit besar dalam videonya yang Seterusnya dia! Lady ini penuh kejutan ...

Sunday, September 5, 2010

Skandal seks Wayne Rooney pula

Apa dah jadi dengan bintang bolasepak liga Inggeris skandal? semakin Serius?

Pertama Ashley Cole. John Terry. Kemudian Ashley Cole lagi. Peter Crouch. Kemudian Ashley Cole lagi! Dan sekarang, menurut Mirror, giliran Wayne Rooney! pula.

Tabloid Inggeris The World Eksklusif, tarikh 4 September, menunjukkan bahawa bintang Inggeris dan Manchester United Rooney tidak setia kepada isteri, Coleen dengan mengambil kesempatan ketika dia sedang hamil.
wayne dan isteri

Menurut Mirror, Roo tidur dengan pelacur 21 tahun, dengan bayaran £ 1000-semalam-Jennifer Thompson tujuh kali dalam masa empat bulan. Lebih buruk lagi penyerang tersebut dikatakan keluar ke tempat public dengan Ms Thompson!
ListenRead phonetically

Saturday, September 4, 2010

Lagi kisah seks remaja ambang merdeka














Seorang gadis 19 tahun yang dicekup kerana berkhalwat, bukan mengaku hilang dara pada malam sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-53 di sebuah hotel di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan (SPS) di sini awal pagi semalam, malah menggunakan kad pengenalan ibunya bagi mendaftar masuk hotel berkenaan.

Gadis itu membuat pengakuan berkenaan selepas dicekup berkhalwat dalam satu operasi cegah maksiat ‘Ops Gegar dan Sahur’ membabitkan sepasukan 15 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 3 pagi.

Lebih mengejutkan, ketika ditahan dia hanya memakai blaus dan seluar ketat paras paha tanpa coli dan seluar dalam, manakala pasangannya berusia 20-an, lengkap berpakaian.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui coli serta singlet di atas katil milik wanita berkenaan dan ketika disoal siasat, wanita itu mengakui kedua-dua barangan itu miliknya, malah pihak berkuasa menemui kesan tompokan darah pada cadar di bawah coli dan singlet terbabit
Related Posts with Thumbnails