Umat Islam dan orang melayu disarankan segera buat laporan polis jika terjumpa sesiapa cuba mempengaruhi masyarakat untuk menyertai demo bersih yang pastinya akan menyusahkan semua pihak nanti. Janganlah kerana masyarakat melayu yang selama ini sangat bersopan santun dengan bangsa lain terus-terusan di perlekeh-lekehkan oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersendiri yang berselindung di sebalik demo bersih ini.
Pihak berkuasa juga perlu segera bertindak apabila menerima laporan yang mengikut jangkaan blog ini akan meningkat sehingga detik-detik akhir 9 julai 2011. Kita tahu kebanyakan mereka yang pergi ke demo bersih tidak mengetahui tujuan sebenar demo tersebut yang bertujuan memporak-perandakan keamanan negara untuk memberi gambaran yang salah kepada negara luar bahawasanya negara Malaysia ini sudah tidak aman lagi.
Bas- bas yang menghala ke KL pada sekitar 48 jam sebelum 9/7/11 perlu ditahan dan diperiksa dan penumpangnya perlu disaring jika terdapat maklumat penumpang tersebut datang ke KL tanpa tujuan yang betul, tahan sahaja mereka di mana2 pusat tahanan kerana disyaki sebagai pemberontak. Janganlah kita memberi peluang kepada mereka membuat kacau di ibu negara kita. Jika Ibu negara tidak dapat kita pertahankan bagaimana hendak merampas balik negeri yang sudah terlepas ke tangan pembangkang.
No comments:
Post a Comment