GEORGETOWN — Seramai 50 wanita rakyat asing termasuk dua gadis bawah umur yang berkerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di Restoran Myth & KTV Lounge di Tanjung Tokong, di sini malam tadi.
Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis turut menyelamatkan dua gadis rakyat Vietnam berusia di bawah 18 tahun yang dipercayai mangsa kegiatan pemerdagangan orang.
Operasi oleh Unit Anti Permerdagangan Orang Bukit Aman, Polis Kontingen Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu diketuai Asisten Supritenden Nordin Ibrahim.
Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 28 wanita rakyat China dan 17 rakyat Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an dan menyalahguna pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai GRO, kata Nordin.
Beliau berkata, seorang daripada wanita China yang ditahan itu tidak mempunyai pasport.
"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang berkerja sebagai kapten, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai juruwang dan seorang rakyat China yang menjadi ibu ayam,” katanya.
"Polis merampas beberapa peralatan hiburan dari premis berkenaan dan enam pelanggan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. - Bernama
Restu ketua menteri PP
No comments:
Post a Comment