Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, May 18, 2011

Aku ada cara menyerap inflasi dan kenaikan harga minyak

Harga minyak mesti naik....tak payah bising2 lambat laun harga minyak komfem naik juga.Itulah inflasi namanya. Bagi mereka yang tidak bersedia sudah pasti akan merasa sedikit terbeban. Tapi bagi aku yang sentiasa beringat ni aku akan cuba menyerap kesan inflasi yang melanda seluruh dunia ini. Bagaimanakah caranya untuk kita menyerap inflasi.

Mari kita kembali ke zaman Rasullullah apakah matawang yang nabi kita kita gunakan pada zaman dahulukala. Adakah USD, RM, Pheso, dan berbagai jenis matawang kertas yang dicipta oleh puak2 yahudi yang hanyalah merupakan sehelai kertas sahaja. Rasulullah pada zamannya menggunakan matawang dinar(emas) dan dirham (perak). Tahukah anda harga seekor ayam adalah 1 dirham pada 1400 tahun yang lalu dan sehingga hari ini harga seekor ayam masih lagi 1 dirham. lihatlah betapa hebatnya matawang dinar dan dirham langsung tiada kesan inflasi walaupun sudah melepasi 1000 tahun ataupun 10 abad. mari kita bandingkan RM1 10 tahun lepas boleh beli nasi lemak 2 bungkus tambah air lagi tapi rm 1 sekarang nak beli air pun tak lepas.

Apakah kelebihan memiliki emas?. Dengan memiliki emas kita dapat menyelamatkan harta kita. Pepatah cina ada mengatakan jika sayangkan keluarga belilah emas, jika sayangkan negara simpanlah emas, jika sayangkan agama gunalah emas. pepatah ini menjadi punca berjuta-juta rakyat cina membeli emas dan cina merupakan negara paling banyak membeli emas diekori rapat oleh india dan USA.

Tahukah anda harga emas meningkat kira-kira 30% setahun. Jika kita beli hari ini harganya RM1000 maka setahun kemudian harganya menjadi rm1300. dalam tempoh empat tahun nilainya menjadi lebih dari sekaliganda iaitu kira2 rm2200. Bank rakyat dan bank islam juga ada menawarkan kaedah ar-rahnu di mana kita boleh menyimpan emas kita di bank tersebut dan diberi pula pinjaman kira-kira 65%-70% daripada nilai emas kita dimana bank tersebut mengenakan upah yang sangat murah dan mampu dibayar oleh sesiapa sahaja sementara menunggu harga emas naik dan bolehlah kita pajak lagi untuk mendapatkan keuntungan. keuntungan ini bolehlah kita gunakan untuk menyerap kenaikan harga barang.....selamat mencuba.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi cikguleepk melalui email cikguleepk@yahoo.com

1 comment:

  1. artikel yg menarik dan berkualiti bro..keep it up!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails