Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, May 1, 2011

Ayahanda Awie nasihatkan Bob Lokman jangan riak!!!!!!


“Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.


Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.


“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.


“Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985. - HMetro.


1 comment:

  1. Dia ingat dia sudah hebat dengan meyertai Parti Isle (bukan parti Islam)Pas- Pas Aslan seMalaysia.Yang betul PIS-Parti Islam seMalaysia.INI dah tak betul lambang pun bulat kosong.maknanya kosong.....itu setakat jadi barua Dapig.Nama BOB nama orang putih lah tu.tak sedar.mabuk meroyan tesalah makan daging panggang DApig

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails