Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, October 14, 2010

Gelombang ke2 SSDE akan goncang PAS di Galas

Kenapa saya mengaitkan siri pendedahan dan ceramah selamatkan selangor darul ehsan SSDE akan memberi kesan yang besar kepada pengundi di Galas. Sudah tentu kerana bilangan rakyat kelantan yang berhijrah ke selangor sangat ramai seperti yang dibuktikan semasa pertempuran penyokong bolasepak kelantan di Stadium Shah alam kelmarin. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja-perja kilang dari jawatan terendah sehingga ke jawatan yang tertinggi. Ahli keluarga mereka serta tidak lupa juga kepada penuntut-penuntut universiti. Jika gerak gempur UMNO selangor berjalan lancar tidak mustahil undi orang muda akan mengalir kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil kali ini seterusnya memberi impak yang besar dalam persediaan Pilihanraya umum ke 13 nanti

Nampaknya serangan berterusan dari UMNO/BN Selangor akan disambung semula Jumaat ini. Tuan-tuan dan puan-puan, terimalah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan!!

Jumaat 15 Oktober 2010, bermula di Parlimen Subang (Subang Perdana)
Sabtu 16 Oktober 2010, Parlimen Shah Alam (TTDI Shah Alam)

UMNO Selangor akan meneruskan siri kedua jelajah ‘Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ selepas berakhir Syawal ini bagi menjelaskan pelbagai lagi isu akibat kelemahan kerajaan negeri sekarang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata antara perkara terbabit ialah isu berkaitan tanah di Sungai Buaya, Rawang.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimanapun enggan memberitahu isu di kawasan berkenaan, sebaliknya berkata ia hanya akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi siri jelajah itu nanti.
“Isu air dan pasir sudah berlalu kerana sebenarnya banyak isu lain yang akan UMNO Selangor bangkitkan. Rakyat Selangor akan tahu temberang sebenar kerajaan negeri ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Tanjung Karang.

Noh berkata, rakyat di negeri itu juga akan diberi penjelasan berhubung sikap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang yang terus berdolak-dalik mengenai penemuan kamera video tersembunyi di pejabatnya, termasuk keengganan Menteri Besar itu membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails