JOHOR BAHRU 4 Okt. - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Australia sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur."
Presidennya, Anuar Manap berkata, kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan.
"Janganlah terlalu mudah melabelkan pemimpin kita dan menghina hanya kerana ingin menang dalam perebutan jawatan dalam parti yang kita tahu sedang bergolak dan kacau bilau," katanya ketika mengulas kenyataan Azmin terhadap Dr. Mahathir.
Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam. - Bernama
No comments:
Post a Comment