Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, August 21, 2011

Bank Rakyat permainkan penggadai emas.

Masa harga emas rendah suatu masa dahulu bank rakyat mengalu-alukan penggadai-penggadai emas dengan tawaran upah simpan yang terendah. Orang-orang melayu yangberagama islam amat tertarik dengan tawaran Bank rakyat tersebut dan mula berlumba-lumba membeli emas seperti yang disarankan mantan PM kita Tun Mahathir yang disayangi.

Bank Rakyat yang menawarkan pinjaman jangka pendek (6 bulan) sebanyak 70 peratus dari nilai emas dengan upah rm0.75 bagi setiap RM100 nilai emas yang boleh ditebus pada bila-bila masa sebelum tempoh 6 bulan tamat atau menyambung tempoh pinjaman sekiranya masih tidak mampu menyelesaikan pinjaman. Bank Rakyat mendapat keuntungan apabila penggadai membayar pinjaman dan upah tersebut.
Peminjam juga boleh menggadai semula emas mereka mengikut nilai emas semasa yang sentiasa berubah-rubah setiap hari. Penggadai mempunyai risiko sekiranya harga emas tidak naik dalam tempoh setahun menyebabkan mereka terpaksa membayar upah simpan yang semakin bertambah kepada pihak bank rakyat.

Allah memberi rahmat kepada pengadai-penggadai emas apabila sejak akhir-akhir ini harga emas di pasaran naik dengan mendadak sekali sehingga memecahkan rekod tertinggi yang belum pernah dicapai dalam sejarah harga emas di dunia. Hal ini menyebabkan Bank Rakyat menjadi goyah kerana perlu mengeluarkan modal yang besar bagi memberi pinjaman kepada penggadai-penggadai emas yang ingin membuat pinjaman semula bersandarkan nilai emas yang baru tersebut.

Bank Rakyat mula mengenakan syarat-syarat yang tidak masuk akal atas sebab yang tidak masuk akal. Beberapa cawangan bank rakyat seperti di Tawau, Temerloh, Kerayong, Air Keroh dan lalin-lain lagi mula menganggap penggadai emas seperti peminta sedekah. Mereka meminta resit pembelian emas dari penggadai emas kononnya untuk mengelakkan penggubahan wang haram. Persoalannya berapa ramaikah pembeli-pembeli emas yang menyimpan resit pembelian emas mereka untuk digunakan semasa proses penggadaian. Jika seseorang membeli emas 10 tahun lepas adakah resit pembelian itu mampu bertahan.Geran tanah atau kad pengenalan punsudah pasti akan rosak jika umurnya sudah berusia 10 tahun atau lebih.

Sahabat-sahabat yang ramai menggadaikan emas mereka di Bank Rakyat mula tertekan apabila mereka juga dilayan seperti pesalah semasa ingin membuat pinjaman semula bagi pinjaman emas mereka. Sedangkan ianya berbeza pula jika ingin membuat overlap pinjaman peribadi mereka dilayan seperti putera raja kerana pinjaman peribadi secara total menguntungkan Bank Rakyat sedangkan pinjaman emas memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak apabila harga emas naik mendadak.

Harap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK mengambil serius masalah yang dihadapi penggadai-penggadai emas yang mula disusahkan oleh beberapa cawangan bank rakyat dan kakitangannya yang ingin menyusahkan dan merumitkan operasi pengadai-penggadai emas yang kebanyakkannya golongan melayu islam dan bekerja kerajaan.

Penggadai emas masih bernasib baik kerana Agro Bank tidak pula mengenakan syarat dan karenah seperti yang berlaku di bank rakyat. Penubuhan Ar-Rahnu Public Gold suatu masa nanti diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penggadai-penggadai emas.

PS: Pelaburan emas disarankan oleh mantan PM Tun Mahathir Mohamad yang disayangi dan Mursyidul AM PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

Tuesday, August 9, 2011

Terima Kasih PM

Walaupun hanya setengah Bulan gaji kakitangan awam wajib bersyukur dengan segala rezeki yang kita perolehi dengan izin Allah SWT.

Sent from my iPhone

Related Posts with Thumbnails