Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, July 30, 2011

Coach Harimau Malaya perlu ditukar

Pemain harimau malaya merupakan asset yg amat berharga buat Negara yg masih lagi perlu diperkemas Dan dipertajamkan lagi. Cikguleepk merasakan coach raja sudah mencapai satu level yg sangat baik. Walaubagaimanapun untuk terus meningkat ke level seterusnya pasukan bolasepak negara memerlukan kepakaran yg lebih tinggi Dari searing coach. Jurulatih dari negara Latin yg berkemahiran tinggi harus diambil untuk terus meningkatkan prestasi skuad negara. Janganlah kita berpuashati Dan mengambil langkah ke belakang lagi. Ayuh kita terus menggembleng segala usaha untuk mengejar kejayaan yg lebih gemilang lg pada masa Akan datang

Sent from my iPhone

Wednesday, July 27, 2011

Nik Aziz sokong kempen Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

24 Julai 2007

Saturday, July 23, 2011

Team harimau malaya perlu balik ke sekolah

Waduh hampes betooi. Nasib baek dapat jugak 3 gol kalau tak bungkus selimutlah jawabnya Rajagopal. Defend dgn midfield takde discipline Dan tak fokus. Lebih baik gunakan player harimau muda sahaja untuk perlawanan kedua nanti
Sent from my iPhone

Senarai fitnah terbaru untuk ingatan umat Islam

1 berlakon di langgar kereta mpv polis
2 cincin rosmah berharga rm75 juta
3 radiasi tinggi di kilang lynas
4 beg tangan rosmah berharga rm300000
5 pilihanraya tidak adil apabila kalah
6 Felda bankrupt
7 kematian peserta demo Bersih akibat dipukul polis

Sent from my iPhone

Thursday, July 21, 2011

Chelsea mng 1/2 - 0

Sepakan percuma yg diambil didier drogba hanya masuk separuh shj. Maka cikguleepk mengisytiharkan Chelsea hanya mng 1/2 - 0 keatas pasukan pilihan olimpik Malaysia

Sent from my iPhone

Wednesday, July 20, 2011

Penyokong penyokong Liverpool paling ramai di Malaysia


Training
Liv = 38000
Che = 8000
ars = 10000

Perlawanan
Liv = 85000
ars = 45000
Che = 70000 sudah dijual

Wednesday, July 13, 2011

Meriam bedil Malaysia 4 Kali

Pasukan Malaysia di belasah arsenal 4-0 di hadapan penyokong sendiri.

Sent from my iPhone

Tuesday, July 12, 2011

Sabtu ini (16.7.2011) kumpulan Baju kuning akan berkumpul lagi di KL




Kali ini dijangka kumpulan baju Merah Liverpool lebih ramai dari kumpulan baju kuning Malaysia
Cikguleepk turut join perhimpunan kali ini
Dapatkan live report cikguleepk dari Stadium bukit jalil pertempuran terbaru dua kumpulan ini.

Monday, July 11, 2011

Rehat politik: Jom beli saham berlandaskan Syariah DANA NABEEL

Terbuka untuk langganan selama 21 hari, harga tawaran awal 50 sen seunit

AMANAH Mutual Bhd (AMB), anak syarikat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) semalam melancarkan AMB Dana Nabeel, dana pasaran wang Islam pertama di negara ini dengan bernilai RM200 juta. Dana amanah berlandaskan syariah itu adalah dana pasaran wang terbuka bersaiz 400 juta unit dengan harga tawaran awal bernilai 50 sen seunit yang ditawarkan untuk langggan dalam tempoh 21 hari bermula semalam. AMB adalah syarikat milik Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dana Islam yang dikeluarkan AMB itu adalah unik kerana ia juga terbuka untuk langgan syarikat atau badan korporat berbanding diperuntukkan khusus untuk langganan orang awam seperti kelazimannya.

Beliau berkata, dana itu juga adalah skim ke-17 AMB dan pihaknya berharap unit ditawarkan itu mendapat langganan baik pelabur.

“Ia adalah produk pasaran wang yang menjadi alternatif kepada pelabur yang selama ini hanya menyimpan wang di bank dengan mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi,” katanya selepas pelancaran dana berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Dana yang menjadikan Kadar Semalamam Bank Islam Mudharabah sebagai penanda aras itu dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Pelabur individu disyaratkan membuat pelaburan awal minimum RM5,000 dan pelaburan tambahan minimum RM1,000 manakala pelabur korporat perlu membuat pelaburan awal minimum RM50,000 dan pelaburan tambahan minimum RM10,000.

AMB Dana Nabeel boleh dibeli di Ibu Pejabat AMB di Menara PNB, Jalan Tun Razak atau cawangan ASNB, cawangan Maybank, cawangan Bank Rakyat terpilih dan pejabat Apex Investment Services Bhd.

Saturday, July 9, 2011

Tak sampai 0.01% rakyat malaysia sertai bersih

Hanya seorang dari 10000 orang rakyat malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih. Jelas perhimpunan telah gagal menarik rakyat untuk menyertainya. Itupun kebanyakan yang menyertainya telah ditanggung oleh satu Dana yg sgt besar. Cikguleepk difahamkan peserta demo sudah menginap dihotel yg disediakan penganjur.
Sent from my iPhone

Live, demonstrasi Bersih berjaya

DAP dan PAS khianati BERSIH, AMBIGA dan ANWAR

DAP atas arahan jeneral perangnya Lim Guan Eng melarang penyokongnya menyertai perhimpunan haram Bersih supaya orang melayu sahaja bertempur sesama sendiri. Manakala PAS pula mengadakan ekspo di kelantan serentak dengan tarikh perhimpunan Bersih dengan jelas menunjukkan mereka memboikot Bersih secara senyap.


Fiesta bera bermula. Jumpa Rozita Che Wan di sana

Jumpa di sana ye

Wednesday, July 6, 2011

Sakit mata melihat kain rentang BERSIH di Kg Pangsenam Temerloh

Kebetulan menyusur sekitar sungai Pahang beberapa hari lalu aku terpandang kain rentang besar di tepi jalan berhampiran Kg Pangsenam, Temerloh. Ianya terpampang besar berhampiran sebuah padang bola dan tepi jalanraya yang dilalui oleh sekitar 1000 orang setiap hari.

Sungguh meluat aku pada poster tersebut, tetapi tak sempat aku nak snap gambar kerana jalan yang agak sempit dan berliku-liku menyukarkan aku untuk menge'park' kereta MPV aku yang sedang menyusur agak laju pada hari tersebut.
Aku amat berharap pihak polis dapat segera menurunkan kain rentang tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemilik rumah berwarna hijau yang menggantung kain rentang tersebut. SHIT...SHIT...SHIT BERSHIT

Monday, July 4, 2011

Hasutan: Serikandi PKR yang gedik dipanggil polis

KANGAR 4 Julai — Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail berhubung ceramahnya di Kompleks Pas Kangar pada 11 Jun lepas yang didakwa mengandungi hasutan.

Siti Aishah berkata, beliau dipanggil untuk memberikan keterangan berikutan polis menerima satu laporan daripada seorang individu mengenai ceramahnya itu.

Terdahulu, Siti Aishah hadir ke IPK Kangar kira-kira pukul 2 petang dengan ditemani kepimpinan Wanita PKR, Angkatan Muda PKR dan Srikandi PKR Kedah dan Perlis. — Bernama

SEBAR FITNAH:Sampai bilakah wartawan2 Harakah, Malaysiakini dan Suara Keadilan hendak dibiarkan.

Harakah bukanlah suatu kitab yang suci, Malaysiakini bukannya media yang Bersih, Suara Keadilan pula sering membuat laporan sumbang............Sampai bilakah kitab-kitab penganut pembangkang ini hendak dibiarkan oleh pihak berkuasa. Apakah besar sangatkah perngaruh akhbar-akhbar ini kepada majoriti rakyat Malaysia yang mahukan keamanan. Terlalu banyak fitnah yang disebarkan mereka berjaya memesongkan akidah sebilangan kecil rakyat Malaysia yang tidak berotak. Percaya membabi-buta pada wartawan akhbar yang menulis mengikut nafsu. Ambil sahaja tindakan keatas akhbar-akhbar ini. Ambil sahaja tindakan keatas wartawan-wartawan akhbar2 ini. Insyaallah negara akan lebih aman, negara akan lebih bahagia, negara akan lebih bersih.

Selebriti terkenal tolong dengar nasihat abang: Orang tamak selalu rugi.

Dulu tamak sangat nak masuk majalah maka selalulah bergambar macam gini



Bila gambar-gambar macam tu dah tak laku dia pun bertukar jadi cam gini




Tapi dia ada hati lak nak jadi cam gini..




Last-last jadi cam gini


Piliharaya Umum Thai: Sah Yingluck Shinawatra PM Thailand yang baru

BANGKOK 3 Julai – Parti Pembangkang Pheu Thai yang diterajui pemimpin de fakto perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra, memenangi majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Thai dengan mendapat 255 daripada 500 kerusi Parlimen sehingga 8.00 malam ini (waktu Malaysia: 9 mlm).

Menurut kiraan Polis Diraja Thai dan Suruhanjaya Pilihan Raya, 83.69 peratus daripada undi telah dikira setakat jam 8.00.

Demokrat bekas parti memerintah mendapat 163 kerusi, Bhumjai Thai 35 kerusi, Chart Thai Pattana 21, dan Chart Thai Pattana Phea Pandin 10 kerusi.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan tujuh kerusi, Rak Thailand empat, Matubhum dua, dan Rak Santi dan Parti Demokrat Baru masing-masing satu.

Yingluck Shinawatra, bakal perdana menteri wanita pertama dari Pheu Thai berkata beliau akan menjalankan tugasnya sebaik mungkin dan tidak akan mengecewakan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepadanya. Sementara itu, Perdana Menteri yang bakal berundur Abhisit Vejjajiva menyambut baik kemenangan parti Pheu Thai.

Keputusan penuh tidak rasmi pilihan raya dijangka diumumkan pada 10 malam (waktu Malaysia: 11 mlm).

Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan pilihan raya itu.

— BERNAMA

Sunday, July 3, 2011

SEBAR FITNAH:Sampai bilakah wartawan2 Harakah, Malaysiakini dan Suara Keadilan hendak dibiarkan.

Harakah bukanlah suatu kitab yang suci, Malaysiakini bukannya media yang Bersih, Suara Keadilan pula sering membuat laporan sumbang............Sampai bilakah kitab-kitab penganut pembangkang ini hendak dibiarkan oleh pihak berkuasa. Apakah besar sangatkah perngaruh akhbar-akhbar ini kepada majoriti rakyat Malaysia yang mahukan keamanan. Terlalu banyak fitnah yang disebarkan mereka berjaya memesongkan akidah sebilangan kecil rakyat Malaysia yang tidak berotak. Percaya membabi-buta pada wartawan akhbar yang menulis mengikut nafsu. Ambil sahaja tindakan keatas akhbar-akhbar ini. Ambil sahaja tindakan keatas wartawan-wartawan akhbar2 ini. Insyaallah negara akan lebih aman, negara akan lebih bahagia, negara akan lebih bersih.

Baju kuning lepas peluru, 20000 orang terpaku

Skuad Malaysia berbaju kuning berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Aidil Zakuan yang mengambil sepakan percuma sederas peluru untuk menewaskan penjaga gol Taiwan. Malaysia mendahului 1-0 dan 3-1 secara aggregat

Kawan2 sila like facebook anti bersih 2.0

BRAVO!!! Khairy Jamaludin bersihkan diri berjuang menentang Israel.

Mungkin itulah hakikatnya.... Khairy Jamaluddin tidak takut dengan askar dan polis Israel.... Sebab tu beliau berani mengikuti misi ke Gaza.

Sebaliknya jika  di Malaysia beliau hanya menyertai gerakan anti demonstrasi Bersih 2.0.

Sebab apa? Sebab.... Demo bersih tidak mencabar....  tak ada yang akan mati....tapi perjuangan menentang Israel jauh lebih hebat....jauh lebih tinggi nilainya....jikalau mati pun....mati syahid.

Tahniah YB khairy

Saturday, July 2, 2011

Sepupu Nik Aziz bersama 2800 lagi ahli Pas sertai Umno

PASIR PUTEH 2 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata, penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pas semakin berkurangan.

Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, di sini.

“Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. Bekas ahli Pas berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Najib berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud.

Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan para hadirin beserta laungan dan teriakan “Gelombang Merah”, iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.

Ketika ditemui pemberita Raja Abdullah, 57, berkata beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

“Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam,” kata bapa kepada 11 orang anak itu.

Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.

“Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil “kafir” itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP,” kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO-Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.

Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am PAS itu, Raja Abdullah berkata: “Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga.” - Bernama

Friday, July 1, 2011

Khutbah Jumaat larang sertai Demo Bersih.Lebih baik muafakat.

Jangan lah kamu kumpulan laki-laki memusuhi, mencerca kumpulan lelaki yang lain kerana barangkali kumpulan lelaki yang kamu musuhi, cerca itu lebih baik dari kumpulan kamu. Dan janganlah kamu kumpulan wanita memusuhi, mencerca kumpulan wanita yang lain kerana barangkali kumpulan tersebut lebih baik dari kumpulan kamu.

Khutbah yang di baca oleh imam tadi menyerap masuk dalam fikiran saya sebentar tadi lantas berfikir apakah keperluannya Demonsrasi bersih ini yang hanya boleh menghasilkan kemudaratan kepada masyarakat di negara kita. Banyak wang yang akan dibelanjakan untuk membawa manusia berotak lembu untuk ke sana. Banyak harta benda yang akan rosak, Ramai askar dan tentera terpaksa dikerah untuk menjaga keselamatan negara.

Adalah lebih baik jika kita hindari perbuatan yang boleh memudaratkan ini. Lebih elok jika masa hujung minggu kita dihabiskan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan hubungan kita dalam masyarakat setempat daripada memperjuangkan sesuatu yang sia-sia di tengah jalanraya di bandaraya Kuala Lumpur itu nanti.

Satu lagi kejayaan pemerintahan Islam ala Pas: TAMBAH LESEN ARAK

KOTA BHARU 29 Jun - Kerajaan Pas Kelantan sedia mengkaji cadangan masyarakat Cina di negeri ini yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri ini, kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, kajian itu bergantung kepada kewajaran dan keperluan lesen itu dikeluarkan terutama di bandar Kota Bharu.

"Kita sedia mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina di negeri ini yang akan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini hari ini.

Katanya, setakat ini MPKB telah mengeluarkan lebih 20 lesen premis menjual arak di sekitar bandar dan ini tidak termasuk yang diluluskan oleh 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di jajahan lain.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, kerajaan Pas Kelantan menerima notis saman pemula yang difailkan tiga peniaga terhadap tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) kerana mengharamkan penjualan tiket loteri kebajikan. - Bernama
Related Posts with Thumbnails