Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, February 27, 2011

Haram Jadah PAS berceramah tanpa permit

Biasalah PAS mengamalkan undang-undang rimba...
Ceramah pun sekadar mengadudomba dan memfitnah
Pas belum pohon permit ceramah
27/02/2011 8:08pm

TEMERLOH 27 Feb. - Selepas 24 jam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bermula, Pas masih belum mengemukakan permohonan permit untuk mengadakan ceramah di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Jamaludin Abdul Rahman berkata, selepas penamaan calon semalam, polis telah meluluskan 11 permit untuk Barisan Nasional (BN) mengadakan ceramah kempen pilihan raya kecil itu (PRK).

Bagaimanapun, katanya, PAS belum mengemukakan sebarang permohonan permit setakat ini. - Bernama

PAS hairan hanya 10 orang sertai program PAS bersama PTPTN dan MARA

TEMERLOH 26 Feb. - Mungkin kerana kehabisan modal pada Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Dewan Pemuda Pas Pusat cuba memainkan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan Mara yang didakwa menindas pelajar.

Sehubungan itu, mereka mengadakan satu program khas iaitu Perjumpaan Peminjam PTPTN dan Mara di Hotel Seri Malaysia di sini, tidak jauh daripada DUN Kerdau.

Malah penganjuran program itu turut diuar-uarkan ketika Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kayat berucap pada proses penamaan calon DUN Kerdau sedang berlangsung di Dewan Tun Razak.

Menurut Suhaizan, program itu dibuat di Temerloh kerana Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Said berasal dari kawasan ini.

Ismail ialah Ketua UMNO Kuala Krau dan Ahli Parlimen Kuala Krau dengan DUN Kerdau merupakan salah satu DUN di bawah kawasan pilihan raya beliau.

Namun program yang dijadualkan pada pukul 2 petang itu tidak mendapat sambutan walaupun pemimpin yang datang ialah Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, naibnya, Ahmad Sabki Yusof dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut.

Sambutan dingin itu hampir menjejaskan moral pemimpin Pas terbabit yang dilihat termangu dan ternanti-nanti kedatangan orang ramai.

Namun, kerana sudah terdapat tiga orang di dalam dewan itu, program tersebut akhirnya dimulakan pada pukul 3 petang dengan Ahmad Sabky menyampaikan ucapan aluan.

Ketika dia berucap, terdapat kira-kira 10 pelajar di dalam dewan itu yang mengikuti program berkenaan.

Menurutnya, program tersebut bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang pinjaman PTPTN dan Mara serta isu berkaitan.

Katanya, Dewan Pemuda Pas sendiri kurang pasti dengan sambutan dingin program tersebut walaupun ia bertujuan membantu pelajar yang terlibat.

Saturday, February 26, 2011

Ulama' PAS kecuali (alama') Nik Aziz restui Ahli PAS undi calon BN.

SEBAB-SEBAB UNTUK PENYOKONG PAS BOIKOT CALON SENDIRI!!!!!

1.PEMIMPIN PAS PERLU DIAJAR!!!

2.AHLI PAS TIDAK MENYOKONG PAKATAN DENGAN DAP.!!!

3.PAKATAN DENGAN DAP HANYALAH SATU LANGKAH KEBELAKANG DALAM MENEGAKKAN PANJI-PANJI ISLAM.!!!!

4.DAP MENINDAS ORANG MELAYU DAN ISLAM!!!!

5.PAS BOLEH BERGERAK SENDIRIAN!!!!!

6.TANPA SOKONGAN DAP PAS BOLEH MENANG 60% KAWASAN MAJORITI MELAYU!!!!!

7. KEMENANGAN PRK TIDAK MEMBERI MAKNA KERANA TIDAK MAMPU MENUKAR KERAJAAN NEGERI!!!!!

8. UMAT ISLAM SANGSI DENGAN KEIKHLASAN DAP TERHADAP ORANG ISLAM!!!!!!

9. PAS LEBIH BERWIBAWA DENGAN KEMPEN ISLAMIK YANG TERPAKSA DISOROK APABILA BERTANDING DI KAWASAN YANG ADA PENGUNDI BUKAN ISLAM!!!!!!

10. PAS KELIHATAN PARTI YANG LEMAH DALAM PAKATAN PEMBANGKANG!!!!!!

TQ Kerajaan Malaysia beri RM10.3b tak kira kaum atau parti politik. Dapatkan segera di stesen berdekatan

RM10.3b kekalkan RON95

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini walaupun harga minyak dunia meningkat ekoran pergolakan di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak bimbang kerana setiap tindakan kerajaan mengambil kira beban serta kos hidup yang dihadapi oleh mereka.

Untuk itu, katanya, kerajaan bersedia mengeluarkan sejumlah subsidi yang lebih besar bagi memastikan kos perbelanjaan harian rakyat boleh dikawal.

“Setiap keputusan yang kita buat akan mengambil kira beban kepada rakyat. Rakyat tetap menjadi keutamaan kita meskipun terpaksa mengeluarkan jumlah subsidi yang besar.

“Apa yang kita pentingkan sekarang ialah soal belanja atau kos hidup rakyat yang perlu kita kawal supaya kadar inflasi tidak meningkat. Setakat ini, kadarnya masih terkawal. Jika kadarnya tinggi ia akan menjadi satu sungutan di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya persediaan kerajaan mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga minyak dunia secara mendadak berikutan pergolakan di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara seperti Mesir dan Libya.

Sebagai contoh, Libya telah menghentikan pengeluaran minyak secara perlahan-lahan sejak kelmarin ekoran syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara berkenaan berterusan.

Untuk rekod, harga semasa bagi RON 95 ialah RM1.90 seliter.

Mengulas isu itu Najib berkata, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan buat masa ini berjumlah RM10.3 bilion.

“Dari segi bajet kita telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM10.3 bilion untuk tahun ini dan jika tiada perubahan harga (minyak dunia), jumlah subsidi kita akan meningkat agak ketara.

“Namun subsidi ini tidak melibatkan RON 97 kerana ia berdasarkan harga minyak semasa,” katanya lagi.

Mengenai bajet tambahan untuk subsidi sekiranya trend kenaikan minyak dunia terus berlaku beliau berkata, kerajaan akan melihat harga minyak semasa di pasaran dunia.

“Kita perlu lihat harga minyak semasa dunia kerana ia terumbang-ambing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri percaya sekiranya keadaan di Asia Barat dan Afrika Utara reda dalam kadar segera, harga minyak dunia akan turun.

“Jika keadaan di Asia Barat reda dalam keadaan yang segera harga minyak pasti akan turun. Jika turun, harga RON 97 juga turun dan itu yang kita janjikan. Kita hanya kawal RON 95 serta produk yang lain seperti gas asli cecair (LPG) dan diesel,” katanya lagi.

Thursday, February 24, 2011

Kroni Profile tinggi di Malaysia

Anwar,Azizah dan Nurul Izzah memegang jawatan tertinggi dalam parti PKR. Hubungan Suami, Isteri dan Anak sendiri

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Bapa dan anak dalam kepimpinan parti DAP dan Ketua menteri PP.

Karpal singh dan Gobind singh. Anak beranak berjawatan tinggi dalam parti DAP

Dimanakah anda seandainya menyokong pakatan kroni ini...........

Sanggupkah anda dilembukan oleh kroni-kroni di atas.........................

Gadis Melayu berbaring tepi pantai

Gambar dipetik dari sini

Monday, February 21, 2011

Kluk klek tiket ke Hanoi...PPK Cherang Rotan

Aku dengar-dengar macam ada yang nak kluk klek duit tiket ke Hanoi. Harap-harap tiada yang cuba nak kluk klek. Ini semua ajaran pengetua kluk klek N.AJIS la nih....... Dengar katanya kecoh di Airport....Malaslah aku nak cerita. Jangan lah oiii makan duit haram....Tak berkat. Aku cukup benci dengan penjawat awam yang songlap duit kerajaan/rakyat/petani......Pikir-pikirlah sendiri....bro....Mata-mata gua banyak ni....

Bob Lokman bakal menggantikan Nik Aziz Sebagai MB Kelantan...

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun,tambahnya,Bob-penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya,kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.
"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya,penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.-Malaysiakini, 19/02/2011

KALAU MACAM TU JANGAN LUPA YER AMIK NABIL RAJA LAWAK ATAUPUN SAIFUL APEK MASUK DALAM PAS..KATA MENUNJUKKAN KEPELBAGAIAN ??? JANGAN MARAH YER MAHFUZ.ANDA YANG KATA,SAYA CADANGKAN !!!!

Sunday, February 20, 2011

Tahniah....Dividen KWSP meningkat ke paras tertinggi

KWSP umum dividen 5.8 peratus
20/02/2011 3:36pm

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama

Saturday, February 19, 2011

Kota Mekah tunjukkan perbezaan Tun M Vs N.AJIS

Tiada siapa pandang N.AJIS
 Gambar ini dirakam sebaik sahaja di tiba di Mekah. Sakit dan tiada tenaga, nak berjalan pun tak mampu sehingga terpaksa guna kerusi roda.

Pemimpin Arab menyanjungi Tun M

Kisah Mahathir di Mekah
DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.

Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.

Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.

Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.

Friday, February 18, 2011

Pemerintahan Najib Jana 7.2% ekonomi Malaysia. Selangor bagaimana?

Ekonomi Malaysia tumbuh 7.2% tahun lalu
18/02/2011 5:26pm

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun lalu apabila mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Pada tahun 2009 ekonomi negara telah mencatatkan penguncupan -1.7 peratus. - Utusan

19 bukti Vs peguam pembelit + kesilapan isi borang

Anwar berhadapan 19 bukti

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Anwar Ibrahim berjalan bersama peguam belanya, Sankaran Nair (kiri) di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Bulu kemaluan, dua helai seluar dalam, sebidang permaidani dan cadar tilam antara 19 barang kes yang dikenal pasti oleh seorang ahli kimia pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Barang-barang kes yang disahkan satu persatu oleh Dr. Seah Lay Hong telah dihantar kepadanya oleh pihak polis untuk pemeriksaan termasuk yang dikemukakan semasa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan di mahkamah setahun lalu.

Menurut Lay Hong, 52, yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, beliau menerima barang-barang itu daripada Deputi Supritendan Jude Blacious Pereira (kini Supritendan) sebanyak dua kali iaitu pada 30 Jun dan 1 Julai 2008.

Saksi pendakwa kelima itu berkata, pada 30 Jun 2008, beliau menerima 12 sampul surat yang masing-masing mengandungi bekas plastik berisi calitan putik kapas manakala pada 1 Julai 2008, beliau diserahkan dengan enam sampul surat serta dua bungkusan.

Dua bungkusan yang diterima masing-masing mengandungi sebidang permaidani pelbagai warna dan satu cadar tilam berwarna biru.

Enam sampul surat pula masing-masing mengandungi bulu kemaluan, sehelai seluar panjang hitam, sehelai baju lengan panjang warna biru jenama Ralph Lauren, dua helai seluar dalam jenama Levi's warna biru dan kelabu serta sehelai baju lengan panjang hijau jenama G2000.

Pakaian-pakaian tersebut telah ditunjukkan di mahkamah semasa Mohd. Saiful Bukhari memberi keterangan pada 5 Februari tahun lalu.

Semasa barang-barang kes itu dikenal pasti, Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap saksi tersebut, peguam Ram Karpal Singh dan Sankara Nair masing-masing memakai sarung tangan getah.

Turut hadir di mahkamah ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA) dari Australia, Dr. Brian McDonald yang membantu pasukan pembelaan.

Sepanjang saksi itu memberi keterangan, Anwar di kandang saksi pula dilihat tekun membaca majalah luar negara dan sesekali dilihat menoleh kepada isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di galeri awam.

Dalam keterangannya, Lay Hong berkata, kumpulan pertama barang-barang tersebut yang diambil pada 28 Jun 2008 telah diperiksa pada 1 Julai 2008 manakala kumpulan kedua barang-barang itu diperiksa pada 2 Julai dan pemeriksaan berakhir pada 5 Julai 2008.

Terdahulu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan pihak pendakwaan supaya salah satu borang penyerahan barang bukti (Borang Pol 31) ditandakan sebagai barang bukti setelah membenarkan bantahan pihak pembelaan.

Hakim tersebut bersetuju dengan hujah peguam bela memandangkan borang yang telah diubah kandungannya tidak diserahkan kepada pasukan pembelaan sebelum perbicaraan maka ia tidak boleh diterima masuk sebagai bukti.

Malah untuk menandanya sebagai IDD (bukti yang akan diterima masuk selepas disahkan) juga adalah tidak wajar kerana ia tidak mungkin akan dapat ditanda sebagai P (bukti yang telah disahkan).

Pihak pendakwaan sebelum itu berhasrat untuk menandakan borang itu sebagai 'P25' walaupun terdapat kesilapan tarikh pada dokumen tersebut yang mana tarikh yang tercatat ialah 28 Ogos 2008 sedangkan ia sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008.

Selain itu, tulisan 'B12' pada salah satu bungkusan yang diterima daripada pihak polis juga telah ditukar kepada 'B11'.

Ram Karpal mengemukakan bantahan mengikut Seksyen 51(a) Kanun Tatacara Jenayah kerana salinan borang yang diterima oleh mereka sebelum perbicaraan adalah borang yang belum diubah dan bukannya borang yang dikemukakan ke mahkamah pada hari ini.

Justeru, kata peguam itu, dokumen asal yang tidak dikemukakan salinannya kepada pasukan pembelaan tidak boleh ditanda sebagai barang bukti.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya pula menegaskan apa yang penting bukanlah dokumen tersebut tetapi barang bukti yang diperiksa kerana akhirnya yang diambil kira adalah keterangan lisan saksi terbabit di mahkamah.

Perbicaraan bersambung esok.

Tuesday, February 15, 2011

Demi Islam, Kerajaan Malaysia batalkan konsert Mohsen

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengesahkan tidak membenarkan konsert penyanyi Iran, Mohsen Namjoo, diadakan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar), berkata, kementerian terbabit menerima permohonan daripada penganjur pada 11 Februari lalu untuk mengadakan konsert Mohsen di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat ini.

“Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK PUSPAL) pada hari ini (14 Februari) menolak permohonan daripada penganjur terbabit.

“Kita mendapati konsert itu tidak sesuai diadakan di negara ini dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu di Sepang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konsert penyanyi itu kerana siasatan dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu penyanyi itu mempunyai unsur menghina al-Quran dan agama Islam

My Ping in TotalPing.com

Wednesday, February 2, 2011

Harga emas merudum...untung kalau beli ni

Harga emas merudum sejak akhir-akhir ini membuka peluang pelaburan yang besar kepada sesiapa sahaja yang berminat. Jangan lepaskan peluang hebat untuk melabur untuk kepentingan diri dan keluarga. Kita perlu guna peluang ini sebaik mungkin.Ada duit sikit kita beli sikit ikut kemampuan kita.1 dinar baru 6 ratus hengget. Jangan kita jadi macam pembangkang hanya tahu mengutuk kerajaan sahaja tapi tidak mahu menggunakan peluang untuk memajukan diri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. KLIK SINI untuk update harga emas terkini
Related Posts with Thumbnails