Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, July 31, 2010

Jenayah Rogol meningkat di Kelantan Bukti PAS gagal
















KOTA BHARU - Jenayah rogol di negeri Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 26 peratus pada tahun lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2008). Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lebih mengejutkan kes jenayah tersebut melibatkan 60 peratus remaja di bawah umur (juvana).

 "Mengikut statistik polis, 23 mangsa yang terlibat berusia di bawah 12 tahun, 165 mangsa berusia di antara 13 sehingga 16 tahun manakala selebihnya berumur 16 tahun ke atas. "Kebanyakan kes juga melibatkan sukarela (suka sama suka) dan antara daerah yang mencatatkan kes paling tinggi ialah Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Pagi Ketua Polis Kelantan bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh Januari sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 313 kes dilaporkan berbanding 250 kes tahun pada tahun sebelumnya. "Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 63 kes. Kurangnya pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak juga merupakan faktor utama jenayah rogol di negeri ini menunjukkan peningkatan sepanjang tahun lalu,” katanya.

Peningkatan kadar jenayah rogol di Kelantan menampakkan peningkatan, jika isu Nasional Menteri Besar pandai membuat komen tetapi di negeri sendiri tidak dapat dikawal.

Presiden PAS perlekeh Mufti

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Artikel lanjut klik sini

Koleksi gambar seksi fasha sanda

































Friday, July 30, 2010

Fitnah terkini: Kerajaan Najib bersubahat kes rasuah Lim Liong Sik

Diorang ni apa-apa kes pun nak kaitkan dengan Najib. Kalau boleh kes rogol dalam bas pun Najib yang jadi Mastermind. Kes kecurian roti di seven eleven pun ada kaitan dengan Najib. Kes pasir di Selangor yang di kawal oleh kerajaan mereka pun Najib boleh juga dikaitkan. memang sahlah puak demo tu pandai kait mengait. Tak lama lagi selangor tak ada air dan pasir pun kita tahu dah siapa yang mereka nak salahkan? hehehhe.

Dah Cina tu telah diambil tindakan biarlah dia yang jawab. dia ni pun entah-entah pilihanraya baru ni undi DAP...pastu lepas ni ngaku lak Najib arahkan dia buat macam tu. Lagi lah puak dia percaya. aiyaaa APEK...jangan bikin itu macam lah

Luahan hati penyokong kerajaan

SEMASA AKU DILAHIRKAN BAPAKU MENGAZANKAN DITELINGAKU

MASUK NERAKA KAH KAMI?

KETIKA AKU MENANGIS IBUKU MEMBERIKANKU SUSU KEPADAKU

MASUK NERAKA KAH KAMI?

SEMASA KECIL AKU DIAJAR OLEH BAPAKU MENGAJI AL-QURAN DAN SEMBAHYANG

MASUK NERAKA KAH KAMI?

AYAHKU MEMBERI DUIT BELANJA MENGHANTAR KU KESEKOLAH

MASUK NERAKA KAH KAMI?

IBUKU MEMBUATKAN SARAPAN PAGI MAKAN TENGAH HARI MAKAN MALAM

MASUK NERAKA KAH KAMI?

AYAHKU MENGEJUTKU BANGUN PAGI UNTUK SOLAT SUBUH

MASUK NERAKA KAH KAMI?

AYAHKU MENGAMBIL KU PULANG DARI SEKOLAH DI WAKTU PANAS TERIK MEMBAKAR KULIT

MASUK NERAKA KAH KAMI?

BALIK MENGAMBIL DARI SEKOLAH AYAHKU TERUS MANDI UNTUK KEMASJID SOLAT ZOHOR

MASUK NERAKA KAH KAMI?

BILA MASUK BERPUASA IBUKU MENGEJUT KU BANGUN PAGI UNTUK BERSAHUR

MASUK NERAKA KAH KAMI?

KAMI SEKELUARGA BERPUASA BERSOLAT BERSAMA

MASUK NERAKA KAH KAMI?

AKU SEKOLAH UNTUK MENCARI ILMU KERANA ALLAH DEMI MENOLONG IBU BAPAKU

MASUK NERAKA KAH AKU?

AKU BERSALAM DENGAN IBU BAPAKU SEBELUM KU KESEKOLAH

MASUK NERAKA KAH KAMI?

AKU BERSEKOLAH DI SEKOLAH KERAJAAN?

BERDOSAKAH KERAJAAN?

AKU SOLAT DI MASJID YANG DISEDIAKAN KERAJAAN?

BERDOSAKAH KERAJAAN?

AKU BERJALAN DI ATAS JALAN BERTURAP YANG DISEDIA KERAJAAN?

BERDOSAKAH KERAJAAN?

AKU DIBERI BUKU TEKS YANG DISEDIA OLEH KERAJAAN

BERDOSAKAH KERAJAAN

AKU DIBERI RAWATAN DI KLINIK DAN DI HOSPITAL KERAJAAN HANYA MEMBAYAR RM1

BERDOSAKAH KERAJAAN

JADI MENGAPA NIK AZIZ BERKATA KAMI SEMUA AKAN MASUK NERAKA KERANA KAMI TIDAK MENYOKONG PAS?

ADAKAH PAS SATU AGAMA SAMAWI YANG DITURUNKAN ALLAH?

AKU SUDAH PENAT UNTUK BERBICARA PASAL NIK AJIS?

DIMANA "ULAMA" DALAM DIRINYA

DIMANA "ULAMA" PADA LIDAHNYA

ADAKAH DIA SEORANG NABI

ADAKAH DIA TUHAN

ANDA FIKIRKANLAH SENDIRI,

Read more: http://parti-islam-melayu.blogspot.com/2010/07/apakah-salah-aku-menyokong-kerajaan.html#ixzz0uBiJIJsY

Under Creative Commons License: Attribution

Lagi fitnah terhadap saiful

Telah menjadi trend sekarang ini oleh pengikut-pengikut pakatan pembangkang untuk menfitnah saiful habis-habisan bagi memburuk-burukkan keperibadian beliau agar rakyat kembali menyokong dewa mereka si Anuar erdogan. Terkini tersebar di kampung-kampung dan sekitar kedai-kedai kopi dikalangan orang kampung yang tidak berapa celik IT di suapkan dengan berita bahawa saiful sekarang sedang sakit tenat akibat dimakan sumpah setelah beliau bersumpah muhabalah yang berkaitan kes liwat Anuar. Kita nantikanlah kemunculan saiful dimahkamah nanti untuk menafikan berita tersebu kerana jikalau beliau benar-benar sakit mestilah beliau akan mengambil MC seperti yang dilakukan peguam pengecut karpal singh walla walla.

Hal ini terjadi apabila kes tersebut ditangguhkan akibat dilengah-lengahkan oleh puak pengecut untuk memberi masa kepada mereka untuk menyebarkan fitnah terbaru dan terkini. Dua minggu kes ditangguhkan maka tidak keluar di dada akhbar kisah saiful maka sedaplah mereka mencanangkan saiful sedang sakit tenat. sebelum ini tersebar juga saiful bercinta dengan timbalan pendakwaraya Farah Azlina. Bagaimanalah orang yang sedang sakit tenat boleh pula bermain cinta. Rupa-rupanya fitnah percintaan saiful dicipta untuk orang-orang yang celik IT dan pembaca-pembaca blog manakala fitnah saiful sakit kepada penyokong-penyokong mereka di ceruk-ceruk kampung.

Hebat kan permainan politik mereka. Kita perlu ingat 10 daripada kalangan rakan-rakan kita akan ada seorang yang termakan fitnah ini dan seterusnya cuba mempengaruhi yang lain sehingga menjadikan jumlahnya semakin membesar dari hari ke sehari. Jadi janganlah lagi kita mempercayai fitnah-fitnah ini. cepat-cepatlah kita tinggalkan golongan penyebar fitnah ini dengan segera. Lebih elok lagi jika kita bertanya dari manakah sumber fitnah mereka itu didapati. semestinya dari lidah rasmi mereka penyebar segala  fitnah dan penipuan.

Thursday, July 29, 2010

Haram Halal: Penjelasan tentang perjuangan bangsa melayu oleh UMNO

MENJAWAB TOHMAHAN


KONONNYA UMNO PARTI NASIONALISME

YANG HARAM DI SISI ISLAM

(dipetik dari blog Azli Syukri)

1. Tahun ini merupakan tahun ke-52 tanah air kita mencapai kemerdekaan. Semua lapisan rakyat, tidak kira agama dan bangsa, telah menikmati kemakmuran dan keamanan, hasil daripada usaha dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tidak ternilai segala jasa dan pengorbanan mereka itu. Dan bersyukur merupakan sebahagian daripada tanda kenangan kita terhadap perjuangan mereka itu.

2. Kemerdekaan sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada konsep nasionalisme. Iaitu semangat cinta akan tanah air dan bangsa sendiri. Namun demikian, terdapat segelintir umat Islam di negara ini, yang menyalah tafsirkan konsep nasionalisme sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa konsep tersebut merupakan konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam. Dakwaan golongan ini adalah mudah, iaitu nasionalisme adalah sama ertinya dengan assabiyah. Mereka berhujah berdasarkan sabda Rasulullah, “bukan daripada golongan kami orang yang menyeru kepada assabiyah, dan bukan daripada kami orang yang berperang atas dasar assabiyah dan bukan daripada kami orang yang mati atas dasar assabiyah.” (Riwayat Abu Daud).

3. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan perkataan assabiyah itu? Apakah assabiyah semakna dengan konsep nasionalisme itu sendiri? Soalan-soalan sebegini harus segera dijawab agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Nasionalisme berasal daripada perkataan Latin natio yang mendukung erti “kelahiran”. Pada zaman ini, nasionalisme sudah diterima sebagai istilah bagi suatu keyakinan politik. Malah daripada kalimah natio itu juga terbentuknya istilah-istilah lain seperti nation (bangsa), nationality (perasaan kebangsaan), nationalization (menjadikan sesuatu harta kekayaan sebagai hak milik negara) dan nation-state (negara bangsa).

4. Tokoh-tokoh sejarah barat seperti Hans Kohn mentakrifkan nasionalisme dengan agak sempit iaitu, “satu keadaan fikiran yang menyerap ke dalam jiwa segenap masyarakat dan mereka mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan mengguna kebajikan ekonomi. Oleh itu kesetiaan ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya, kerana kehidupannya sendiri adalah dipercayai berdasarkan kepada dan dimungkinkan oleh kebajikan bangsanya.”

5. Ini merupakan takrif golongan yang tidak beriman kepada Allah. Golongan seperti ini menjadikan perjuangan atas nama bangsa sebagai perjuangan untuk mencapai segala-galanya. Sedangkan Islam, konsep nasionalisme diletakkan pada kedudukannya yang sesuai dan wajar, serta tidak terkeluar daripada garis syariat itu sendiri. Oleh kerana itu, Islam sama sekali tidak menolak semua ciri yang terdapat dalam konsep nasionalisme tersebut. Menurut Islam , mana-mana ciri nasionalisme yang sesuai dengan roh dan syariat Islam, maka ia harus diterima, manakala ciri yang terpesong daripada ajaran Islam, maka ia harus segera ditolak. Ada benarnya juga apa yang telah di dakwa oleh bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Muhammad Abdul Rauf, “konsep Barat yang sempit mengenai nasionalisme tidak ada tempat di dalam negara Islam.”

6. Di Malaysia, terjadinya salah faham terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri, yang memahami nasionalisme di Malaysia sepertimana nasionalisme yang difahami dan ditakrifkan oleh orang-orang barat seperti di atas. Sedangkan nasionalisme yang dibentuk di Malaysia sejak dahulu lagi adalah berasaskan kepada nasionalisme yang dilihat dari perspektif Islam itu sendiri. Kejahilan kita dalam hal ini, hanya mengundang prasangka buruk kepada kerajaan dan sesama Islam.

7. Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa Dr. Burhanuddin al-Hilmy pernah berkata dalam kongres Parti Islam Se-Malaya dalam tahun 1964, “Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia ini bahawa Melayu itu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu.”

8. Oleh kerana itu, di Malaysia nasionalisme diertikan dan difahami oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dahulu merujuk kepada konsep cintakan tanah air dan bangsa sendiri, di samping perasaan benci kepada sebarang bentuk penjajahan kuasa luar, seperti mana takrif yang terdapat di dalam Kamus Dewan. Mencintai tanah air dan bangsa sendiri merupakan perkara yang sama sekali tidak bercanggah dengan roh Islam itu sendiri.

9. Golongan yang cuba mengelirukan masyarakat dengan mentakrif bahawa assabiyah adalah sama dengan semangat nasionalisme, merupakan golongan yang cuba merosakkan fikiran masyarakat yang kurang berpengetahuan. Hal ini kerana, Rasulullah telah bersabda ketika seorang sahabat bertanya “Ya Rasulullah, adakah terbilang daripada assabiyah seseorang itu yang kasih akan kaumnya?'' baginda menjawab “Tidak! Tetapi, terbilang daripada assabiyah menolong kaumnya melakukan kezaliman (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah). Perkara ini diperkuatkan dengan satu lagi sabda Rasulullah apabila baginda ditanya oleh Wailah bin Asqah “Ya Rasulullah, Apakah yang dikatakan assabiyah itu?'' Jawab baginda “Bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman.” (Riwayat Abu Daud).

10. Cukup jelas sabda-sabda Rasulullah tersebut. Assabiyah adalah merujuk kepada “menolong kaum sendiri dalam melakukan kezaliman”, seperti mana yang firman Allah “hendaklah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan pekerjaan yang baik dan janganlah bantu membantu dalam mengerjakan dosa.” (Al-Maidah:2) Malah, assabiyah ini lebih menghampiri makna ta`assub atau fanatik. Hal ini adalah kerana, kebiasaannya orang-orang yang ta`ssub sahaja yang gemar mengikuti kumpulan, kaum atau bangsanya secara membuta-tuli, walaupun sudah jelas kesalahan atau dosa yang mereka lakukan. Hal ini adalah sama dengan PAS, jika para penceramah PAS berceramah dengan mencaci-maki pemimpin dan membuat prasangka buruk kepada pemimpin negara, ia harus ditegur dan bukan disokong.

11. Dan ini sudah pasti berbeza dengan takrif nasionalisme yang menjurus kepada makna “rasa cinta serta kasih kepada bangsa dan tanah air sendiri” serta menolak sebarang bentuk penjajahan kuasa luar. Ini adalah kerana, Rasulullah sendiri mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada bangsa dan tanah airnya sendiri. Kerana itulah, setelah beberapa tahun Rasulullah dan para pengikutnya berhijrah ke Madinah, mereka mula merasa rindu kepada tempat kelahiran mereka sendiri iaitu Mekah. Rasa rindu mereka bertambah-tambah sehinggalah hajat mereka ditunaikan oleh Allah.

12. Justeru itu, nasionalisme di Malaysia merupakan nasionalisme yang berada pada garis yang benar dan secocok dengan roh Islam itu sendiri. Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Dr Muhammad Abdul Rauf, “walau bagaimanapun, nasionalisme sebagai sentimen yang semula jadi, cinta dan kesetiaan kepada tanah air sendiri adalah konsisten (secocok) dengan semangat Islam dan menggerakkan semangat untuk menghalang penjajah kuasa luar dengan apa cara sekalipun adalah selaras dengan konsep izzah (kehormatan diri sendiri) yang ditujukan Allah dengan firmannya “al-izzah adalah untuk Allah dan pesuruh-Nya dan yang beriman kepada Allah, tetapi orang munafik itu tiada mengetahui.” (al-Munafiqun: 8).

13. Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Muqaddimah memetik sebuah hadis yang bermaksud “Allah tidak mengutus seseorang nabi melainkan dengan kekuatan kaumnya sendiri.” Dalam membincangkan hadis ini, Ibn Khaldun berpendapat bahawa kekuatan kaum adalah penting bagi setiap perjuangan, termasuk gerakan dakwah agama. Menurutnya, jika nabi pun memerlukan kekuatan kaumnya terlebih dahulu dalam menyampaikan risalah Allah, maka sudah tentu, kita sebagai insan biasa amat memerlukannya lagi.

14. Nabi Muhammad juga pada permulaan dakwahnya dibantu oleh kekuatan keturunan dan salasilah keluarganya yang berasal daripada bani Hasyim. Selain itu, baginda turut dibantu oleh isterinya, Siti Khadijah yang tidak hanya disegani kerana kekuatan perniagaannya, tetapi kerana keturunannya yang dimuliakan oleh penduduk Mekah.

15. Maka, sekali lagi Nabi Muhammad dibantu oleh “kekuatan kaum” dalam saat baginda menyampaikan risalah Allah SWT Jadi kaum atau bangsa yang kuat amat diperlukan sebagai medium menyampaikan risalah Allah di muka bumi ini. Kekuatan kaum atau bangsa ini tidak mungkin diperoleh tanpa rasa kasih sayang yang ditanam di dalam diri kita sendiri.

16. Oleh itu, dapat kita perhatikan bahawa, nasionalisme yang mempunyai kaitan dengan semangat kasih sayang dalam mempertahankan bangsa dan negara, harus berpandukan kaca mata al-Quran dan As-Sunah. Menolak seratus peratus konsep nasionalisme, merupakan sesuatu yang cukup malang dan berbahaya. Namun demikian, membiarkan konsep nasionalisme tanpa bimbingan al-Quran dan As-Sunah juga bakal mendatangkan keburukan. Mempertahankan Islam dan memperjuangkannya adalah perkara yang utama, namun mencintai tanah air dan bangsa sendiri juga merupakan perkara yang harus di sisi Islam. Oleh sebab itu, tanggungjawab setiap individu adalah memperkemaskan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan, agar sesuatu penilaian kita itu berasaskan kepada ilmu dan bukannya nafsu.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 9:07 AM

Label: Rencana Pilihan

Koleksi gambar seksi Rozita Che Wan























Wednesday, July 28, 2010

Krisis bekalan air di pahang selesai

Krisis bekalan air di pahang atau lebih lengkap lagi di gugusan felda bera terutamanya di Felda Mayam akhirnya selesai dengan kerjasama semua pihak. Krisis ini telah di siarkan dalam aduan rakyat malam tadi melalui wartawannya puspawati Rameloo. Kecekapan JBA pahang bertindak setelah menerima aduan rakyat membuktikan slogan rakyat didahulukan telah berlaku di negeri ini.















Macammana pula dengan sahabat kita di Selangor. Krisis air mereka bagaimana pula. Kerajaan negeri bila nak bagi kerjasama. Dengar kata nak dapatkan bekalan air dari pahang dihalang oleh kerajaan negeri pimpinan PKR. Atas faktor keuntungan yang menghalang kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri mereka. Maka rakyat selangor bersiap sedialah untuk menghadapi krisis bekalan air yang dasyat tidak lama lagi. Tungguuuu.

Blogger pembangkang cuba sebar gambar skandal saiful dan farah azlina

Tipuu.....Tipuuu...Tipuuu    FITNAH!!!!!!

















Gambar di bawah inilah gambar yang dikatakan gambar skandal syaiful dan Farah Azlina. Mari boikot blogger pembangkang.


Guru siswazah berwibawa untuk membantu mendidik 'politik' di Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Julai - Langkah membenarkan guru terlibat dalam politik dilihat tepat bagi membolehkan para pendidik menyumbang idea dan tenaga mereka secara langsung kepada masyarakat setempat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini khususnya dalam menyuburkan budaya politik rasional kerana golongan pendidik adalah individu yang mempunyai wibawa dan pendidikan yang diperlukan seseorang pemimpin.

Katanya, adalah sesuatu yang positif apabila semakin ramai golongan pendidik berminat menyertai politik seperti mana sekarang kerana ia membantu mewujudkan lebih ramai pemimpin pelapis pada masa akan datang.

"Golongan pendidik seperti pengetua dan guru besar dipandang tinggi oleh masyarakat setempat dan adalah wajar mereka dibenarkan berpolitik semasa berkhidmat untuk menyumbang pandangan dan idea memajukan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Himpunan fitnah pembangkang terhadap kerajaan

1. Rosmah terlibat dalam pembunuhan altantuya 2. Felda bankrup
3. Saiful berzina dengan timbalan pendakwaraya
4. Enjin pesawat hilang konspirasi kerajaan
5. Najib kaut untung pembelian kapal selam.
6. Kroni BN kaut pasir di selangor
7. Mufti Perak dituduh berbohong
8. Tuduhan liwat anwar merupakan konspirasi kerajaan
9. Umno tolak pemerintahan islam
10. SPRM bunuh saksi kes rasuah Teoh Beng Hock.
11. Undi hantu jika BN menang pilihanraya.
12. SPR tidak adil dalam urusan pilihanraya.
13. Undi Pos dieksploitasi oleh BN.
14. Kerajaan sogok pengundi semasa pilihanraya
15. Kerajaan Malaysia zalim

Mat Rempit rempuh Polis: Khalid Samad Nak Polis minta maaf juga ke?

JITRA 24 Julai - Seorang anggota polis patah kaki kanan dan cedera di kepala setelah dirempuh mat rempit ketika menyerbu kumpulan itu di Taman Nilam, Sungai Petani di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi, ketika mangsa, Lans Koperal Shahril Yusuf, 32, serta seorang pegawai dan tiga anggota ke lokasi itu setelah menerima maklumat tentang lumba haram.

Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, bagaimanapun sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, kesemua mat rempit itu bertindak melarikan diri.

Katanya, salah seorang daripada mereka telah merempuh Shahril dan mengakibatkan mangsa tercampak.

"Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan," katanya di sini hari ini.

cikguleepk: Khalid samad tak mahu suruh polis minta maaf ke, Tak nak adakan suruhanjaya bebas ke untuk mempertahankan mat rempit tu., Tak nak ke khalid samad bantu mat rempit tu supaya lepas ni boleh langgar lagi polis-polis kat malaysia ni yang si khalid ni benci sangat

Tuesday, July 27, 2010

World Best Paid Soccer Player 2010

1) Cristiano Ronaldo (Real Madrid) ( 260,000 Pounds weekly )
2) Zlatan Ibrahimovic (Barcelona) ( 240,000 Pounds weekly )
3) Lionel Messi (Barcelona) ( 210,000 Pounds weekly )
4) Samuel Eto'o (Inter Milan) ( 210,000 Pounds weekly )
5) Kaka (Real Madrid) ( 200,000 Pounds weekly )
6) Emmanuel Adebayor (Man.City) ( 170,000 Pounds weekly )
7) Karim Benzema (Real Madrid) ( 170,000 Pounds weekly )
8) Carlos Tevez (Man.City) ( 160,000 Pounds weekly )
9) John Terry (Chelsea) ( 150,000 Pounds weekly )
10) Frank Lampard (Chelsea) ( 150,000 Pounds weekly )
11) Thierry Henry (Barcelona) ( 150,000 Pounds weekly )
12) Xavi (Barcelona) ( 150,000 Pounds weekly )
13) Ronaldinho (AC Milan) ( 150,000 Pounds weekly )
14) Steven Gerrard (Liverpool) ( 150,000 Pounds weekly )

Pasang Banner dan iklan di Blog cikguleepk

Salam sejahtera,


Blog ini sudahpun membuka perkhidmatan tambahannya iaitu Pengiklanan.

Setelah hampir 3 bulan beroperasi, blog ini telahpun mencapai sasarannya iaitu minimum melebihi 100 PAGEVIEWs pada setiap hari (sekarang sudah hampir mencecah 1000 )

Saya pasti anda tidak mahu modal dan juga pembayaran yang dilakukan membazir begitu sahaja. Pengiklanan bukanlah satu perkara main-main kerana ianya adalah satu pelaburan yang melibatkan wang (walaupun RM50).

Setiap orang di dunia ini inginkan satu pelaburan yang boleh menguntungkan mereka, begitu juga saya.

Sehubungan dengan itu, jika anda ingin mengiklankan produk (ebook dan sebagainya) ataupun perkhidmatan anda, anda diwajibkan untuk membaca serba sedikit info yang boleh membantu di pengiklanan di

cikguleepk.blogspot.com

Jika anda sudah berpuas hati dengan potensi dan kredibiliti blog ini, maka hubungilah saya untuk langkah yang seterusnya kerana harga yang diletakkan mungkin berada di luar jangkauan anda dan mungkin juga dalam budget anda.

Sekali lagi, sila bandingkan pelaburan yang akan anda lakukan dengan potensi dan kredibiliti blog ini.

Berikut adalah butir-butir pengiklanan di blog ini beserta kadar sewanya (on monthly basis) bermula 1hb Ogos 2010:

Header -leaderboard- (saiz 728×90).

Ruang 728×90 ini dikenali sebagai “HI RISE” area dalam dunia pengiklanan.

Hi RISE di sini bermaksud kebolehan ataupun visibility iklan anda untuk dilihat adalah TINGGI. Setiap kali adanya pageviews, setiap kali itu jugalah pembaca dan pengunjung blog ini melihat iklan anda.
Info:

Hanya untuk mereka yang ingin beriklan secara serious sahaja.
Sidebar (saiz 300×250).

Saiz iklan 300 x 250 ini juga diletakkan lebih tinggi dari iklan mini 125 x 125. Ruang ini dikategorikan sebagai Sidebar A. Hanya 1 sahaja iklan sahaja dibenarkan untuk ruang iklan ini buat masa sekarang.
Sidebar (mini saiz 125×125).

Ini pula adalah ruang iklan yang dikategorikan sebagai Sidebar B.

Iklan anda yang bersaiz 125×125 ini akan kekal berada di ruang ini selama 1 bulan tanpa bersilih ganti dengan mana-mana iklan yang lain. Hanya 8 iklan sahaja dibenarkan

HARGA IKLAN – 1 bulan:

1. Header -leaderboard- (saiz 728×90): RM200
2. Sidebar (saiz 300×250): RM100.00
3. Sidebar (mini saiz 125×125): RM50.00

Syarat-syarat pengiklanan:


1. Iklan yang sesuai dengan kehendak pembaca sememangnya boleh membantu dari segi jualan. Jadi adalah digalakkan sekiranya anda mengiklankan IKLAN yang mempunyai kaitan dengan NICHE blog ini (untuk keselesaan anda juga).

2. Saya juga berhak untuk menolak tawaran mana-mana iklan atas dasar kesibukan dan juga ketidaksesuaian produk. Sekiranya itu berlaku, saya dengan dukacitanya memohon maaf terlebih dahulu.

Cara-cara mengiklan:

1. Hubungi saya melalui cara yang telah yang disediakan.

2. Pastikan anda menggunakan banner yang mempunyai saiz file yang kecil. Saya tidak bertanggungjawab jika banner itu terlalu berat dan lambat untuk proses loading.

3. Untuk iklan berbentuk LINK, sila gunakan (perkataan) iklan yang pendek tetapi mengancam.

4. Jangan buat apa-apa pembayaran sebelum link/banner anda dinaikkan.

Tempahan boleh dilakukan dengan

MENGHUBUNGI SAYA MELALUI EMAIL: cikguleepk@yahoo.com

Terima kasih

Nizar larang ulama masuk campur bidang politik

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria tidak mencampuri urusan politik jika mahu masyarakat lebih menghormatinya.

“Adalah lebih terhormat dan mulia jika beliau (Harussani) tidak langsung masuk campur dalam hal ehwal politik kerana sejarah membuktikan jelas yang beliau berpihak kepada UMNO.

“Beliau boleh mendengar segala bentuk perancangan mahupun pelaksanaan dari kedua-dua pihak (Pas/UMNO) tapi bukannya bertindak menjadi orang tengah dan perantaraan dalam soal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 berkata demikian ketika diminta mengulas lama sosial pihak tertentu yang menghina dan menggunakan kata kesat seperti ‘haramsani’ dan haram jadah’ terhadap Harussani yang disiarkan Sinar Harian, semalam.

Nizar berkata, Harussani diakui seorang mufti yang cukup terkenal dengan kelantangannya mengutarakan pandangan bukan sahaja di dalam negara bahkan seluruh dunia. "Tetapi ia bukanlah tiket beliau sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik, lebih baik bersikap berdiam diri ataupun sekadar ambil tahu saja.



Ulasan: Inilah perangai orang PAS sebab dah lama sangat ikut telunjuk kafir DAP. Dulu kata ulama boleh ceramah politik dalam masjid sebab ceramah politik sebelahi PAS. Tapi bila ada ulama kata PAS tak betul mula nak suruh ulama duduk diam-diam. Apa kisah si Nizar ni. Banyak sangat ke Guan Eng taja anak bini kamu nih. Sepatutnya Nizar perlu menyuruh Nik Aziz ulama selipar supaya senyap kerana menghalang perpaduan umat islam. Nizar ngok.

Agnes Monica pula beraksi bogel

Industri hiburan Indonesia sentiasa diwarnai dengan cerita-cerita panas. Belum reda dengan video seks Ariel – Luna Maya – Cut Tari, terbaru, muncul pula video dan gambar bogel Agnes Monica dalam tab mandi.


Agaknya, dah jadi budaya artis, tak kira dimana…jadi artis jer mesti bogel….bogel jer mesti artis.

Sejauh mana kebenaran gambar dan video bogel Agnes Monica…dia jer yang tau, namun apa yang pasti si Agnes ni memang suka berseksi-seksi…

MyMetro: Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di Internet baru-baru ini adalah dirinya.

“Gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes,” katanya, semalam.

Minggu lalu, gambar seorang wanita menyerupai Agnes, 24, dalam tab mandi beredar di Internet dan menimbulkan tanda tanya orang ramai, terutama pengguna laman sembang.

Kata Chrish, kesahihan gambar itu juga tidak boleh diterima akal kerana memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.

“Saya yakin Agnes akan membasuh dulu mukanya sebelum mandi,” katanya.

Seorang pengkaji, Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar berkenaan.

“Foto Agnes itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dan tubuh.

“Belahan rambut Agnes juga biasanya dari kiri ke kanan tetapi gambar itu menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Agnes berkata, orang ramai sentiasa menganggap personaliti terkenal sentiasa bersifat ‘suci’.

“Pantang-larang masih kuat dan orang ramai menganggap personaliti terkenal mesti bebas daripada kesalahan walaupun semua kita adalah manusia,” katanya.

Monday, July 26, 2010

Ustaz/Ulama apa macam ni?

Lima murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu oleh ustaz mereka disebabkan gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.

Selain itu, seorang lagi murid lelaki mendakwa dikasari apabila lehernya dijerut dengan wayar, manakala seorang murid perempuan yang turut dihukum, mengaku kemaluannya diraba ustaz terbabit selepas diarahkan berbogel.

Menurut sumber, enam murid lelaki terbabit juga diarahkan berbogel dalam kelas dengan disaksikan rakan, manakala murid perempuan itu dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum dia mendakwa dicabul ustaz berusia 30-an itu.

“Lima murid lelaki dihukum dengan duburnya dimasukkan lidi penyapu selepas diarahkan berbogel, manakala seorang lagi dikasari dengan lehernya dijerut menggunakan wayar. Seorang murid perempuan pula dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum kemaluannya diraba ustaz itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian menjijikkan itu berlaku pada minggu lalu dan laporan sudah dibuat kepada guru besar sekolah berkenaan, namun tiada tindakan diambil. Bagaimanapun, kes kemudian dibawa ke Pejabat Pelajaran Daerah.

“Susulan kejadian itu, semua murid berkenaan diiringi ibu bapa masing-masing membuat laporan di Balai Polis Simunjan,” katanya.

Bogel 6 murid dalam kelas – Metro

Exchange Link dengan cikguleepk

Entriku kali ini sangat pendek. Setelah lama berfikir, akhirnya aku ingin mewujudkan satu page untuk sesiapa yang berminat untuk exchange link dengan blog aku yang tak seberapa ini. Exchange link ini adalah percuma dan tak payah bayar pun..erk ada ke orang buat exchange link berbayar?


Untuk pengetahuan korang semua, blog aku ni dah mempunyai links in sebanyak 430891. So sesiapa yang berminat untuk exchange link dipersilakan. Jangan malu-malu dan segan. Kalau dah exchange link jangan lupa tinggalkan komen korang.

Minat. Sila 'link'kan blog aku http://www.cikguleepk.blogspot.com/ dalam blog list anda dan aku akan list kan blog anda dalam blog aku. Jangan lupa tulis url blog anda pada ruangan komen dibawah.

Selamat meluaskan jaringan masing-masing. Jadilah orang pertama!

Kemaluan saya di rodok.......!!!!


Tragis! Berita ini pernah disiarkan dalam akhbar baru-baru ini. Namun laporan oleh Mstar ini menggambarkan hal yang cukup mengejutkn. Budak sekolah 14 -16 thn bertindak wewenang dan ganas sehingga membuatkan ibu bapa, guru, penduduk sekitar ketakutan.

Remaja perempuan yang menjadi mangsa lahanat-lahanat ini diseksa dan dirogol tanpa belas kasihan.
RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.

Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.

Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.

Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.

Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.

Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.

Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.

Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.

Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.

Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.

Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.

"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.
Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.

Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.

Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.

"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.

Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.

“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.

“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.

“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.
Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.

“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.

Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.

Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.

Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah. - Oleh ANDREW SAGAYAM dan WONG PEK MEI

Sunday, July 25, 2010

List of Man City Stars

Summer Signing 2008 Fees Salaries
1) Robinho ( 32.5 million Pounds)
2) Jo ( 19 million Pounds)
3) Shaun Wright Phillips ( 8.5 million Pounds)
4) Vincent Kompany ( 6 million Pounds)
5) Felipe Caicedo ( 5.2 million Pounds)

2009 Signing
1) Carlos Tevez ( undiclosed ) (160,000 Pounds weekly)
2) Emmanuel Adebayor ( 25 million Pounds) (170,000 Pounds weekly)
3) Leon Lesscott ( 24 million Pounds)
4) Roque Santa Cruz ( 17.5 million Pounds)
5) Nigel De Jong ( 16 million Pounds)
6) Craig Bellamy ( 14 million Pounds)
7) Kolo Toure ( 14 million Pounds)
8) Gareth Barry ( 12 million Pounds)
9) Wayne Bridge ( 10 million Pounds)
10) Shay Given ( 5.9 million Pounds)

Summer 2010
1) David Silva ( 25 million Pounds)
2) Yaya Toure ( 24 million Pounds)
3) Aleksander Kolarov ( 19 million Pounds)
4) Jerome Boateng ( 10.4 million Pounds)

Dijangka dalam masa terdekat James Milner bakal menyertai Skuad yg sangat kaya ini.
Difahamkan Aston Villa mahukan ( 30 million Pounds + Stephen Ireland ) bagi melepaskan James Milner dari Aston Villa.

Dengan barisan pemain bintang. Mampukah Man. City merobek kekuatan dan kehebatan jiran tetangga mereka (Man Utd)..Mampukah Man. City memenangi EPL musim 2010/2011. Ataupun setidak-tidaknya menduduki 4 teratas sama2 kita saksikan. Skuad yg menjadi Favorite musim hadapan:

1) Chelsea (Defending Champion)
2) Man Utd ( 18 times Champion)
3) Liverpool ( 18 times Champion)
4) Arsenal ( 13 times Champion)
5) Man City ( The new Galacticos in EPL)

Gabung Proton, Perodua: Langkah penting untuk masa depan


Penggabungan Proton-Perodua rancakkan industri automotif


25/07/2010 12:16pm

KUALA LUMPUR 25 Julai - Menggabungkan Proton dan Perodua menjadi satu entiti, akan menjadi satu langkah ke hadapan untuk merangsangkan industri automotif Malaysia, demikian menurut Persatuan Vendor Proton (PVA).

Presidennya, Datuk Dr. Wan Mohamed Wan Embong berkata, sudah tiba masanya untuk kedua-dua syarikat pengeluar kereta negara ini melihat kepada kesan positif pengukuhan kerana ia akan membantu industri automotif berkembang ke persada antarabangsa.

"Daripada perspektif kami, kita perlu melihat masa depan dan bukannya hari ini kerana dalam bergerak ke hadapan, industri pastinya akan berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat," katanya di sini, hari ini.

"Malah, seluruh ekonomi dunia akan menjadi lebih mencabar, penuh dengan ketidakpastian. Walaupun ada sesetengah pihak menyatakan yang cabaran adalah peluang, saya percaya terdapatnya tekanan untuk melaksanakannya," kata beliau.

Terdahulu, dilaporkan yang kerajaan telah memberi petanda perlunya penggabungan dalam industri automotif, terutamanya antara Proton Holdings dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Dalam memberikan pandangan persatuan itu, Wan Mohamed berkata, "mula-mula, kita perlulah melihat kepada bahagian yang positif.

"Proton hari ini lebih baik berbanding tiga tahun dahulu dan kita perlu berterima kasih kepada pengurusan baharu kerana Proton telah kembali mencatatkan keuntungan tahun lepas.

"Saya percaya prestasi mereka akan lebih baik tahun ini, mendahului rangkaian beberapa model baharu yang telah dirancang untuk Proton," katanya.

Wan Mohamed berkata, penguasaan pasaran Proton dalam pasaran domestik juga telah meningkat dengan ketara.

"Tiga tahun lepas, penguasaan Proton ialah 27-28 peratus dan baru-baru ini, mereka hampir menguasai 30-31 peratus dalam pasaran domestik berasaskan jumlah keluaran industri (TIV).

"Berdasarkan kepada unjuran pengeluaran, Proton akan menghasilkan lebih daripada 200,000 kereta pada tahun kewangan ini (Mac 2010 hingga Mac 2011)," jelasnya.

Menurut Wan Mohamed lagi, satu kelebihan utama Proton ialah pada masa ini, ia mempunyai kapasiti lebihan. - Bernama

Haram Undi DAP dan sekutunya

Umat Islam Malaysia
Wajib Halang DAP
Perintah Malaysia

Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang?
Oleh Zaini Hassan
(Saya memetik tulisan bernas daripada Zaini Hassan yang ditulis di dalam Utusan Malaysia. Bacalah dengan hati dan akal yang sihat.)

1. PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi.

2. Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.

3. Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya). Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.

4. Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka. Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini, selama 52 tahun.

5. Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasai kuasa politik dan ketenteraan tanah air. Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan Perlembagaan Persekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.

6. Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjaya diselesaikan. Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihak dalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yang makmur dan mewah. Namun, apakah strategi 52 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah mulai lemah.

7. Strategi pecah dan perintah itu mulai gagal setelah kuasa politik yang dipegang oleh orang Melayu itu mulai berpecah. Melayu tidak sepadu dulu lagi. Mereka sudah berpecah kepada beberapa kumpulan. (Baca Cuit: Melayu bukan UMNO lagi, Melayu sudah minoriti (25 Mac 2009), ia mengandaikan Melayu sudah berpecah enam. Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan satu petunjuk, yang tidak pernah terlintas di fikiran selama ini, yang orang Cina boleh menguasai kuasa politik di negara ini.

8. Ia hanya boleh berlaku jika orang Melayu berpecah. Orang Melayu yang marah, keliru, sakit hati secara protes tidak memberi undi kepada parti pemerintah, yang bangsa mereka sendiri menguasainya.

9. Protes itu secara tidak sengaja telah memberi petunjuk, yang parti berasaskan Cina seperti DAP pun boleh menguasai negara ini. Negeri-negeri yang dikuasai DAP pada pilihan raya umum lalu ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sebahagian besar Wilayah Persekutuan. Negeri Sembilan hampir-hampir dikuasai mereka. Jika Melaka dan Johor pun jatuh ke tangan DAP - maka sebahagian besar Pantai Barat 'emas' Semenanjung Malaysia akan dikuasai DAP.

10. Jika ia berlaku maka empayar DAP itu akhirnya akan menemui titik pertemuannya dengan abang mereka PAP dari Singapura. Apa seterusnya berlaku, belum terlintas lagi di fikiran, namun teorinya mungkin sudah boleh di agak.

11. Secara akademik, ia tidak mustahil berlaku. Melihatkan perkembangan semasa ia memang boleh berlaku. Jika perkembangan itu membawa kepada pilihan raya umum ke-13 kelak, maka Melayu sudah boleh menjangka nasib mereka. Hasil strategi tidak putus asa pembangkang, mereka telah berjaya mewujudkan beberapa puak yang bertelagah di kalangan orang Melayu.

12. Orang Melayu pula dalam masa yang sama terlalu ego dengan pegangan dan fahaman masing-masing. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR dan segelintir Melayu DAP terlalu taksub dengan ideologi kemelayuan, keislaman dan keadilan mereka.

13. Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.Tiba-tiba orang Melayu bermusuh dengan orang Cina dan orang India. Sama ada ia disengajakan atau tidak atau wujud permainan dalaman atau luaran itu tidak pasti, tapi usaha-usaha untuk mewujudkan kebencian antara Melayu dan kaum-kaum lain semakin nyata sekarang.

14. Strategi pecah dan perintah serta pecah dan tawan (divide and conquer) kini berada dalam tangan pihak pembangkang. Mereka sedang bermain dengan strategi itu. Mereka sedang menguasai keadaan dengan sebaik mungkin. Orang Melayu yang tidak sedar dengan permainan itu turut serta dalam percaturan itu. Mereka gagal melihat muslihat di sebaliknya.

15. Strategi yang sama pernah dimainkan oleh sebuah pihak luar dan ia berjaya. Pihak yang dominan berpihak dengan satu kumpulan minoriti untuk mengetepikan satu lagi puak yang majoriti sedikit daripada puak minoriti itu. Kedudukan tinggi diberikan kepada puak minoriti itu dengan alasan puak majoriti tidak berupaya memegangnya. Sedikit demi sedikit puak yang ditekan itu terpaksa beralah. Akhirnya sehingga hari ini puak majoriti itu terpaksa melukut di tepi gantang. Ia adalah satu model strategi pecah dan perintah yang cukup licik untuk meminggirkan satu-satu puak.

16. Orang Melayu kini sedang mengalami proses tersebut. Kita sedang bermusuh dengan orang Cina yang pernah bersahabat baik dengan kita. Kita sedang bermusuh dengan orang India yang pernah bersahabat karib dengan kita. Tiba-tiba semua ini berlaku secara serentak. Orang Melayu sedang bermusuh dengan semua orang.

17. Ditambah lagi, ada pula pihak-pihak bermain dengan perang psikologi dengan sengaja menuduh orang Melayu adalah kaum yang rasis dan perlu dilawan habis-habisan. Golongan ini tahu apa yang mereka sedang mainkan. Suasana baik itu perlu dipecahkan kerana selagi perikatan itu kuat, pakatan tidak boleh berbuat apa-apa.

18. Di masa pengundi-pengundi Cina (dalam pilihan raya kecil) lari dari kerajaan pemerintah kerana melihatkan mereka ada advantage ekoran pilihan raya umum ke-12 lalu, orang India pula cuba dilaga-lagakan dengan Melayu.

19. Sama ada ini kebetulan atau tidak, kita tidak tahu. Tapi jika betul dan akhirnya orang India juga lari dari Melayu, maka pada masa itu gabungan peratusan undi Cina dan India akan menjadi penentu kepada kuasa politik tempatan. Orang Cina dan India akan bergabung untuk mengetepikan Melayu.

20. Tanpa disedari, para strategis ini (dalaman atau luaran) sedang mengatur strategi baru. Setelah melihat permusuhan Melayu-Cina-India sudah berjaya diwujudkan, mereka kini menuju kepada kumpulan yang lain pula. Mangsa seterusnya ialah anak-anak negeri dan etnik pribumi - Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak.

21. Jika itu juga berjaya dan apabila kumpulan itu pula mula membenci orang Melayu atau orang Melayu juga membenci mereka, maka ia adalah penamat bagi segala-galanya. Orang Melayu pada masa itu akan turut melukut di tepi gantang. Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berlangsung dengan sempurna. Ia adalah permainan taktikal dan akal. Yang alpa akan tewas.

Saturday, July 24, 2010

Video Krisdayanti bercium.

Di manakah KEADILAN edisi lawak

Di suatu petang yang nyaman… Sedang saya syok-syok tidur, terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..



Kemudian, benda tu bergerak ke badan..


Tetiba rasa macam kena patuk kat perut.. Takkan kutu kot?


Bila toleh, rupenyer si ijou, burung kecik yang tuan saya baru beli semalam


Saya suruh ijou pergi main jauh-jauh, saya tak mau kawan ngan dia… Lagipun saya ngantuk giler time tu

Tapi dia tak mau dan masih patuk-patuk saya
Pastu dia naik lagi atas badan saya, berat gak si ijou ni.
Tak lama kemudian, saya dengar dia tengah patuk benda lain lak… Rupanye mengerjakan handphone tuan saya

Saya pun jerit “Oi! rosak nanti.. Tuan marah lah”.


Dia melawan lak tu
Masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak



Akibatnya saya dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri.



Oh! dimanakah keadilan? bukan saya yang buat tuan

 Serius, memang lucu. Tabik spring kat orang yang cipta citer ni. Huhu.. Dan kalau difikir-fikirkan, ianya selalu terjadi. Oh ya, kami nak bagi kredit tapi tak tahu siapa pemilik asal gambar dan cerita lucu ni. Kalau korang tahu sape punya, roger2 la yer.

Friday, July 23, 2010

Gambar Maria Ozawa berbaju kebaya

”PROJEK PENGUASAAN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA”

SEMUA UMAT ISLAM MALAYSIA


KERTAS CADANGAN

________________________________________________________________

”PROJEK PENGUASAAN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA”

____________________________________________________________




TEMPAT :

MALAYSIA


OLEH :

www.cikguleepk.blogspot.com

AHLI JAWATANKUASA KHAS

PROGRAM PENGUASAAN AHLI PARLIMEN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA



DENGAN KERJASAMA



SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA



”PROJEK PENGUASAAN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA”

1.0 PENDAHULUAN

Projek penguasaan melayu di Parlimen Malaysia ini adalah bertujuan untuk kemudahan menggubal dasar perundangan islam dan menjamin keselamatan dan kebajikan orang islam khasnya dan seluruh rakyat malaysia amnya.

2.0 OBJEKTIF

1. Orang Melayu menguasai kerusi-kerusi parlimen
2. Menggubal dasar-dasar islam tanpa menggugat kesejahteraan semua kaum di Malaysia
3. Mengelakkan pergaduhan dan perpecahan sesama islam di Malaysia
4. Menjadi Negara Islam terbaik di dunia dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

3.0 MATLAMAT

i. Memudahkan pelaksanaan dasar-dasar islam
ii. Tahap kebajikan rakyat dapat dipertingkatkan dengan adanya pemimpin-pemimpin islam yang unggul
iii. Menjalin hubungan yang baik dengan pemimpin bukan islam
iv. Mengurangkan maksiat, dan pelbagai masalah sosial di Malaysia.

4.0 TEMPAT

Semua Parlimen di Malaysia

5.0 SASARAN

1. Semua ahli dan pemimpin PAS
2. Semua ahli dan penyokong Umno
3. Seluruh Rakyat Malaysia

6.0 KAEDAH

Sebelum

Carta Taburan ahli parlimen mengikut Parti PRU-12

















Carta taburan ahli parlimen mengikut kaum













Langkah

1. PAS keluar dari pakatan Rakyat apabila timbul isu yang membabitkan agama islam
2. PAS bertanding di kawasan Majoriti Cina yang tidak boleh ditandingi umno kerana perjanjian dengan MCA dan MIC semasa proses memerdekakan Malaysia
3. Dijangkakan berlaku persaingan 3 penjuru antara MCA, DAP dan PAS membolehkan semua orang islam mengundi PAS. Walaupun KAwasan majoriti cina (nama sahaja) orang melayu masih lebih ramai dari bangsa lain memberikan kelebihan kepada pas dalam membawa kempen islam di sana.
4. UMNO tidak perlu berkempen di kawasan tersebut.

Jangkaan Keputusan

Jangkaan keputusan mengikut parti














Jangkaan keputusan mengikut kaum



















Hasil

1. UMNO bertanding di kawasan Majoriti Melayu seperti biasa
2. Akan berlaku persaingan hebat antara umno dan Pas untuk menguasai kerajaan di jangka kelebihan tipis kepada sesiapa yang menang walaubagaimanapun semuanya orang islam.

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Projek penguasaan melayu islam di Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Ianya juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Akhirnya, diharapkan semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Semoga pihak tuan dapat mengusulkan dalam parti-parti tuan untuk melaksanakan projek ini. Sila sebarkan projek ini kepada semua rakyat malaysia beragama islam untuk menjayakannya. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

www.cikguleepk.blogspot.com


Related Posts with Thumbnails