Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, November 28, 2010

Red Devils membedil 7 kali untuk rampas takhta

ENGLAND 28 Nov. - Manchester United melangkah dengan cemerlang pada perlawanan Liga Perdana England minggu ini setelah memperoleh kemenangan besar ketika menentang Blackburn dengan keputusan 7-1.

Kemenangan itu membolehkan United mendapat tiga mata sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan daripada 15 perlawanan yang telah berlangsung sebanyak 31 mata.

Sementara itu, perlawanan lain yang tamat sebentar tadi menyaksikan Manchester City sekadar seri 1-1 menentang Stoke, Everton tewas kepada West Brom 1-4, West Ham menang 3-1 menentang Wigan, Bolton seri 2-2 menentang Blackpool, Fulham dan Birmingham seri 1-1 manakala Wolves berjaya menewaskan Sunderland 3-2. - Agensi

Saturday, November 27, 2010

Amaran Keselamatan Negara: Akhbar penyebar fitnah di tempat ke-Lima.


Kedudukan pelawat akhbar online

1. Harian Metro 545,000 pelawat
2. utusan 523, 000 pelawat
3. bharian.com.my (474,000),
4. kosmo.com.my (343,000) dan
5. harakahdayly.net (200,000).

Hasil tinjauan firma pengukur dunia digital, comScore Inc,
Kemaraan akhbar kelima ini perlu dipantau dan disekat. Saya merayu seluruh rakyat Malaysia sila boikot akhbar ini. Sila boikot kedai yang menjual akhbar ini. Sila jauhi pembaca akhbar ini yang selalunya berperut boroi, memakai ketayap dan menghisap rokok. Akhbar ini amat merbahaya kepada keselamatan negara.

Thursday, November 25, 2010

Wow Bonus ASB 2010, RM13650.00 Terima kasih PNB

Berdasarkan asas,  (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Berimbang (ASN3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2010.


Jumlah agihan itu meningkat sebanyak 0.5 sen berbanding 5.50 sen pada tahun lalu.

Maka aku menganggarkan Bonus ASB 2010 juga akan meningkat sebanyak 0.5 sen seunit,

Berikut ialah prestasi ASB 5 tahun kebelakang
2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75%
2006: Dividen: Bonus: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%

Jangkaan bonus ASB 2010
Dividen: 7.8% Bonus: 1.25%

Mari kita nntikan dihujung bulan 12 nnti Dividen yang bakal diumumkan oleh ASB

Maka pengiraan bonus ASB aku kali ini

bagi tunai ASB RM25000, dividen: 7.8% X 25000 = RM1950
pinjaman ASB RM150000, dividen 7.8% X 150000 = RM11700

Maka dividen ASB aku mungkin berjumlah RM11700 + RM1950 = RM 13650

Bonus ASB tidak dikira kerana agak rumit biarlah PNB yang tolong kira hehehe

Hujung tahun ni ingat nak tambah lagi loan ASB RM 100Ribu. Marilah ramai-ramai melabor dalam ASB. Labur jangan tak labur.

Monday, November 22, 2010

Pakatan Rakyat tak mahu hadapi pilihanraya ke-13. Takutlahtu hihihi

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

"Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011.

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Cikguleepk: Seingat aku lepas PRU ke 12 lalu pihak PR yang bersungguh-sungguh mahu diadakan pilihanraya secepat mungkin konon-konon depa boleh menang. Takdak otak punya orang. Tahukah anda saudara William Leong dapat maklumat dari mana? ya sudah tentu daripada bomoh nombor ekor yang selalu dia jumpa.kah..kah..kah

Mahkamah tidak terpengaruh dengan tektik busuk Anwar

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar, Dr. Mohd. Razali yang dibuat sewaktu pemeriksaan awal ke atas bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.

Barisan pembelaan juga gagal dalam permohonan agar mahkamah mengenepikan laporan perubatan yang didakwa tercemar kerana laporan toksikologi dan darah tidak diberikan kepada pembelaan. - Utusan

Masih ada kera sumbang dalam PPK Cherang Rotan

Blog ini pernah menggemparkan petani-petani di daerah Pasir Puteh Kelantan apabila mengeluarkan cerita ketidak puasan hati seorang bekas pengerusi ahli jemaah pengarah yang cuba membatalkan kemenangan beliau sebagai ahli biasa lembaga jemaah pengarah kerana beliau bercita-cita besar untuk meneruskan penguasaan sebagai pengerusi jemaah lantas boleh memainkan peranan penting dalam pengambilalihan projek-projek fulus. Dengan penyebaran cerita tersebut maka kecohlah seluruh kampung dan pelusok daerah sehingga ada juga orang pejabat pertanian yang mungkin bersekongkol turut merasa bahang panasnya cerita tersebut sehingga perut mereka menjadi kecut berut kata orang kelantan setempat akibat terlalu takut.

Aksi mereka senyap seketika pada waktu itu ditambah pula dengan demam piala Malaysia melanda di kelantan maka cerita tersebut seperti akan berakhir di situ sahaja. Tiba-tiba penulis mendapat cerita dari spy dalam penulis di Pejabat pertanian pasir puteh bahawasanya agenda bekas pengerusi tersebut masih belum berakhir. Dengar katanya beliau siap menepuk meja seorang kerani wanita hanya kerana claim RM300 yang tidak ditandatangani pengerusi baru kerana tidak mengikut peraturan yang sewajarnya. Apakah beliau sudah jatuh bankrup hanya kerana tidak dapat memegang tampuk pemerintahan jemaah pengarah sehingga sanggup menjatuhkan maruahnya yang secebis itu dihadapan seorang kerani wanita. Nasib baik suami si kerani tu tidak tahu yang isterinya diperlakukan sedemikian kalau tidak mungkin tak cukup tanah (kata orang kelantan) untuk beliau melarikan diri buat kali ini.

Cukup dulu sampai disini kerana sebenarnya penulis ada lagi siri pendedahan membabitkan bekas pengerusi tersebut yang mahu diketengahkan tapi penulis mahu tengok reaksi mereka dahulu. Jika mereka hendak main kasar lagi selepas ini, maka bersedialah dengan siri pelbagai pendedahan yang berikutnya......ko lagu mano gu.

Sunday, November 21, 2010

Pengundi BN di Pos Brooke DUN Galas dapat jambatan baru

GUA MUSANG 21 Nov — Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan menyediakan peruntukan RM15,000 bagi membaiki segera jambatan gantung merintangi Sungai Belatop yang runtuh di Pos Brooke Lama, dekat sini, sejak 13 Nov lepas.

Pemangku Pengarah JHEOA Kelantan, Abdul Razak Arhad berkata pembaikian itu penting bagi mengelakkan penduduk di tiga kampung termasuk Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil terus terputus hubungan.

"Kita telah melantik sebuah kontraktor bagi kerja-kerja pembaikkan jambatan gantung itu dan dijangka dapat digunakan semula dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Bernama semasa melawat jambatan berkenaan hari ini.

Jambatan gantung itu runtuh akibat dirempuh batang balak yang dihanyutkan arus sungai deras semasa hujan lebat pukul 11 malam 13 Nov lepas hingga menyebabkan penduduk Orang Asli di kampung terbabit terpaksa mengharungi sungai untuk ke Pos Brooke.

Abdul Razak berkata, sebuah lagi jambatan buluh yang dibina penduduk Orang Asli menghubungkan Kampung Liak dengan Kuala Renggil turut dihanyutkan arus sungai.

Beliau berkata, pihaknya bercadang membina sebuah jambatan gantung untuk mengatasi masalah penduduk kampung terbabit tetapi masih dalam peringkat penentuan harga. — Bernama

Friday, November 19, 2010

Walaupun di hina oleh Anwar, AS tetap mahu jalin hubungan dengan Malaysia

PUTRAJAYA 18 Nov.- Amerika Syarikat mengharapkan kerjasama lebih rapat dengan Malaysia bagi membanteras aktiviti pemerdagangan manusia, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Katanya, harapan itu disuarakan oleh Duta Amerika yang bertanggungjawab bagi Membanteras Pemerdagangan Manusia, Luis CdeBaca, yang mengadakan pertemuan dengannya hari ini.


"Malah mereka meminta saya melawat Amerika tahun depan agar mereka dapat tunjukkan bagaimana cara mereka menangani masalah ini," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini.


Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan ke negara itu selagi kedua-dua pihak belum memutuskan perkara-perkara asas bagi memeterai apa-apa kerjasama konkrit kerana menurutnya, "apa yang diputuskan nanti perlu ada keadaan menang-menang di mana Malaysia turut mendapat manfaat daripada hubungan itu".

Sementara itu CdeBaca berkata jenayah pemerdagangan manusia boleh disamakan dengan "perhambaan zaman moden".

Menurutnya, kerajaan Amerika memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi membanteras aktiviti keji itu, yang menyaksikan manusia diberikan layanan yang amat buruk, sama ada sebagai pelacur atau buruh paksa.


"Kami berbincang mengenai pelbagai cara bagi Malaysia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dalam meyiasat siapa yang menjadi dalang kegiatan ini yang menjadikan mangsa sebagai hamba, memindahkan mangsa dan mendedahkan mereka kepada eksploitasi; di samping mengkaji bagaimana cara membanteras masalah ini yang turut wujud di Malaysia dan Amerika," katanya.


CdeBaca berkata, Amerika komited untuk bekerjasama dengan semua negara di seluruh dunia, sekaligus menjanjikan kebebasan diberikan kepada semua sebagaimana yang dijamin bukan sahaja oleh Amerika, tapi juga oleh Artikel 4 Deklarasi Sejagat mengenai hak asasi manusia. - Bernama

Wednesday, November 17, 2010

Sky News Australia rakam aksi sumbang Anwar di Australia

PUTRAJAYA 17 Nov.- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia merupakan satu suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

Perdana Menteri berkata, pandangan Anwar merupakan "satu suara sahaja tetapi suara yang minoriti".

"Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita... bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya.

"Dan (pandangan Anwar) tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa, pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata itu dikeluarkan oleh Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamalkan rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lepas, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal. - Bernama

Aksi Azizulhasni Awang sumbang

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang menyumbangkan pingat emas kedua Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 buat negara apabila memenangi acara keirin di Velodrom Guangzhou, China, hari ini.

Kejayaan gemilang The Pocketrocketman itu turut diserikan dengan kemenangan pingat perak oleh rakan senegara, Josiah Ng dalam perlumbaan sengit dan mendebarkan sehingga mengakibatkan satu insiden perlanggaran.

Gangsa menjadi milik pelumba tuan rumah, Zhang Miao manakala saudara kembarnya, Zhang Lei dan Mohammad Parash terlibat dalam insiden itu diisytiharkan gagal menamatkan perlumbaan.

Terdahulu Azizulhasni hampa dalam acara 200 meter pecut setelah sekadar menduduki tempat keempat apabila ditewaskan pelumba Jepun, Yudai Nitta dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa. - Utusan

Tuesday, November 16, 2010

Raja Petra tahu siapa Kuda Trojan PKR

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.

Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.

"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?

"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.

Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.

"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.

"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.

Monday, November 15, 2010

Pembangkang di Malaysia paling bodoh di dunia

SEMASA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan mercu tanda 100 tingkat di kawasan Stadium Merdeka ramai yang mengerut kening.

Seperti biasa pembangkang akan membangkang. Tidak cukup dengan bara yang menyala, petrol dicurahkan. Dalam blog-blog pembangkang ia sudah mula dihujahkan.

Lazimnya ada rakyat yang sudah mula termakan. Mereka sudah lupa mereka juga pernah termakan bangkangan yang sama semasa DAP yang dikepalai oleh Lim Kit Siang menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu (yang kini anaknya Guan Eng meminta pembinaan jambatan kedua dipercepatkan).

Muka Kit Siang bengis ketika membuat bangkangan itu semasa Dr. Mahathir mengumumkan pembinaan jambatan itu pada sekitar 1985.

Kit Siang juga yang menentang pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (yang kini perlu diperbesarkan). Malah dia pernah mencabar pihak berkuasa apabila memandu kereta dengan enggan membayar tol.

Beliau dan konco-konconya juga menentang pembinaan menara berkembar Petronas, Putrajaya, litar F1 di Sepang dan juga lapangan terbang KLIA.

Bukan DAP sahaja, Pas juga menjaja isu itu ke seluruh pelosok kampung.

Bagi mereka semua itu membazir. Namun kini ada yang sudah termalu sendiri dengan bangkangan yang mereka buat itu. Guan Eng anak kepada Kit Siang mengakui jambatan Pulau Pinang yang ditentang bapanya itu kini perlu dibina sebuah lagi.

Rakyat seharusnya sudah belajar daripada episod-episod bangkangan itu. Ternyata apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk faedah jangka panjang rakyat. Rakyat kini amat berterima kasih di atas mercu-mercu tanda negara ini.

Kini Najib mahu mercu tanda 100 tingkat itu dibina. Ia akan menjadi menara milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah institusi yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak Melayu.

Apakah mercu tanda itu membazir? Ia juga kata-kata yang tersembur daripada mulut pembangkang semasa menara berkembar Petronas dibina. Kini siapa yang berani mempersoalkannya lagi?

Belum pun dibina, difahamkan 80 peratus ruang pejabat daripada manara 100 tingkat itu sudah dipenuhi.

Pengajaran yang boleh kita pelajari di sini ialah: Percayalah kepada apa yang dilakukan oleh para pemimpin kita.

Rekod selama 53 tahun telah membuktikan negara ini berjaya diuruskan dengan cemerlang. Walaupun semasa krisis ekonomi negara pada 1997/98, kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya negara di dunia ini yang berjaya menanganinya kegawatan itu dengan baik. Itu adalah fakta, bukan pembohongan.

Ketika negara-negara di dunia kini, termasuk kuasa besar Amerika Syarikat sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi masing-masing, negara kita Malaysia dijangka bakal menikmati pertumbuhan sebanyak 7 peratus tahun ini. Najib telah berjaya membawa keluar krisis itu dengan begitu cepat.

Nah, apa mahu lagi? Kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang tidak lain dan tidak bukan hanya mahukan kepercayaan itu.

Mana ada pemimpin kerajaan yang mahu melihat negaranya meleset dan terjunam. Mana ada pemimpin yang mahu melihat negaranya miskin dan rakyatnya merempat.

Najib tahu bahawa tanggungjawab yang dipegangnya ialah satu amanah kepada agama, bangsa dan negaranya.

Sempena dengan perhimpunan agung UMNO ke-61 tahun ini, Najib selaku nakhoda parti itu mengharapkan semua ahli-ahlinya memahami sepenuhnya hala tuju kapal yang dibawanya. Kepemimpinannya harus bersifat inklusif bukan eksklusif. Beliau mahu berlaku adil kepada semua.

Kapal yang dibawanya bukan sahaja terdiri daripada armada kapal-kapal parti, lebih daripada itu ialah kapal induk yang membawa harapan yang tinggi untuk semua.

Jangan hanya menjaga orang keliling sahaja, kata Syed Ali AlHabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras ketika menyatakan initipati yang diucapkan Najib semasa menyampaikan Taklimat Presiden kepada para perwakilan UMNO di perhimpunan itu di PWTC, semalam. Taklimat yang dijalankan secara tertutup itu berlangsung lebih satu setengah jam.

Semua kelasinya harus bekerjasama dalam satu pasukan untuk kejayaan negara ini. Jangan jadi umpama ketam dalam bakul yang masing-masing mahu menyelamatkan tengkuk masing-masing atau kumpulan masing-masing sahaja, kata Najib

Beliau mahu memahamkan kita semua bahawa gagasan 1Malaysia yang dibawanya ialah merupakan satu manifestasi kapal induk yang di dalamnya terdiri daripada anak-anak kapal yang bekerja secara sama dan adil. Kapal bakal tenggelam jika anak-anak kapalnya tidak bersatu.

Ternyata Najib kelihatan bersungguh-sungguh mahu supaya ahli-ahlinya faham mengenai konsep 1Malaysia yang dibawanya.

Beliau mahu orang Melayu percaya sepenuh kepadanya bahawa kepentingan mereka tidak sama sekali akan diketepikan, atau dikecilkan -- namun dalam masa yang sama bangsa-bangsa lain akan dilayan dengan saksama.

‘‘Politik ialah permainan angka,” kata Najib lagi yang dipetik Syed Ali. Jika satu angka itu tidak disokong angka yang lain, kita tidak boleh mendapat angka majoriti yang dikehendaki. Itulah 1Malaysia yang dimaksudkan.

Inilah pendekatan Najib yang beliau mahu semua orang, terutama bangsanya sendiri faham. ‘‘Orang Melayu tidak akan diketepikan kepentingan mereka, itu janji beliau,” kata Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan.

Ternyata Najib mahu mengubah budaya berfikir ahli-ahli UMNO ke satu tahap lain dengan penuh hikmah dan matang. ‘‘Berlaku adillah kepada semua,” kata Najib sambil memetik sepotong ayat al-Quran.

UMNO perlu melihat ke hadapan, tanpa melupakan yang lepas. Para pemimpin UMNO sekarang perlu menangani kemunculan empat juta ahli baru yang mempunyai cita rasa yang berbeza.

Dalam masa parti-parti pembangkang lain mulai suram dan caca-marba seperti yang berlaku kepada PKR sekarang, UMNO dan rakan-rakan BNnya harus mengambil kesempatan itu sebaik mungkin.

Perbaikilah parti yang ada. Pilihlah calon yang sesuai yang tepat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Najib menyebut pilihlah calon yang ‘winable’ (yang boleh menang), kata Zahid.

Benar kata beliau, calon-calon kini merupakan keutamaan kepada Barisan Nasional dan UMNO, khususnya. Jika dulu letak selipar pun boleh menang, kini BN perlu meletakkan calon yang dicinta dan digilai oleh pengundi.

Salah letak calon, kalah parti. Jika parti kalah, maka ia mempunyai implikasi yang besar dalam PRU ke-13 kelak. PRU setahun setengah ke dua tahun lagi ini merupakan cabaran yang paling besar buat UMNO.

Namun jika melihatkan perkembangan semasa Anwar Ibrahim sendiri didesak bertaubat oleh ahli-ahlinya, maka UMNO perlu menggemblingkan sepenuh kudrat untuk mengambil alih negeri-negeri yang tewas. UMNO dan ahli-ahlinya harus berfikir secara strategik, ujar Najib.

Benar, sebarang percaturan dan keputusan harus dibuat dengan penuh beringat, berhemah dan berstrategi.

Yang pasti keyakinan rakyat kini semakin pulih semula ke arah kerajaan semasa dan parti pemerintah.

Sebagai parti yang semakin demokratik, tahun depan memperlihatkan seorang calon UMNO akan dipilih oleh 140,000 perwakilan, maka masa depan parti itu kelihatannya amat cerah sekali. Walaupun ada yang berkata UMNO mungkin berada di akhir hayatnya, tapi hakikatnya ia masih boleh terus berlari.

UMNO sebenarnya masih releven. Orang Melayu sebenarnya tiada pilihan terbaik lain selain UMNO. Begitu juga bangsa-bangsa lain di negara ini.

Oleh itu, berilah kepercayaan anda.

Masalah seksual punca bercerai

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.

Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Keluarga Sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan musim kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Halid Sintol, Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya serta 200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga.

Othman juga memberitahu, sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, perbelanjaan membayar hutang, kenderaan, persekolahan anak, pengasuh dan bantuan kepada ibu bapa yang sudah tua.

Katanya, perlu diingat perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak, justeru isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kini adalah mereka dari keluarga kucar kacir dan tidak stabil.

Menurut Othman, rumah tangga yang kucar kacir juga mewujudkan anak-anak atau keluarga yang rendah jati diri dan lemah harga diri.

Sunday, November 14, 2010

United bernasib baik, Liverpool tersungkur

LONDON 14 Nov. - Tottenham Hotspurs melonjak ke tangga keenam Liga Perdana England apabila cemerlang menundukkan Blackburn 4-2 di White Hart Lane, malam tadi.

Gareth Bale menjadi penyumbang dua gol selain Peter Crouch dan Roman Pavlyuchenko.

Sebelum itu, Manchester United sekadar seri 2-2 dengan Aston Villa sementara Manchester City pula terikat tanpa jaringan ketika berdepan Birmingham.

Lain-lain keputusan:

Newcastle 0 Fulham 0

Wolves 2 Bolton 3

Wigan 1 West Brom 0

West Ham 0 Blackpool 0

Stoke 2 Liverpool 0

Saturday, November 13, 2010

Edisi terkejut aku 2: Kos makan tegah hari di Selangor RM300000

SHAH ALAM 12 Nov. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada 15 November ini.

Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang dewan undangan negeri di sini hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata, keputusan itu dibuat kerana baginda dukacita dengan kos terlalu tinggi mengadakan majlis itu.

Ramli berkata, pada asalnya majlis di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan itu adalah Majlis Makan Malam, baginda kemudian mencadangkan Majlis Makan Tengah Hari.

Kepada satu soalan, Ramli berkata: “Kosnya (makan tengah hari) lebih daripada RM300,000. Baginda berpendapat ia amat tinggi dan membazir,” katanya - Bernama

Najib kembali bertugas.....Anwar masam mencuka

PUTRAJAYA 12 Nov — Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat kabinet pagi ini selepas sembuh sepenuhnya daripada serangan cacar dan sakit ulser.

Perdana Menteri, yang tiba di pejabatnya pada 9.20 pagi, kelihatan tersenyum dan menyapa petugas-petugasnya sebelum memasuki Bilik Mesyuarat 10 minit kemudian.

Beliau disambut dengan tepukan oleh menteri-menteri kabinet yang terlebih awal menunggu.

Najib diserang cacar akhir bulan lalu dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 28 Okt akibat ulser serta gastritis ringan sebelum dibenarkan pulang pada Ahad dan dinasihatkan berehat. — Bernama

Masalah air bersih Kelantan selesai hujung 2014.

BACHOK 12 Nov. - Jika kerajaan PAS Kelantan memerlukan 17 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu, Barisan Nasional hari ini berjanji untuk mengatasinya hanya dalam tempoh tiga tahun atau selewat-lewatnya satu penggal pemerintahannya.

Ketika membuat janji itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pengumuman kerajaan Kelantan yang rakyat negeri itu akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya dalam tempoh 17 tahun lagi adalah bukti kegagalan Pas memerintah negeri itu.

"Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih ini. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat bagi kepercayaan kepada BN (untuk perintah Kelantan).

"Kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan). Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu 17 tahun lagi atau hanya tiga tahun, dan ini satu jaminan (kepada rakyat Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini hari ini. - Bernama

Friday, November 12, 2010

PKR kotor dan berhadas punca hantu India rasuki pemilihan parti

Datuk menghembus ke arah makcik yang masih duduk di tangga. tiba-tiba makcik mengangkat muka ke arah datuk. wajahnya cukup bengis dengan mata yang dijengilkan. aku juga cemas, tak pernah lagi aku lihat rupa makcik aku buruk sebegini sejak aku tinggal bersama mereka. aku lagi kecut perut bila makcik memaki datuk dalam bahasa (tamil) yang kami tak faham biji butirnya. lagi aku kecut sampai telur masuk dalam bila suara makcik dah berubah jadi garau, suara lelaki india.

datuk melempar gaulan beras bersama lada hitam dan bawang putih tadi. makcik bingkas bangun dan merenung datuk. datuk masuk tenang. datuk terus membaca mentera. dan datuk menjerkah makcuk supaya duduk. makcik duduk tapi mukanya masih garang dan matanya masih cengil. datuk terus melemparkan beras ke arah makcik. datuk merapati makcik dan terus memegang ibu jari kaki kiri makcik. makcik terus mengaduh kesakitan dan berteriak dalam bahasa yang kami masih tak faham. mau nak faham, makcik cakap tamil.

datuk mengarahkan makhluk yg bersembunyi dalam tubuh makcik bercakap bahasa melayu. ape ke bodoh punya hantu, kita kan duduk malaysia, cakap bahasa malaysia la... kan kan masa dia belum jadi hantu dulu dia tak gi sekolah belajar bahasa melayu, itukan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah estet. makhluk tersebut masih marah2 dalam bahasa tamil dan datuk terus menenyeh lada hitam ke kaki makcik. makcik meraung "ayyooo......" (bahasa selebihnya bahasa tamil, mana aku faham). dalam hati aku kagum dengan makcik, tak sekolah tamilpun boleh cakap tamil. hebat!

setelah diasak, makhluk ghaib itu mula berkomunikasi dalam bahasa melayu. datuk mula bertanya :

tok mat : siapa kau?
makhluk : aku ****** (nama aku dah lupa)
tok mat : kau datang dari mana?
makhluk : yini rumah aku.
tok mat : ini rumah aku. mana rumah kau?
makhluk : yini rumah aku. awak duduk rumah aku.
tok mat : kalau ini rumah kau, kenapa baru sekarang kau muncul?
makhluk : mana ada. aku suni juga duduk. awak worang ambik ini tanah aku.
tok mat : aku dah beli tanah ini. ini tanah aku. ini rumah aku. rumah kau sekarang dekat mana?
makhluk : aku rumah bawah pokok itu mangge. aku sama bini duduk sane.
tok mat : kau duduk situ, kenapa kacau anak cucu aku?
makhluk : awak punya anak sudah kacau rumah aku.
tok mat : anak aku tak tau ko duduk situ. aku mintak maaf. sekarang kau balik rumah kau. jangan kacau anak cucu aku lagi. kalau ko datang lagi, aku bunuh kau! (suara datuk tegas).
makhluk : wokey! aku balik. itu bawah pokok aku punya rumah, jangan kacau aku punya rumah. kotor punya jam jangan mari aku punya rumah.
tok mat : sudah! ko balik sekarang.

datuk terkumat kamit membaca mentera dan dada makcik aku lihat berombak-ombak. kemudian makcik mula hendak rebah dan cepat2 disambut datuk. datuk kemudiannya meminta air masak dari kakak. datuk membaca sesuatu dan meminum air tersebut. la... datuk aku dahaga rupanya kerana melayan makhluk tu berborak. sangkaan aku meleset, datuk menyemburkan air dalam mulutnya ke muka makcik. makcik mula sedar, tapi masih lemah. baki air jampi tadi diberikan untuk diminum. setelah beberapa ketika, semangat makcik mula pulih dan nenek menemankan makcik ke biliknya.

bila semua dah kembali pulih, datuk menyuruh kakak membuat nescafe susu kegemarannya. sambil minum datuk mula bercerita bahawa memang tanah rumah datuk memang dibeli dari orang india. datuk juga tau ditanah itu memang terdapat dua kuburan india yang mati masa zaman komunis dulu. biasalah, makhluk halus dan syaitan ini akan mengganggu anak cucu Nabi Adam bila kita alpa atau dalam tidak bersih (haid/nifas/berhadas).

Pasngok berterusan menyerang cikgu yang rotan murid islam makan babi

Saya kesal dengan tindakan DAP dan PKR, dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen PAS*, yang memainkan isu seorang pelajar bernama Basil Anak Beginda (10 tahun) membawa makanan haram iaitu "nasi goreng + sosej babi" ke sekolahnya di Sekolah St. Thomas, Kucing, Sarawak. Mereka mendakwa pelajar ini dikenakan hukuman 10 kali rotan pada 15 Okt 2010 oleh Penolong Kanan sekolah En. Iskandar Bin Fadeli kerana membawa membawa "sosej babi" ke sekolah. Sedangkan pihak sekolah menyatakan budak itu dihukum atas sebab lain. PKR mendakwa ini melanggar hak perlembagaan budak tersebut!

Saya tidak berminat dengan isu hukuman rotan itu, kerana faktanya pun tidak jelas. Adakah beliau dirotan kerana sosej babi, atau kerana kesalahan disiplin yang lain. Pada saya kita tidak perlu melatah cepat sangat, kerana PKR yang memainkan isu ni pun jenis tak boleh dipercayai. Bukan kita kata, calun Timbalan Presiden PKR sendiri yang kata, "bahawa PKR ini penuh dengan kepalsuan dan hipokritus". Yang jelasnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong telah pun membuat penjelasan bahawa lapuran Jabatan Pelajaran menunjukkan kanak-kanak itu dirotan kerana kesalahan lain. Jadi isu kenapa dia dirotan pun tak jelas lagi, tau-tau DAP, PKR melompat memutar isu itu sebagai isu perkauman dan agama!


Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Basil Anak Beginda adalah seorang budak beragama Islam. Ayahnya bernama Nor Azman Bin Abdulah @ Beginda Anak Minda. Beliau adalah ahli PKR. Beliau calun PKR bertanding dalam PRU 10 di P. 188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkili (2001). Beliau tewas di kedua-dua pilihanraya (faktanya saperti yang tercatat dibawah). Melainkan Nor Azman mahu datang kedepan dan menyatakan beliau bukan lagi Islam, anaknya menurut hukum adalah tetap seorang Muslim!


Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda juga adalah salah seorang saksi utama bagi pihak Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat 1998 dahulu. Saya antara peguam yang mengendalikan beliau, dan sepanjang pengetahuan saya beliau beragama Islam.


Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah tindakan yang pihak penguatkuasa agama ambil mengenai fakta ini. Budak beragama Islam dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah!! Saya mendesak supaya suatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dengan memanggil kedua ibubapa dan anak tersebut untuk mengenal pasti status agama budak tersebut, dan diberi kaunselling dan nasihat bahawa pemakanan babi adalah haram didalam Islam.

Apa yang membimbangkan saya ialah apabila status agama Islam Basil Anak Beginda yang makan sosej babi ini dibangkitkan, DAP/ PKR dan segelintir MP PAS dengan cepat melatah menyatakan bahawa ini bukan isu agama!! Dah kalau ini bukan isu agama, isu apa lagi! Apakah dasar DAP/PKR menghalalkan ahlinya yang beragama Islam makan sosej babi! Apa pula pendirian pak jangoat badut ingusan dalam isu ini? Kenapa membisu macam kambing sakit gigi je? Dan kepada ahli akar umbi PKR dan PAS yang masih taksub dengan kepimpinan PKR ini, adakah kamu semua redho dengan pendirian ini?

Tapi yang saya sangat kesal ialah apabila saya dedahkan hakikat bahawa budak yang membawa sosej babi ini beragama Islam, tak pasal-pasal segelintir Ahli Parlimen PAS melenting dan menyatakan status agama budak ini tidak relevan!! Kalau yang bercakap tu Kitsiang atau Karpal Singh saya tak hairan, tapi bila Ahli Parlimen PAS yang menyatakan itu, saya terus mencabar mereka "apakah pendirian kamu membenarkan anak orang islam boleh membawa sosej babi ke sekolah?". Mereka tidak menjawab, sebaliknya saperti biasa memberi label saya ni extremis dan lain-lain. Dan apabila YB Speaker suruh mereka duduk dan diam, mereka terus melanggar peraturan dan membuat bising. YB Speaker tiada pilihan melainkan menghalau keluar Dewan!

Dan semasa nak keluar daripada Dewan, seorang MP pembangkang yang sepatutnya menggunakan pintu depan terus kebelakang menuju ke tempat duduk saya dan cuba menyerang saya dengan mencabar saya. Nasib baik Bentara Parlimen segera menahan beliau, kalau tidak..!! YB Bung Mokhtar meluru datang dan menasihatkan saya supaya duduk tenang dan jangan melayan. Dan saya terus dengan perbahasan saya.

Namun Ahli-Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS terus menganggu ucapan saya kerana jelas mereka tidak mahu rakyat tahu isu sebenar. Mereka ingat mereka telah dapat isu besar bila membangkitkan isu konon Cikgu beragama Islam melarang pelajarnya memakan babi. Mereka tidak mahu rakyat tahu perkara sebenarnya, bahawa budak itu beragama Islam.

Dan saya hanya mendesak supaya Kerajaan menyiasat kedudukan status budak ini. Apakah benar dia dirotan kerana isu sosej babi atau sebab lain. Adakah benar dia masih beragama Islam? Yang saya hairan kenapa ibunya sahaja yang beriya-iya ke depan dalam isu ini? Apa agama ibu budak itu? Kenapa bapaya Nor Azman @ Beginda diam membisu? Kenapa mereka memilih untuk membesarkan isu ini menggunakan platform politik (gambar diatas jelas membuktikan!).


Pada saya, semua pihak sepatutnya berterimakasih kepada guru tersebut En. Iskandar Bin Fadeli yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dan beliau sangat menjaga kerahsiaan dan sensitiviti isu ini bila menasihatkan ibu kepada si Basil iaitu Angela Anak Jabing supaya tidak membesar-besarkan isu ini kerana "ianya sensitif".

Tetapi mereka memilih platform politik pembangkang untuk memainkan isu ini (gambar atas yang cukup jelas). Dan bila isu agama si Basil sebagai seorang budak beragama Islam dibangkitkan, bagaimana dia boleh dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah, tiba-tiba mereka cuba menutup isu itu dengan menyatakan status agama Basil sebagai beragama Islam tidak relevan!!

Bagi saya, isu status agama Basil sebagai anak beragama Islam sangat relevan dan perlu di ambil tindakan wajar. Siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan. Pada Cikgu Iskandar Fadeli, tahniah kepada cikgu kerana mengutamakan agama dari segalanya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Thursday, November 11, 2010

Apakah bezanya salam Obama dengan Bacaan Al Quran YB Nga Kor Meng

Kedua-duanya hanya bermuka-muka dengan orang Islam.

Tak payahlah kita nak puji-puji YB DAP dan Mr Presiden yang celupar ini. Orang-orang missionary Kristian pun berlambak-lambak boleh baca Quran tetapi digunakan untuk putar belitkan otak dan iman orang Islam yang lemah supaya Quran juga boleh diliberalkan.Siap hafal Quran lagi.

Pertama kisah Jaafar Al tayyarkah yang memperdengarkan Surah Maryam kepada Raja najashi? Dan Raja najashi menangis apabila mendengar kebenaran ayat ayat Allah tersebut. persoalannya adakah Ngah menangis?

Kedua mengenai sayyidina umar al khattab, mari saya quotekan sedikit cerita menegai kisah itu.

Pada suatu hari, Umar al-Khattab pergi ke rumah adiknya Siti Fatimah setelah diberitahu bahawa adiknya telah memeluk agama Islam. Ketika beliau datang, Fatimah dan suaminya, Said sedang mendengar Khabbab membaca ayat suci Al-Quran. Khabbab ditugaskan oleh Rasulullah untuk mengajar mereka tentang agama Islam.

“ Wahai Fatimah, buka pintu rumahmu ataupun aku pecahkan!” teriak Umar al-Khattab. Mendengar teriakan tersebut , Fatimah dan Said menyuruh Khabbab bersembunyi di dalam bilik tidur. Umar al-Khattab menerpa masuk lalu bertanya, “Suara siapakah yang aku dengar tadi?”. Fatimah dan Said tidak menjawab . Umar al-Khattab ternampak sesuatu yang dipegang oleh Fatimah. “ Apa yang engkau pegang itu, wahai Fatimah?” Tanya Umar al-Khattab. “Wahyu Allah. Itu yang kami sedang baca tadi.” Mereka berdua dipukul dan dibelasah oleh Umar al-Khattab.

Melihat keadaan adiknya itu, tiba-tiba Umar al-Khattab berasa kasihan lalu berkata, “Aku tidak bermaksud hendak menyakiti kamu. Maafkan aku kerana tidak dapat mengawal perasaan marah” Umar meminta kebenaran untuk membaca lembaran yang tertulis ayat-ayat suci Al-Quran. “Pergilah mandi dan bersihkan diri dahulu. Selepas itu, barulah engkau boleh membaca ayat-ayat suci itu,” kata Fatimah.

Umar al-Khattab menuruti permintaan adiknya. Selepas membersihkan diri, Umar al-Khattab duduk bersimpuh di atas lantai lalu membaca ayat-ayat suci itu:

“ Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.Dan jika Engkau menyaringkan suara Dengan doa permohonanmu, (maka Yang demikian tidaklah perlu), kerana Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia dan Segala Yang tersembunyi”.(Surah Taha:1-7)


tengok perkataan:

"“Pergilah mandi dan bersihkan diri dahulu. Selepas itu, barulah engkau boleh membaca ayat-ayat suci itu,” kata Fatimah"

tapi tak tahulah kalau ada pakar sirah yang  boleh tunjukkan kepada saya jika cerita di atas tidak benar.


memang kami tentang YB Nga . Sebabnya dia menggunakan ayat Allah untuk tujuan politiknya. Bukan untuk tujuan menunjukkan kebesaran Allah yang Satu, Muhammad pesuruh Allah dan Quran panduan yang benar bagi semua manusia! jangan saudara bandingkan Ngah dengan Raja najashi yang mengalirkan air mata tatakala mendengar ayat Allah begitu juga sayyidina Umar AL Khattab yang terus mahu memeluk Islam sejurus mendegra danmembaca kecantikan dan kebenaran ayat ayat Allah.mereka tidak menggunakan ayat Allah untuk tujuan POLITIK!
firman Allah SWT:


" Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam, "

surah annisa: 140

GO BALA KRISHNAN pula buat Anwar pening kepala

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Presiden untuk campur tangan dan memperbetulkan segala kekalutan dalam proses pemilihan pemimpin parti itu yang berpunca daripada tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Calon Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan telah menghantar satu memorandum dengan meminta pucuk pimpinan parti memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku kecacatan serta penipuan dalam pemilihan parti itu.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan mengesahkan badai yang melanda PKR adalah 100 peratus berpunca daripada Anwar dan ‘anak emasnya’, Azmin dengan menyatakan telah menjangkakan perkara itu akan berlaku sejak tiga tahun lalu.

Syabas: Kerajaan korup Selangor disaman RM471 juta

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), akan menyaman Kerajaan Selangor untuk ganti rugi di bawah perjanjian konsesi tiga hala yang ditandatangani pada 2004.

Satu saman pemula bersama-sama dengan “affidavit-in-support” telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan sejumlah RM471,642,916 sebagai ganti rugi di bawah terma perjanjian yang ditandatangani antara Syabas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pada 15 Disember 2004, kata satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. - Bernama

Wednesday, November 10, 2010

Kerajaan Kelantan tolak Husam Musa sbg Presiden KAFA

KOTA BHARU — Kerajaan Kelantan meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa agar tidak melepaskan jawatannya itu demi kebaikan sukan itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, negeri Ab Fattah Mahmood berkata kepimpinan Annuar masih diperlukan oleh Kafa dan seluruh peminat bola sepak negeri itu selepas berjaya membawa kejayaan untuk pasukan bola sepak Kelantan.

"Saya secara peribadi meminta Tan Sri Annuar (Musa) tidak melepaskan jawatannya kerana banyak lagi yang perlu dilakukan beliau untuk kejayaan pasukan bola sepak.

"Kami di peringkat negeri sentiasa memberikan bantuan dan galakan kepada Tan Sri dan Kafa untuk membangunkan sukan ini ke peringkat yang lebih jauh lagi,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Annuar dalam reaksinya selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Okt lepas menyatakan cadangannya untuk melepaskan jawatan di Kafa bagi membolehkan beliau menjalankan tanggungjawabnya yang lebih mencabar sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). — Bernama

Rayuan ditolak, hukuman gantung kekal

LONDON 10 Nov. - Penyerang Manchester City, Mario Balotelli gagal dalam usahanya membatalkan hukuman digantung tiga perlawanan selepas dibuang padang ketika menentang West Brom pada perlawanan Liga Perdana hujung minggu lalu.

Persatuan Bola Sepak England (FA) mendapati berlaku kekasaran oleh Balotelli, pemain yang menjaringkan kedua-dua gol ketika menang 2-0 pada perlawanan itu, ketika dia bertembung dengan Youssouf Mulumbu.

FA dalam satu kenyataan berkata: “Suruhanjaya Kawal Selia yang mendengar permohonan hari ini mendapati bahawa hukuman itu adalah jelas kerana tindakan keterlaluan Mario Balotelli.

“Akibatnya, Balotelli digantung tiga perlawanan berkuat kuasa serta-merta.”

Keputusan tersebut bermakna pemain Itali berusia 20 tahun itu bukan sahaja tidak dapat beraksi menentang Manchester United Rabu ini malahan juga Birmingham dan Fulham di tempat lawan. - AFP

Edisi terkejut aku: PHD Dr Fazley palsu

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Kerajaan tetap bantu pelajar Mesir walaupun berpotensi pulang sebagai penentang kerajaan

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penuntut Malaysia jurusan perubatan di Mesir yang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai pengajian mereka akan ditawarkan pinjaman oleh Amanah Raya Bhd.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penuntut yang kebanyakannya berada di tahun dua dan tiga itu merupakan mereka yang menggunakan pembiayaan sendiri, dan bagi mendapatkan pinjaman itu beberapa kriteria telah diputuskan semasa mesyuarat bersama agensi berkaitan.

"Kita telah ambil persetujuan bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kementerian Pengajian Tinggi dan Amanah Raya, bahawa Amanah Raya akan menawarkan pinjaman bagi tampung pengajian mereka.

"Dalam pinjaman ini, kita telah menetapkan beberapa kriteria iaitu mata pelajaran perubatan yang dipilih mendapat pengikitirafan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kerana kita mahu supaya apabila mereka balik nanti boleh bertugas sebagai pengamal perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung nasib penuntut Malaysia jurusan perubatan di Mesir yang mengalami masalah kewangan untuk membiayai pengajian mereka.

September lepas, Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam satu laporan akhbar menggesa kerajaan meneliti semula mengapa 500 penuntut Melayu yang mengikuti pengajian dalam beberapa bidang kritikal terutama perubatan dan farmasi di Mesir tidak diberikan biasiswa.

Laporan itu turut menyebut bahawa kesemua penuntut terbabit menggunakan pembiayaan sendiri bagi tahun pertama yang kosnya mencecah RM90,000 dan jika mereka masih gagal mendapatkan biasiswa, mereka terpaksa menamatkan pengajian.

Selain itu, Jamil berkata, untuk membolehkan penuntut-penuntut itu layak mendapat pinjaman, mereka perlu lulus sekurang-kurangnya peringkat Jayyid dalam keputusan peperiksaan, mendapat enam A subjek teras yang berkaitan dengan pendidikan perubatan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memperoleh Sijil Tiada Halangan (NOC) yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

Mengenai jumlah penuntut yang akan menerima bantuan pinjaman itu, Jamil Khir berkata setakat ini jumlahnya belum dikenal pasti kerana ia masih dalam proses perbincangan.

Pada masa ini terdapat 6,440 penuntut Malaysia di Mesir dan daripada jumlah itu, seramai 668 orang menerima biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 936 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan 52 orang lagi Amanah Raya. - BERNAMA

Tuesday, November 9, 2010

Calon Timbalan Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub pula beri kata dua kepada Anwar

PETALING JAYA 9 Nov. - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub memberi 48 jam kepada pucuk pimpinan menghenti dan membatalkan pemilihan parti.

Beliau berkata, jika tempoh masa itu tidak dipatuhi, satu tindakan lebih tegas akan diambil. - Utusan

Teresa Kok menggeletar terkencing dalam kain

SHAH ALAM 8 Nov. - Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor, Teresa Kok hari ini gagal menjawab soalan yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai sumbangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor untuk menaik taraf kawasan perindustrian di negeri itu.


Ketika diajukan soalan tersebut oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai perkara berkenaan, Teresa menjawab, "Saya tidak ada statistik."


Sebelum itu, beliau berkata, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 2009 telah memperuntukkan sejumlah RM28 juta bagi menaik taraf 24 kawasan perindustrian di Selangor.


Bagaimanapun, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, kawasan perindustrian di Selangor terutamanya di luar bandar berada dalam keadaan "sangat teruk".


Beliau mendakwa kerajaan persekutuan mengutip cukai daripada pelabur, sepatutnya menyalurkan peruntukan yang lebih bagi meningkatkan prasarana perindustrian di Selangor memandangkan Selangor menyumbang lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). - Bernama

Pencuri kebas RM70000 dari rumah Dr A Xavier Jayakumar, Exco Selangor

KLANG 8 Nov. - Seorang exco kerajaan negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di

rumah.

"Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

"Beliau kemudian menghubungi isteri yang memaklumkan kejadian ini kepada saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu,” katanya. - Bernama

Teresa Kok menggeletar terkencing dalam kain

SHAH ALAM 8 Nov. - Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor, Teresa Kok hari ini gagal menjawab soalan yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai sumbangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor untuk menaik taraf kawasan perindustrian di negeri itu.


Ketika diajukan soalan tersebut oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai perkara berkenaan, Teresa menjawab, "Saya tidak ada statistik."


Sebelum itu, beliau berkata, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 2009 telah memperuntukkan sejumlah RM28 juta bagi menaik taraf 24 kawasan perindustrian di Selangor.


Bagaimanapun, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, kawasan perindustrian di Selangor terutamanya di luar bandar berada dalam keadaan "sangat teruk".


Beliau mendakwa kerajaan persekutuan mengutip cukai daripada pelabur, sepatutnya menyalurkan peruntukan yang lebih bagi meningkatkan prasarana perindustrian di Selangor memandangkan Selangor menyumbang lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). - Bernama

Monday, November 8, 2010

Wanita German hanyut di Alor Setar

ALOR SETAR - Seorang wanita warga emas berbangsa Jerman dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumahnya di kampung Kerenjis, Kota Giam di Jitra dinaiki air minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Sawaludin Hamenudin berkata, Erna Fisher, 64, dilaporkan hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika keluar bersama anak dan menantunya untuk menyelamatkan diri daripada banjir.

"Arus deras telah menghanyutkan ketiga-tiga mereka tapi anak dan menantu mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Biasallah: Anwar tak puas hati keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan untuk meminda notis rayuan berhubung pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah di sini.


Anwar yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Mohammad memfailkan notis itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah melalui peguamnya yang diketuai Kamar Ainiah Kamaruzaman.


Beliau yang turut diwakili peguam Dorina Abdullah memohon untuk memindanya dengan memasukkan perkataan "keseluruhan" yang dikatakan telah tercicir dalam notis rayuan yang dibuat pada 23 April lalu.


Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah memberitahu pihaknya memfailkannya selepas mendapati perkataan "keseluruhan" itu tiada, selain memastikan proses berjalan lancar pada hari hujahan rayuan itu yang dijangkakan pada Jan tahun depan.


"Pihak kami memfailkan pindaan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan "tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah," katanya. - Bernama

Zaid masuk parti Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini dalam tulisan terbaru blognya, disiarkan awal pagi ini.

Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan kekal bersama PKR sebagai ahli biasa.

Pucuk kepimpinan parti itu sebelum ini termasuk yang terbaru semalam menafikan wujudnya sebarang elemen manipulasi dan penyelewengan dalam proses pemilihan secara langsung yang julung kali diadakan.

Dalam penafian kira-kira 4 petang semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya elemen manipulasi dengan kertas undi didakwa boleh dibeli sebagaimana didakwa blogger hujung minggu lalu.

Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran dua naib presiden Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan dan restu Anwar, dan Mustaffa Kamil Ayub.

Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian Azmin berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.

Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.

Dalam tulisan terbaru ini, tegas Zaid, beliau ditawarkan menyertai PKR di bawah kepercayaan bahawa boleh menghidupkan politik kesedaran dan progresif selain memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya dianggap penting bagi mengembangkan demokrasi dan urus tadbir pemerintahan baik di negara ini.

“(Tetapi) saya silap,” kata Zaid yang sebelum ini pernah mengkritik tatacara pemilihan dan meminta sekretariat membetulkan kelemahan dan kekurangan yang wujud.

Malah beberapa pihak meminta agar pemilihan ditangguhkan sementara segala kelemahan dapat diatasi.

Zaid menambah, di sebalik pemilihan parti insiden-insiden yang disaksikan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan kecacatan dan penyelewengan dalam proses pemilihan demi mencapai matlamat disasarkan.

“Saya pasti mana-mana parti politik yang membawa nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya menawarkan pembaharuan bermakna kepada rakyat negara ini,” kata beliau.

Meskipun memutuskan untuk meletakkan semua jawatan dalam PKR, Zaid berkata, beliau akan kekal berpegang pada perjuangan Pakatan Rakyat dan terus membawa isu-isu menyentuh rakyat jelata.

Pakatan Rakyat turut dianggotai DAP dan PAS.

“Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya. Saya ucapkan mereka semoga berjaya,” kata beliau yang bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat dalam proses mendaftarkannya sebagai perikatan yang sah.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli yang menyokongnya dan meletakkan kepercayaan terhadap perjuangan reformasi selama ini, kata Zaid, adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak mampu untuk meneruskan usaha itu ekoran proses pemilihan yang cacat ini.

Saturday, November 6, 2010

Pas bakal kehilangan kedah dan kelantan

Pas pasti akan kehilangan kedah dan kelantan pada PRU akan datang sekiranya masih terus menjadi boneka dalam pakatan rakyat. Keputusan galas jelas menunjukkan orang melayu di kelantan mula meluat dengan permainan politik Dap yang jelas telah menggunakan kekuatan Pas di kawasan majoriti melayu untuk membolehkan DAP dan PKR menang. Yang jelas kekuatan UMNO tidak pernah merosot sebaliknya Pas melemahkan pengaruh mereka di kawasan melayu demi memenangkan DAP dan PKR dikawasan cina ramai walaupun bukannya majoriti cina.

Pas menyorok diri apabila orang melayu di tindas di pulau pinang. Kes orang melayu tidak dibenarkan berniaga di bazar ramadan komtar Pulau Pinang pas yang mempunyai wakil dalam kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengambil jalan berdiam diri untuk menjaga hati kekasih mereka Lim Guang Eng dari parti babi DAP. Kes premis peniagaan orang melayu di Pulau Pinang yang dirobohkan secara diktator oleh kepimpinan pakatan rakyat juga tidak mampu dibantu oleh Adun PAS pulau pinang sedangkan mereka adalah sebahagian dari kumpulan penyokong parti pemerintah pulau pinang.

Pada satu ketika ada penyokong Pas sendiri dari golongan marhein yang amat geram dengan kepimpinan DAP sempat memaki hamun Lim Guan Eng secara bersemuka dimana beliau sempat dihalang oleh kepimpinan Pas sebelum beliau sempat menumbuk muka Lim Guan eng semasa Lim Guan Eng menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pas. Perlakuan ini telah membuktikan yang Pas akan mempertahankan apa jua kemungkaran, kezaliman dan kerakusan kepimpinan Dap keatas orang melayu atas dasar mahu memerintah Malaysia bersama DAP.

Mungkinkah perjuangan membabi buta pemimpin Pas ini disebabkan mereka ini telah dibeli atau dibayar atau disogok atau telah dirasuah dengan wang ringgit berjuta-juta oleh kekuatan ekonomi orang cina yang mampu mengeluarkan dan menaburkan berjuta-juta  ringgit kepada pemimpin tamak Pas asalkan mendapatkan ketuanan Dap di bumi ini. Sogokan ini tidak seberapa bagi kepimpinan mereka kerana jika berjaya menkhluki negara mereka akan dapat menyapu kembali wang rakyat jelata untuk mengisi kembali poket mereka yang telah digunakan untuk melobi kepimpinan Pas yang jahil.

Bukti telah menunjukkan ramai pemimpin Pas yang telah bergelar jutawan dalam masa yang singkat. Akhir-akhir ini kita juga mendengar seorang bekas isteri adun Pas melor memohon tuntutan nafkah RM3 juta. S pasti dia amat arif tentang kekayaan bekas suaminya yang dianggarkan mempunyai harta yang lebih dari nilai tersebut sehingga munkin mencecah berbillion ringgit. Semua ini tidak mustahil dalam kepimpinan Pas kerana mereka semuanya hanya pandai menyalahkan orang lain sahaja sedangkan perlakuan mereka lebih dasyat dan kotor sehinggakan anjing pun sanggup meludah mereka.

Friday, November 5, 2010

BN/UMNO jangan leka!!!

Kemenangan berganda di Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merupakan isyarat keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lebih membanggakan lagi dua kawasan itu dimenangi dengan majoriti besar yang merupakan perkembangan amat memberangsangkan.
''Kedua-dua kemenangan ini saya percaya merupakan satu perubahan sikap rakyat yang sekarang sudah cenderung untuk bersama-sama BN.

Thursday, November 4, 2010

BN Takluk Galas

Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima (Pas) akibat kanser usus, akhir September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Che Hashim menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah buat kita di Galas pada kali ini.
Semoga kejayaan ini menambahkan semangat pemimpin serta ahli-ahli UMNO dan komponen menjelang PRU-13

Wednesday, November 3, 2010

Jangan beri muka dan bontot lagi pada Anwar.

Baru sebentar Tadi 200 orang Ahli PKR mengumumkan Bertindak Keluar Parti Keadilan Rakyat ini dan menyertai UMNO atas dasar perjuangan PKR sudah tidak relevan dan pemimpin PKR yang di lihat sudah lari dari matlamat asal iaitu perjuangan Keadilan.



Penyerahan Borang keahlian UMNO itu di lakukan di pejabat Bahagian UMNO Wangsa Maju dan borang tersebut di serahkan oleh Bekas Ketua PKR Cabang Wangsa Maju kepada Dato Shafei Abdullah Ketua UMNO/ Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju.



Satu lagi tanda bahawa Parti Koyak Rabak PKR sudah tidak Relevan dan kepada mereka yang masih berada di dalam PKR harus sedar bahawa PKR sudah Musnah!



Dengan ini jelas bahawa Cabang PKR Wangsa Maju telah LUMPUH!!!

Tuesday, November 2, 2010

Nasihat kepada pemimpin Pas: Kawal Nafsu Amarah, Seks dan kemungkaran

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.


Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”




Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya di siang Ramadan.



Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari, oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu yang ada dalam diri.
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.

Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.

Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.

Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.

Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani.

Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.

Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?
Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.

Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:



Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu.

Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.

Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.

Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.

Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.


Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat dapat dibendung.

Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.

Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.

Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “... dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

Undurlah sebelum semua orang membenci kamu

Sudah sampai masanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari dunia politik kerana banyak rentak politiknya dilihat semakin tidak seimbang.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin (gambar) yang berkata, Anwar perlu menerima hakikat bahawa zamannya akan menyusur pergi dan tidak mungkin generasi baru akan terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politiknya yang sama.

“Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” katanya dalam entri terbaru di blognya http://drmaza.com yang bertajuk Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru.

Mohd. Asri berkata, politik negara kini memerlukan nafas baru sama ada dari dalam kerajaan ataupun pembangkang.

Katanya, sebagai rakyat biasa beliau juga ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti.

“Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai,” katanya.

Beliau berkata, perkara yang perlu dinilai termasuklah keperluan negara untuk mewujudkan idea politik yang berlandaskan kebijaksanaan dan pemikiran bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina-menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinan mereka yang berteras ilmu dan budi. Justeru kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas,” jelas beliau.

Katanya, ahli politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang yang merasakan zaman mereka sudah habis perlu memberi laluan kepada generasi baru demi kebaikan rakyat.

Pemimpin tamak jawatan dialu-alukan untuk keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau yang kecewa berkata:

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.
Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi.

Monday, November 1, 2010

Kerajaan Kafir yang disokong Pas terus zalimi orang islam

GEORGE TOWN: Pemimpin Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim telah disingkirkan dari  sidang dewan undangan negeri selama enam bulan kerana dipercayai mengucapkan kata-kata derhaka dan membangkitkan ancaman "Mei 13"  awal tahun ini.

Semua 11 Adun Barisan Nasional  mengadakan mogok hari ini selepas  Azhar dizalimi,keputusan yang disokong oleh majoriti adun pakatan rakyat semasa sesi petang.

Penggantungan disarankan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang paling zalim Lim Guan Eng dan disampaikan kepada majlis oleh  Speaker  Datuk Abdul Halim Hussain.

Ketika ditemui di luar dewan, Azhar, yang juga Adun Penaga berkata Adun Teluk Bahang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya akan mengambil alih sebagai Pemimpin Pembangkang selama penggantungannya yang akan berakhir pada bulan Februari
Related Posts with Thumbnails