politic latest epl latest kereta latest Aduan anda kepada email cikguleepk@yahoo.com Blog ini tidak akan melayan komen2 sampah daripada penyokong Pas, Pkr dan Dap
Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya
Tuesday, September 7, 2010
16 september Ulangtahun ke-2 rampasan kuasa Anwar Ibrahim
Kita sudahpun sampai ke bulan September di tahun 2010 ini. Alhamdulillah, tak banyak yang berubah. Kecuali, suatu impian 'Harapan Baru' yang dicanang-canangkan sejak Mac 2008 semakin tidak kesampaian.
Kalau sepanjang 2008, 2009 kita dihidangkan dengan pelbagai cerita, impian, parody, lawak jenaka mengenai pertukaran kerajaan - hari ini September datang lagi sebagai bukti bahawa 'gempar' itu tidak pun menjadi nyata.
Keyakinan yang terlalu tinggi bahawa 'rantaian rakan lama' di dalam UMNO dan BN akan menyahut usaha pertukaran kerajaan sudah diterajang ke dalam parit di sekitar Segambut dan Tropicana.
Tak ada apa yang berlaku pun. Kerajaan masih kekal. Ya, mungkin ada beberapa isu/orang yang GAGAL memainkan peranan baik dalam menentukan haluan kerajaan yang lebih baik; namun semuanya masih dalam keadaan 'ok'. Yang berantakan dan kacau bilau; adalah mereka yang memulakan gendang 'Harapan Baru' suatu ketika dahulu.
Namun, mungkin juga benar - inilah 'Harapan Baru' yang perlu direalisasikan bagi memberikan semula kekayaan kepada rakan/sahabat handai/ saudara mara sekeliling yang memberi sokongan selama ini.
Semua nama digunakan dalam mencari 'Harapan Baru'. Nama DYMM Agong. Nama ATM. Nama kawan-kawan dalam BN yang terpaksa 'senyum kelat' kerana KANTOI cuba juga membuat deal. Allah SWT lebih berkuasa. Apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang diharapkan. Malahan, kawan-kawan yang dahulunya sekapal menjadi 'MUSUH' hari ini.
Ya, boleh dibuat pelbagai tuduhan - bahawa mereka dibeli dan sebagainya. Tetapi kalau benar-benar mereka dididik dengan niat 'HARAPAN BARU'; mereka tidak mungkin akan pusingkan haluan mencari pelabuhan baru.
Hari ini, PKR sebenarnya antara yakin dan tidak. Prestasi wakil rakyat merudum banyak. Ramai yang hilang dari kawasan dan mencari ketenangan diri di KL dan Shah Alam. Yang mengadu tidak ada duit - jangan cakaplah. Sebab itu juga, waima tender angkat sampah 5 lorong kawasan perumahan sanggup diligan oleh Jawatankuasa Tertinggi.
Pemilihan pun akan dijayakan tidak lama lagi. Istilah 'PASTIKAN BENDERA INI TERUS BERKIBAR' dijaja ke sana dan ke mari. Jelas, mencari simpati dan membayangkan bendera itu akan lesu terhampar di bumi saat Sang Pemimpin dipanggil lagi menghadap hukuman.
Apa agaknya yang boleh diharapkan oleh sebuah parti yang terlalu gemar membuat janji; namun tidak mampu melaksanakannya. Apa lagi yang nak diharapkan. Rakan-rakan di dalam AMK, di dalam PKR Pusat semuanya masih 'tertanya-tanya' apakah PKR mampu berdiri seteguh prestasi 2008; kalau berantakan dan 'kerajaan anak beranak' masih menjadi budaya dalam parti?
Pemilihan akan datang, adalah rencana untuk meletakkan 'elit parti PKR' di dalam ranking yang sepatutnya. Ada kepimpinan baru yang timbul daripada akar umbi? Jangan harap. Dalam PKR, kalau tidak ada duit - ada akan ke parit. Penyakit sama dalam UMNO. Tapi dalam PKR lebih sulit dan perit.
September ini datang lagi - mengingatkan kita kepada seorang Juragan yang tidak mampu menakhoda bahtera. Seorang Juragan yang tidak mampu melawat nafsu - menggasak seorang anak kapal jantan yang selalu tersenyum manja di hujung buritan. Nah, apa lagi nak kita harapkan.....
Sedang bendera itu belum tentu boleh berkibar semula....dan bahtera hanyut di lautan 'asmara sejenis' yang merosakkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cantik berkias.
ReplyDeleteTakpe, PM akan mahu rakyat mengingati 16 Sept sebagai Hari Malaysia. Supaya 16 Sept akan terus kekal dalam ingatan hingga ke anak cucu. Selagi ada hari Malaysia, selagi itulah peristiwa 16 Sept akan menjadi mimpi geri penciptanya.
agbr47: PM akan buat penghakiman berjalan dan tertangguh hingga lepas PRU13 -Sindir Tun M.