KUALA LUMPUR 22 Sept. – Dua wanita warga Kemboja yang bekerja sebagai tukang jahit di Johor bukan setakat disamun, malah turut dibogelkan sebelum ditinggalkan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gedangsa, Hulu Selangor malam tadi.
Kejadian berlaku pukul 11 malam ketika kedua-dua wanita berusia lingkungan 30-an itu menaiki sebuah teksi dari hentian bas sementara Bukit Jalil di sini untuk pergi ke Bukit Tinggi, Klang.
Kedua-dua wanita itu sebelum itu bercadang untuk menaiki bas dari Klang ke Kelantan untuk pulang ke Kemboja.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang pemandu teksi dan sedang memburu rakannya yang menyamun kedua-dua mangsa. – Utusan
No comments:
Post a Comment