Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, September 8, 2010

Zaid Ibrahim gali kubur sendiri

si Zaid Ibrahim ini memekik - mekik mengatakan ada orang cuba tikam dia dari belakang? Bukankah dia sendiri pernah lakukan perkara tersebut terlebih dahulu?


Inilah senarionya dengan PKR. Sifat mereka tetap tidak berubah walaupun mereka kata sudah bersihkan diri dan keluar dari UMNO. Terbukti bahawa sifat mereka inilah yang memburukkan UMNO, bukan UMNO itu sendiri.


Akibat suka cakap tak serupa bikin, maka si Zaid kini sudah mendapat musibah yang besar. Dulu di Hulu Selangor, beliau didokong bagai seorang Pahlawan. Beliau dikatakan berani menegakkan yang hak. Tetapi kini, belum lagi masuk ke gelanggang, 20 MP PKR sudah menyatakan dengan sebulat suara tidak mahu menyokong beliau.


Apa tindakan Zaid jika dia ditolak dalam PKR selepas ini? Mahu mengadu nasib kepada siapa lagi selepas ini? Kalau dulu, beliau boleh lagi lari ke PKR selepas ditolak oleh UMNO. Sekarang, ke mana lagi beliau akan bersembunyi?


Malah beliau dengan secara tidak sengajanya mendedahkan keburukan dalam PKR itu sendiri. Maka ternyatalah PKR itu pun tidak sebaik mana. Jadi nak sokong apa lagi?


Sedarlah Zaid. Setiap yang buruk kita lakukan diatas dunia ini akan dibalas buruk juga di kemudian hari. Hampir dengan akhir zaman ini, Allah S.W.T balas terus diatas muka bumi. Bertaqwalah kepada Allah S.W.T dan mohon perlindungan dariNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails