Kes pembunuhan Datuk Sosilawati makin menarik apabila suspek utama telah dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL). Dalam pertemuan singkat tersebut, suspek utama telah mendakwa tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum ditahan reman.
Suspek juga tidak mengaku salah atas tuduhan pembunuhan ini, malah suspek mendakwa dia ditumbuk dan ditendang oleh anggota polis sehingga cedera di belakang badan. Malah, mengikut kenyataan suspek, permintaannya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan oleh polis.Suspek akan membuat laporan polis berkaiatan dengan kejadian tersebut.
Mengikut laporan daripada Berita Harian;
Peguam Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.
Apa yang menarik peguam D.P. Vijandran ini yang dulunya penentang Dato' Seri Samy Vellu, dia juga disebut ebagai penganti kepada Dato' Seri Samy Vellu pada satu ketika duhulu.
Tapi isunya tenggelam kerana pembabitan Vijandran dengan Video Lucah adegan dia sendiri sebagai pelakon utama. Mengikut maklumat salah seorang "pelakon" wanita dalam video tersebut telah membunuh diri.(perlu disiasat semula adakah betul membunuh diri ataupun pembunuhan)
Petikan ini membantu untuk pembaca memahaminya;
Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.
Innadeyyy..???
ReplyDeletePoodahhh.!!
Cehh.!!!!