Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, September 9, 2010

Lawyer For Liberty dalang 'memorandum' kes remaja ditembak polis

PUTRAJAYA: Wakil keluarga enam kes ditembak polis dan mati ketika dalam tahanan hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta tindakan diambil ke atas anggota polis yang menyalah guna kuasa.

Kes yang dimaksudkan termasuklah kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis di Shah Alam, Selangor April lalu, dan temannya, Azzamudin Omar, 15, yang cedera ditembak dalam kes sama.

Kes-kes lain adalah Mohd Afham Arin, 18, dari Johor yang meninggal dunia akibat ditembak pada Oktober tahun lalu, Norizan Salleh, 30, dari Kuala Lumpur yang terkena lima tembakan juga pada Oktober tahun lalu, Shahril Azlan, 26, dari Selangor yang cedera ditembak pada April tahun lalu dan A Kugan, 22, yang mati dalam tahanan polis Jan tahun lalu.


Memorandum itu dihantar bersama oleh beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan Lawyers For Liberty dan diserahkan kepada wakil kementerian di sini.


Jurucakap Lawyers For Liberty N Surendran berkata, keluarga mangsa mahu tindakan diambil ke atas semua pegawai polis yang menyalah gunakan kuasa, termasuk pendakwaan atau tindakan disiplin.


"Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pesalah supaya kejadian penyalahgunaan kuasa polis seperti ini tidak berulang lagi pada masa depan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails