Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, February 15, 2011

Demi Islam, Kerajaan Malaysia batalkan konsert Mohsen

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengesahkan tidak membenarkan konsert penyanyi Iran, Mohsen Namjoo, diadakan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar), berkata, kementerian terbabit menerima permohonan daripada penganjur pada 11 Februari lalu untuk mengadakan konsert Mohsen di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat ini.


“Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK PUSPAL) pada hari ini (14 Februari) menolak permohonan daripada penganjur terbabit.

“Kita mendapati konsert itu tidak sesuai diadakan di negara ini dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.




Sementara itu di Sepang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konsert penyanyi itu kerana siasatan dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu penyanyi itu mempunyai unsur menghina al-Quran dan agama Islam

My Ping in TotalPing.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails