Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, February 27, 2011

PAS hairan hanya 10 orang sertai program PAS bersama PTPTN dan MARA

TEMERLOH 26 Feb. - Mungkin kerana kehabisan modal pada Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Dewan Pemuda Pas Pusat cuba memainkan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan Mara yang didakwa menindas pelajar.

Sehubungan itu, mereka mengadakan satu program khas iaitu Perjumpaan Peminjam PTPTN dan Mara di Hotel Seri Malaysia di sini, tidak jauh daripada DUN Kerdau.

Malah penganjuran program itu turut diuar-uarkan ketika Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kayat berucap pada proses penamaan calon DUN Kerdau sedang berlangsung di Dewan Tun Razak.

Menurut Suhaizan, program itu dibuat di Temerloh kerana Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Said berasal dari kawasan ini.

Ismail ialah Ketua UMNO Kuala Krau dan Ahli Parlimen Kuala Krau dengan DUN Kerdau merupakan salah satu DUN di bawah kawasan pilihan raya beliau.

Namun program yang dijadualkan pada pukul 2 petang itu tidak mendapat sambutan walaupun pemimpin yang datang ialah Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, naibnya, Ahmad Sabki Yusof dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut.

Sambutan dingin itu hampir menjejaskan moral pemimpin Pas terbabit yang dilihat termangu dan ternanti-nanti kedatangan orang ramai.

Namun, kerana sudah terdapat tiga orang di dalam dewan itu, program tersebut akhirnya dimulakan pada pukul 3 petang dengan Ahmad Sabky menyampaikan ucapan aluan.

Ketika dia berucap, terdapat kira-kira 10 pelajar di dalam dewan itu yang mengikuti program berkenaan.

Menurutnya, program tersebut bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang pinjaman PTPTN dan Mara serta isu berkaitan.

Katanya, Dewan Pemuda Pas sendiri kurang pasti dengan sambutan dingin program tersebut walaupun ia bertujuan membantu pelajar yang terlibat.

2 comments:

  1. mau nya penghutang menunjukkan muka kepada pemiutang....buatnya si PTPTN minta alamat tempat kerja..... bukanyya orang Pas nak tolong bayor ponnnnn

    ReplyDelete
  2. NAK JADI ROBIN HOOD LA TU

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails