Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, July 1, 2011

Khutbah Jumaat larang sertai Demo Bersih.Lebih baik muafakat.

Jangan lah kamu kumpulan laki-laki memusuhi, mencerca kumpulan lelaki yang lain kerana barangkali kumpulan lelaki yang kamu musuhi, cerca itu lebih baik dari kumpulan kamu. Dan janganlah kamu kumpulan wanita memusuhi, mencerca kumpulan wanita yang lain kerana barangkali kumpulan tersebut lebih baik dari kumpulan kamu.

Khutbah yang di baca oleh imam tadi menyerap masuk dalam fikiran saya sebentar tadi lantas berfikir apakah keperluannya Demonsrasi bersih ini yang hanya boleh menghasilkan kemudaratan kepada masyarakat di negara kita. Banyak wang yang akan dibelanjakan untuk membawa manusia berotak lembu untuk ke sana. Banyak harta benda yang akan rosak, Ramai askar dan tentera terpaksa dikerah untuk menjaga keselamatan negara.

Adalah lebih baik jika kita hindari perbuatan yang boleh memudaratkan ini. Lebih elok jika masa hujung minggu kita dihabiskan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan hubungan kita dalam masyarakat setempat daripada memperjuangkan sesuatu yang sia-sia di tengah jalanraya di bandaraya Kuala Lumpur itu nanti.

2 comments:

  1. mana ada bro, tadi kat ampang, dia kata BERSIH ok,.....lepas tu kuarkan nas-nas menyokong...
    ada jemaah yang keluar sebab dari 1.30 sampai 2.15 petang khutbah,ada packik kata ini bukan ceramah politik dan lepas tu khatib cakap orang mcam ini bodoh, jahil.... he apada.....

    ReplyDelete
  2. Salam, pada tengah hari tadi saya bersembahyang jumaat di Masjid Al Ghufran di pinggiran Taman Tun Dr Ismail. Merujuk pada catatan saudra, memang betul khutbah berkisar demo demo yang akan merusakkan islam. Yang paling saya tak puas hati ialah imam yang mengendalikan video powerpoint semasa khutbah telah sengaja melengahkan dua slide mustahak yang menyebut pasal hujah hujah kenapa umat islam jangan menhadirkan diri berdemo. Saya mengesyorkan agar imam ini patut diambil tindakan oleh Majlis Agama Islam WP.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails