Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, June 26, 2011

BN lebih cekap bahagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

KOTA BAHARU 26 Jun - Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM42.2 juta peruntukan wang ehsan kepada Kelantan sejak program itu dilancarkan pada November tahun lepas bagi membantu pelajar cemerlang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini seramai 9,000 pelajar cemerlang, serta 2,800 pelajar yang diterima masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima bantuan itu.

“Kita tidak pernah ambil satu sen pun dan istilah wang royalti minyak tidak pernah wujud di Kelantan,” kata Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Kelantan pada majlis penyampaian sumbangan wang ehsan pelajar cemerlang 2010, di sini hari ini.

Pada November tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kelantan akan menerima wang ehsan daripada Kerajaan Pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu.

Mustapa juga berkata, Kelantan tidak layak menggunakan istilah royalti kerana sumber gas yang dicari gali kini adalah di luar tiga batu nautika dari pesisir Kelantan dan ia terletak di kawasan bertindih antara Malaysia-Thailand.

"Apa yang diberikan oleh pusat adalah peruntukan wang ehsan atas sifat prihatin pusat kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Katanya, sebanyak RM100 diberi kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), RM150 untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), RM200 untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan RM800 untuk pelajar ditawarkan ke IPTA. - Bernama

Kalau PAS yang bagi dah tentu kroni mereka sahaja yg sapu licin........

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails