Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, June 18, 2011

Good Idea: Pinjaman ditarik jika gagal capai PNGK 2.0

JOHOR BAHARU 18 Jun – Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah adalah wajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini katanya bagi mengelakkan ketirisan wang pembayar cukai.

"Sesiapa sahaja yang pencapaian PNGK mereka 2.0 ke bawah baik dihentikan pinjaman itu dan pelajar yang kurang komited patut menghentikan pengajian serta memilih untuk belajar semula dalam bidang yang bukan bercorak akademik,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan gred serendah itu, pelajar terbabit akan sukar memperolehi pekerjaan sekali gus menimbulkan masalah dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Khaled diminta mengulas kenyataan Ahli Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zin yang dilapor berkata agensi itu tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. - Bernama

1 comment:

  1. PNGK 2.0 kalau ikut gred ialah C. Budak yg tak penah pegi kelas je boleh dapat PNGK below 2.0. Nak graduate macam mana sebab syarat bergraduasi ialah sekurang-kurangnya PNGK 2.0. Memang patut pun ditarik balik.

    rose

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails