Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, June 27, 2011

Taiwan pasang perangkap psikologi untuk skuad kelayakan piala dunia Malaysia

Ketua jurulatih Taiwan hadir lewat 2 hari daripada pemain-pemain mereka menjelang perlawanan kelayakan piala dunia menentang Malaysia jelas merupakan satu perangkap untuk mengganggu persediaan skuad negara. Mereka kononnya berhadapan masalah antara jurulatih dengan pemilihan pemain yang dibuat oleh pengurusan mereka yang jelas merupakan satu perangkap sahaja.Setelah melatih pasukan Taiwan selama 3 tahun mereka jelas dan nyata mahu menggunakan pendekatan psikologi untuk mengganggu mental pemain Malaysia. Dengan anggapan pasukan Taiwan tidak berada pada keupayaan sebenar sudah tentu pemain negara menjangkakan satu perlawanan yang mudah di Bukit Jalil sebelum mereka akan diberi pengajaran oleh Taiwan ketika perlawanan timbal balik nanti.

Malaysia tidak boleh terganngu dengan tektik psikologi seperti ini yang sering digunakan oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman dalam menyerang pasukan lawan sebelum perlawanan bermula. Malaysia perlu bermain dengan agresif dan bersemangat untuk mencari bekalan selesa sebelum menghadapi segala kemungkinan semasa bermain di Taiwan.  Penyokong-penyokong sekitar kuala lumpur juga disarankan hadir beramai-ramai untuk memenuhi segenap pelusuk stadium untuk membantu skuad negara seperti yang berlaku ketika perlawanan skuad olimpik baru-baru ini.

Semoga skuad bolasepak negara akan terus mengharumkan nama negara dan terus meningkatkan prestasi agar zaman kegemilangan bolasepak negara bakal dikembalikan tidak lama lagi. Ingatlah para pejuang bolasepak negara bahawasanya 1 Malaysia berada di belakang anda dan mengharapkan kejayaan anda. MAJULAH BOLASEPAK  UNTUK NEGARA........HIDUP BN......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails