Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, June 28, 2011

JIHAD: Flotila mara ke GAZA walaupun diancam ISRAEL.

KUALA LUMPUR 28 Jun – Kira-kira 10 buah kapal yang membawa hampir 3,000 tan barangan bantuan akan belayar dalam masa beberapa hari menuju ke Gaza bagi menentang tindakan pengepungan Israel terhadap wilayah itu.

Kapal Perancis, Dignity/Karama berlepas dari Pelabuhan Corsica, sebuah kepulauan di Perancis pada 25 Jun untuk bersama-sama dengan sekurang-kurangnya sembilan kapal misi kemanusiaan antarabangsa “Freedom Flotilla II” belayar ke Gaza untuk menentang pengepungan itu.

Menurut kenyataan Flotilla, usaha Israel untuk menghalang kapal itu di pelabuhan, termasuk tekanan kepada kerajaan-kerajaan, ancaman terhadap syarikat insurans dan komunikasi, ugutan kepada pembela hak asasi manusia dan taktik kotor lain telah gagal, dan Freedom Flotilla II akan belayar.

"Dalam masa akan datang, kapal Flotilla lain, dua buah kapal kargo dan tujuh kapal penumpang lain akan berlepas dari pelbagai pelabuhan ke tempat berkumpul di perairan antarabangsa di mana kapal itu semunya akan belayar ke Gaza.

"Kita akan membawa hampir 3,000 tan barang-barang bantuan dan beratus-ratus orang awam dari berpuluh-puluh negara termasuk anggota parlimen, politik, penulis, artis, wartawan dan ahli sukan serta wakil-wakil orang asli dan kumpulan pelbagai kepercayaan.

"Malangnya sesetengah kapal kita menghadapi kelewatan akibat aduan daripada Pusat Undang-undang Israel, yang cuba mensabotaj sesetengah kapal serta pentadbiran yang ditimbulkan oleh kerajaan Greece dalam respons terhadap tekanan Israel,” katanya.

International Freedom Flotilla II menyatakan bahawa ia menggesa kerajaan Greece agar jangan bersubahat dengan tindakan haram Israel dengan membuat tekanan.

"Ini telah disahkan berkali-kali oleh pelbagai badan hak asasi manusia antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

"Tidak dipersoalkan bahawa dasar penutupan Israel ada kesan buruk terhadap penalukan rakyat Gaza dan soalan kenapa komuniti antarabangsa membenarkan Israel terus melanggari undang-undang itu dan hak rakyat Palestin dengan impuniti,” tambahnya.

Kenyataan itu menekankan bahawa sungguhpun ada ugutan, tekanan dan ancaman keganasan daripada kerajaan Israel, kapal itu akan belayar. - Bernama

Pengecut je yg kecut nak teruskan misi pelayaran ni...........

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails