Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, May 2, 2011

Kerajaan Nik Aziz masih gagal tunaikan janji pilihanraya 1996.

KOTA BHARU 2 Mei - Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan janji mereka untuk membina sebuah jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubungkan Kampung Cina di sini dengan Palekbang di Tumpat, bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, difahamkan jambatan tersebut akan dibina sebuah syarikat yang mendapat hak untuk membangunkan kawasan tebing sungai tersebut, Lembah Sireh.

Beliau berkata, janji tersebut dibuat kira-kira 10 tahun lalu dan majlis peletakkan batu asas pembinaan jambatan itu telah diadakan, bagaimanapun sehingga sekarang tidak ada tanda-tanda ia akan dibina.

"Disebabkan kegagalan itu, Kerajaan Pusat yang prihatin dengan masalah dihadapi rakyat negeri ini telah memasukkan cadangan membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan projek itu sedang berjalan," katanya melawat tapak pembinaan jambatan tersebut di sini, hari ini.

Pada 1996, Kerajaan Pas Kelantan telah mengadakan majlis peletakan batu asas pembinaan jambatan ketiga di Kampung Palekbang, Tumpat yang menghubungkannya dengan Kampung Cina.

Kira-kira tujuh tahun kemudian, sebuah syarikat mengumumkan untuk membina jambatan tersebut dengan kos RM150 juta, termasuk dalam pakej pembangunan tebing Sungai Kelantan bernilai sebanyak RM2 bilion. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails