Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, May 1, 2011

Pemimpin PAS bercanggah pendapat tentang penubuhan Negara Islam

Parti Islam Semalaysia ( PAS ) telah menzahirkan pandangan bercanggah mengenai pendiriannya berhubung Islam dan negara Islam. Semasa temubual dalam program Hardtalk, British Broadcasting Corporation (BBC), Naib Presiden PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu pendengar di seluruh dunia bahawa negara Islam bukannya satu objektif dalam perlembagaan parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata media telah menggunakan istilah `negara Islam' untuk `menakutkan orang bukan Islam'.

Tetapi ketika Mustafa menyatakan pandangannya itu kepada pengantara Hardtalk, Tim Sebastian dalam satu temubual yang dikendalikan oleh penyampai yang pernah memenangi anugerah itu di Kuala Lumpur awal bulan ini, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula pada hari yang sama telah menyatakan pandangan yang berbeza sepenuhnya.

Hadi, yang sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa Pas akan meneruskan perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negeri-negeri di bawah pemerintahannya, telah mengumumkan pada hari yang sama dengan temubual itu disiarkan, bahawa Terengganu, dengan beliau selaku Menteri Besar waktu itu, akan mewartakan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebelum hujung Oktober dan menguatkuasakan undang-undang itu serta-merta.

Mustafa memberitahu Sebastian: “Istilah negara Islam” tiada tercatat dalam perlembagaan parti kami...kami tidak pernah menyebut mengenai negara Islam dalam perlembagaan kami...kami menyebut bahawa masyarakat perlu mematuhi nilai-nilai baik yang menjadi pegangan Islam.

Hanya media yang menggunakan istilah negara Islam untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional juga memperbesar-besarkan isu itu untuk menakutkan orang bukan Islam sebagai satu cara untuk membolehkan mereka terus berkuasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails