Penyokong Pas dan PKR yang berpegang teguh pada ajaran islam hampa kerana akhbar kegemaran mereka lesu dalam melaporkan berita dari gaza berkaitan serangan rejim zionis israel ke atas kapal bantuan pelbagai negara ke gaza.
Adakah harakah dan suara keadilan tidak terkesan dengan tragedi ini ataupun berita ini tiada nilai untuk menghentam umno, orang melayu, Dr Mahathir dan semua pimpinan umno yang sering menjadi berita utama harakah dan suara keadilan saban hari sejak beberapa tahun kebelakanngan ini.
Mengapa Harakah daily dan suara keadilan tidak menghantar wakil mereka untuk menyertai konvoi keamanan tersebut ataupun mereka ini kecut dan takut untuk memperjuangkan umat islam palestin yang amat memerlukan sokongan, bantuan dan laporan media yang hebat bagi menentang kekejaman media barat keatas orang islam.
Bangkitlah harakah daily dan suara keadilan blogspot untuk benar-benar memperjuangkan nasib orang islam yang amat memerlukan dan hentianlah perbuatan melaga-lagakan pimpinan malaysia yang sudah terbukti memperjuangkan nasib orang islam di malaysia dan juga di Gaza
No comments:
Post a Comment