Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, June 22, 2010

Sensasi- Anwar dibogelkan lagi oleh ahli parlimen bebas isu elizabeth wong

Oleh: AL KAMAROLZAMAN ABD LATIF


SHAH ALAM 15 Jun. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar segera tampil menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang mendakwa Anwar mempunyai video Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Video tersebut dikatakan berhubung isu gambar-gambar separuh bogel ADUN berkenaan yang heboh diperkatakan satu ketika dahulu.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata pihaknya menganggap dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru itu sesuatu yang berat kerana ia melibatkan satu kesalahan jenayah jika benar Anwar menyimpan video terbabit.

“Apatah lagi video itu berkaitan seorang wakil rakyat yang juga Exco Kerajaan Negeri.

“Anwar perlu tampil segera menjawab dakwaan ini. Kalau benar Anwar ada menyimpan, kita dan juga rakyat mahu tahu apa motif beliau menyimpan video terbabit tapi jika dakwaan Zahrain itu palsu maka Anwar perlu ambil tindakan”, katanya.

Beliau berkata demikian sebegai mengulas pendedahan terbaru Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengatakan pernah satu ketika Anwar memaklumkan beliau ada video berhubung isu gambar-gambar separuh bogel ADUN PKR Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Malah Anwar turut menyifatkan wanita itu tidak patut kekal sebagai wakil rakyat dan Exco kerajaan Selangor.

Suhaimi seterusnya menegaskan jika Anwar berdiam diri maka Anwar sebenarnya bersubahat dalam kerja-kerja tidak bermoral dan melakukan jenayah yang besar.

Tambah beliau lagi pembangkang perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar mengamalkan prinsip integriti, telus dan bersih dalam pentadbiran mereka.

“Sudahlan simpan video tak bermoral dan si pelaku dalam video itu pula adalah pemimpin kerajaan negeri maka tuduhan ini cukup-cukup berat.

“Kita harap Anwar tak perlu berdolak dalih dan kita yakin Anwar mempunyai barisan peguam yang cukup handan untuk mengheret Zahrain ke muka pengadilan sekiranya tuduhan itu fitnah semata-mata”, ujarnya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails