Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, June 30, 2010

Nik Aziz bongkak anggap dirinya sahaja yang betul

Nik Aziz sekali lagi menggemparkan bumi islam Malaysia dengan bonkak dan sombong menempelak 40 ulama yang menyertai umno sebagai buta politik, ulama sekular dan tidak berpegang kepada ajaran islam sebenar seperti yang diinginkan parti pas.

Selama ini penyokong pas memperlekehkan umno kerana tidak di terima oleh golongan ulama perlu membuka mata, hati dan minda mereka tentang apa yang ingin ditampilkan oleh golongan ulama yang berilmu agama ini untuk menyedarkan mereka tentang penyelewengan agama yang dibawa oleh parti PAS.

Penyokong pas selalu mencaci golongan yang berselisih pendapat dengan ulama mereka walaupun sebenarnya perselisihan pendapat dibenarkan di dalam islam. walaubagaimanapun perbuatan nik aziz menempelak golongan ulama muda ini adalah amat hina dan menjatuhkan maruah pas ke lembah paling hina.

Kebanyakan ulama yang berpegang teguh kepada ajaran islam selama ini lebih mementingkan peranan di masjid-masjid di pondok-pondok pengajian agama, di sekolah sekolah agama daripada menceburkan diri dalam bidang politik. Walaubagaimanapun ada  juga golongan 'mengaku' ulama yang gilakan kuasa, pangkat dan harta yang mencemarkan maruah agama mereka dengan bermain politik dan menghasut golongan yang cetek ilmu untuk menyokong mereka dan mempergunakan islam dalam memuaskan nafsu dunia mereka.

Walaubagaimanapun perbuatan mempergunakan islam ini akan ditentang oleh golongan ulama sebenar yang tidak gilakan kuasa, harta di dunia dengan menjadi ahli biasa dalam umno bagi menunjukkan parti mana yang sebenar-benarnya yang memperjuangkan islam. Mereka sudah tidak boleh lagi berdiam diri kerana jika kuasa politik di malaysia jatuh ke tangan manusia yang mempermainkan agama maka tidak mustahil agama islam di negara tercinta ini akan dipersenda oleh penganut agama lain di malaysia.

Bangkitlah umat Islam Malaysia, Bangkitlah pejuang-pejuang melayu. Perkuatkan barisan dan saf kita. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

1 comment:

  1. salam perjuangan dari parti-islam-melayu...blog saudara saya sudah link dalam blog saya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails