Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, June 8, 2010

Kami Bangga dengan Sukarelawan Malaysia ke Semenanjung Gaza

Kami rakyat Malaysia di seluruh dunia sangat2 berbangga dengan keberanian dan kesungguhan semua sukarelawan Malaysia ke bumi Palestine.

Mereka terdiri daripada 12 orang di atas kapal Mavi Marmara, yg menyaksikan 8 rakyat Turkey terkorban serta seorang Rakyat Amerika berketurunan Turkey turut terkorban serta berpuluh-puluh yg lain tercedera di atas serangan yg tidak berperikemanusiaan Tentera rejim Zionis.

Serta 6 orang lagi yang menaiki kapal Rachel Corie, nama kapal yang diambil sempena nama Ms Corie seorang aktivis Amerika yg terkorban di bumi Palestine.

kesemua 18 rakyat Malaysia yg berani tersebut akan dikenang oleh semua rakyat Malaysia serta masyarakat dunia sebagai pejuang keamanan dunia.

Mantan Perdana Menteri Malaysia yg sgt disegani Tun Mahathir Mohamed merupakan individu yg sgt dikagumi kerana dgn berani terus berusaha membebaskan rakyat Palestine dari terus dizalimi Israel. Kami mendoakan Tun terus sihat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails