politic latest epl latest kereta latest Aduan anda kepada email cikguleepk@yahoo.com Blog ini tidak akan melayan komen2 sampah daripada penyokong Pas, Pkr dan Dap
Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya
Monday, May 24, 2010
Harakah, tolonglah bercakap benar
Sebagai lidah rasmi pas, parti islam semalaysia. Tolonglah bercakap benar. Berikan bukti jika membuat suatu kenyataan. Dalam kes kelantan negeri maju di bawah pemerintahan PAS. Aku yang dah 28 tahun tinggal di kelantan ni rasa nak tergelak pun ada. Seorang rakan dari Pahang berkata. Orang kelantan sangat maju. Rumah di kelantan besar2 tiada sebiji pun rumah besar di pahang. Sukar untuk menerangkan kebenaran kepada kawan saya ini kerana dia hanya baca akhbar harakah. tolonglah, rumah di kelantan besar bukannya bantuan nik aziz tapi hasil titik peluh rakyat yang bekerja dengan kerajaan pusat seperti guru, kerani dan sebagainya yang berupaya membuat pinjaman perumahan kerajaan pusat lalu mampu membina rumah banglo yang besar termasuklah rumah ayah aku yang merupakan seorang askar pencen. Orang pahang tak mampu buat rumah besar bukan sebab kerajaan tak bantu tapi menurut kajian aku kebanyakan orang pahang terdiri daripada golongan peneroka felda yang dulunya merupakan orang miskin termasuk datuk aku yang turut mendapat bantuan kerajaan pusat lalu diberi bantuan tanah, rumah, pekerjaan dan sebagainya. mereka ini terdiri daripada golongan miskin dari negeri kelantan, kedah, selangor, perak, pahang dan lain-lain lagi. Oleh kerana pahang negeri yang luas maka tanah felda ini sekarang amatlah maju dengan hasil sawit dan getah. Orang-orang yang dahulunya miskin kini mampu membeli atau membuat rumah mungkin tidak sebesar rumah di kelantan tapi cukup untuk menampung tempat tinggal mereka dan keluarga mereka. Bagi yang tidak mampu tinggallah di rumah felda hasil bantuan kerajaan pusat. Kalau nak rumah besar so please kerja keras lah sikit macam orang kelantan yang hidup di negeri mundur tapi berusaha keras untuk membina rumah besar hasil titik peluh sendiri. so harakah sila jawab kenyataan ini.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment