GAZA CITY 31 Mei - Pejuang Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Genting Gaza.
“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab ‘intifada’.
Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam ‘serangan’ tersebut dalam satu kenyataan, yang turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan berkenaan. - AFP
No comments:
Post a Comment