Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara keatas YB Barisan Nasional Bung Mokhtar Radin membuktikan kerajaan malaysia amat telus dan tidak mencampuri urusan mahkamah. Jika kerajaan BN mempengaruhi keputusan mahkamah sudah tentu kes ini akan ditutup rapat dan tidak keluar ke dalam akhbar. Tapi kerajaan malaysia amat telus dan amat menghormati segala keputusan yang diputuskan oleh mahkamah .Hukuman oleh mahkamah perlu dihormati semua pihak. Semoga pihak yang dihukum akan insaf dan segera mematuhi undang-undang negara.
Perkara ini tidak mungkin berlaku jika pihak pembangkang mengambilalih pemerintahan negara. Hal ini adalah kerana mereka akan menutup segala kejahatan yang telah, sedang atau akan dilakukan oleh pemimpin yang memihak mereka bagi melihatkan seolah-olah mereka ini amat bersih. Sudah menjadi bukti benda yang kotor dan busuk seperti pemimpin pembangkang ini tidak akan dapat ditutup. satu persatu kemungkaran mereka akan terbongkar jua nanti.
Kes pasir akan terbongkar jua. Pemimpin korup akan musnah. Kes liwat akan selesai. Segeralah bertaubat wahai pemimpin. Pemimpin yang rasa diri mereka bersih, segeralah bangkit tinggalkan pkr Pakatan korupsi dan rasuah atau anda juga akan tenggelam di dalam bala yang akan menimpa mereka. kerana kekufuran tidak akan berjaya mengatasi kebenaran. Semoga Allah akan sentiasa bersama pemimpin yang jujur dan ikhlas
No comments:
Post a Comment