Penyokong yang bodoh merupakan penyokong yang sering diperalatkan oleh ketua mereka. Bagai kena pukau seperti lembu dicucuk hidung menurut segala perintah tuannya tanpa usul periksa walhal mereka boleh memilih untuk membuat atau membantah keputusan ketua mereka. Apa guna tuhan mengurniakan akal kepada kita jika hanya untuk tunduk kepada ketua yang menggunakan kita untuk kepentingan mereka tanpa memikirkan untung nasib kita. Daripada menjadi penyokong yang bodoh adalah baik jika kita dilahirkan menjadi seekor lembu.
Pembangkang yang bodoh adalah jenis orang yang tidak akan setuju dengan apa-apa perlakuan orang lain tanpa mengira perbuatan tersebut baik atau buruk. Mereka menggunakan pelbagai fakta atau fatwa yang entah betul atau tidak yang penting dapat menguatkan hujah mereka untuk membangkang. Bolehlah diibaratkan pembangkang yang bodoh ini sebagai lembu yang malas. Apabila tuan lembu menyuruh sesuatu lembu ini malas-malas sahaja. Disuruh makan tak mau, disuruh kerja lagi lah tak mau. Daripada menjadi pembangkang yang bodoh adalah lebih baik anda dilahirkan menjadi lembu yang rajin.
Salah satu yg pelik adalah menentang GST.
ReplyDeleteGST nie kalau dkat Germany orang panggil Mehrwerksteur (M.wst). GST di Jerman adalah sebanyak 19% Maksudnye kalau kite nak beli sebuah ipod yg berharga 100 euro so kene prepare dalam poket 120 euro(Lebih kurang), Ape kebaikan GST,, GST hanya dikenakan utk brg2 kehendak manusia bukan keperluan, sbb tue harga roti,mee,telor,bla bla murah dekat jerman, sbb kerajaan die ambik cukai dr org2 kaya pastu bg subsidi utk barang2 makanan. cube kite fikir, mmgla skrg nie dah xde orang mati kebulur dkt Malaysia tp duit td kerajaan boleh gune utk bg subsidi bg brg2 keperluan harian kite. kalau kerajaan naikkan harga gula waima 1sen pun kecoh satu dunia. Ni kan kerajaan nak kenekan GST 4% pun dah jd isu yg nak dimainkan pembangkang. Ambil contoh kenapa ekonomi Greece jatuh. Sebab die mudah, di Greece gaji kakitangan awam die terlalu tinggi, dan cukai die terlalu rendah, sbb itulah pd satu masa kerajaan die dah xde duit nk rotate. Kerajaan Jerman adalah yg paling kukuh di eropah sebabnye gaji yg sederhana dan cukai agak tinggi. Oleh tue kerajaan german ni byk duit. tu lah sbb kalau mane2 negara eropah nie ade problem jerman akan tolong,, di kuliah rakan2 kuliah kata jerman nie umpama bapa bg eropah, kalau anak2 x cukup duit bapak akan tolong.. Sebenarnya dasar ekonomi nie sgt baik 40% hasil negara Malaysia adalah datangnya dr Petronas, dan selebihnye adalah hasil2 cukai yg lain. Ekonomi malaysia adalah berasaskan produk dan bukannya berasaskan spekulatif pasaran semata-mata. Kite bertuah sbb pemimpin2 kita berbelanja dgn berhemah. mmg la boleh kalau kerajaan nak popular bg gaji RM10000 seorang, tp kite kene ingat tahun nie mungkin kita mewah tapi tahun depan macam mane.. so kerajaan kene berhemah dlm berbelanja sbb perbelanjaan yg melampau akan menyebabkan kite terjerumus dalam kancah kemelesetan ekonomi.