Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima (Pas) akibat kanser usus, akhir September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Che Hashim menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah buat kita di Galas pada kali ini.
Semoga kejayaan ini menambahkan semangat pemimpin serta ahli-ahli UMNO dan komponen menjelang PRU-13
No comments:
Post a Comment