Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, November 17, 2010

Sky News Australia rakam aksi sumbang Anwar di Australia

PUTRAJAYA 17 Nov.- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia merupakan satu suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

Perdana Menteri berkata, pandangan Anwar merupakan "satu suara sahaja tetapi suara yang minoriti".

"Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita... bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya.

"Dan (pandangan Anwar) tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa, pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata itu dikeluarkan oleh Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas alasan mengamalkan rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lepas, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails