Kedua-duanya hanya bermuka-muka dengan orang Islam.
Tak payahlah kita nak puji-puji YB DAP dan Mr Presiden yang celupar ini. Orang-orang missionary Kristian pun berlambak-lambak boleh baca Quran tetapi digunakan untuk putar belitkan otak dan iman orang Islam yang lemah supaya Quran juga boleh diliberalkan.Siap hafal Quran lagi.
Pertama kisah Jaafar Al tayyarkah yang memperdengarkan Surah Maryam kepada Raja najashi? Dan Raja najashi menangis apabila mendengar kebenaran ayat ayat Allah tersebut. persoalannya adakah Ngah menangis?
Kedua mengenai sayyidina umar al khattab, mari saya quotekan sedikit cerita menegai kisah itu.
Pada suatu hari, Umar al-Khattab pergi ke rumah adiknya Siti Fatimah setelah diberitahu bahawa adiknya telah memeluk agama Islam. Ketika beliau datang, Fatimah dan suaminya, Said sedang mendengar Khabbab membaca ayat suci Al-Quran. Khabbab ditugaskan oleh Rasulullah untuk mengajar mereka tentang agama Islam.
“ Wahai Fatimah, buka pintu rumahmu ataupun aku pecahkan!” teriak Umar al-Khattab. Mendengar teriakan tersebut , Fatimah dan Said menyuruh Khabbab bersembunyi di dalam bilik tidur. Umar al-Khattab menerpa masuk lalu bertanya, “Suara siapakah yang aku dengar tadi?”. Fatimah dan Said tidak menjawab . Umar al-Khattab ternampak sesuatu yang dipegang oleh Fatimah. “ Apa yang engkau pegang itu, wahai Fatimah?” Tanya Umar al-Khattab. “Wahyu Allah. Itu yang kami sedang baca tadi.” Mereka berdua dipukul dan dibelasah oleh Umar al-Khattab.
Melihat keadaan adiknya itu, tiba-tiba Umar al-Khattab berasa kasihan lalu berkata, “Aku tidak bermaksud hendak menyakiti kamu. Maafkan aku kerana tidak dapat mengawal perasaan marah” Umar meminta kebenaran untuk membaca lembaran yang tertulis ayat-ayat suci Al-Quran. “Pergilah mandi dan bersihkan diri dahulu. Selepas itu, barulah engkau boleh membaca ayat-ayat suci itu,” kata Fatimah.
Umar al-Khattab menuruti permintaan adiknya. Selepas membersihkan diri, Umar al-Khattab duduk bersimpuh di atas lantai lalu membaca ayat-ayat suci itu:
“ Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.Dan jika Engkau menyaringkan suara Dengan doa permohonanmu, (maka Yang demikian tidaklah perlu), kerana Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia dan Segala Yang tersembunyi”.(Surah Taha:1-7)
tengok perkataan:
"“Pergilah mandi dan bersihkan diri dahulu. Selepas itu, barulah engkau boleh membaca ayat-ayat suci itu,” kata Fatimah"
tapi tak tahulah kalau ada pakar sirah yang boleh tunjukkan kepada saya jika cerita di atas tidak benar.
memang kami tentang YB Nga . Sebabnya dia menggunakan ayat Allah untuk tujuan politiknya. Bukan untuk tujuan menunjukkan kebesaran Allah yang Satu, Muhammad pesuruh Allah dan Quran panduan yang benar bagi semua manusia! jangan saudara bandingkan Ngah dengan Raja najashi yang mengalirkan air mata tatakala mendengar ayat Allah begitu juga sayyidina Umar AL Khattab yang terus mahu memeluk Islam sejurus mendegra danmembaca kecantikan dan kebenaran ayat ayat Allah.mereka tidak menggunakan ayat Allah untuk tujuan POLITIK!
firman Allah SWT:
" Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam, "
surah annisa: 140
No comments:
Post a Comment