Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, November 9, 2010

Teresa Kok menggeletar terkencing dalam kain

SHAH ALAM 8 Nov. - Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor, Teresa Kok hari ini gagal menjawab soalan yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai sumbangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor untuk menaik taraf kawasan perindustrian di negeri itu.


Ketika diajukan soalan tersebut oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai perkara berkenaan, Teresa menjawab, "Saya tidak ada statistik."


Sebelum itu, beliau berkata, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 2009 telah memperuntukkan sejumlah RM28 juta bagi menaik taraf 24 kawasan perindustrian di Selangor.


Bagaimanapun, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, kawasan perindustrian di Selangor terutamanya di luar bandar berada dalam keadaan "sangat teruk".


Beliau mendakwa kerajaan persekutuan mengutip cukai daripada pelabur, sepatutnya menyalurkan peruntukan yang lebih bagi meningkatkan prasarana perindustrian di Selangor memandangkan Selangor menyumbang lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). - Bernama

1 comment:

  1. http://www.sengatsayang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails