SHAH ALAM 12 Nov. - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada 15 November ini.
Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang dewan undangan negeri di sini hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata, keputusan itu dibuat kerana baginda dukacita dengan kos terlalu tinggi mengadakan majlis itu.
Ramli berkata, pada asalnya majlis di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan itu adalah Majlis Makan Malam, baginda kemudian mencadangkan Majlis Makan Tengah Hari.
Kepada satu soalan, Ramli berkata: “Kosnya (makan tengah hari) lebih daripada RM300,000. Baginda berpendapat ia amat tinggi dan membazir,” katanya - Bernama
No comments:
Post a Comment