ALOR SETAR - Seorang wanita warga emas berbangsa Jerman dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumahnya di kampung Kerenjis, Kota Giam di Jitra dinaiki air minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Sawaludin Hamenudin berkata, Erna Fisher, 64, dilaporkan hilang kira-kira pukul 8.30 malam ketika keluar bersama anak dan menantunya untuk menyelamatkan diri daripada banjir.
"Arus deras telah menghanyutkan ketiga-tiga mereka tapi anak dan menantu mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment