Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, November 10, 2010

Kerajaan Kelantan tolak Husam Musa sbg Presiden KAFA

KOTA BHARU — Kerajaan Kelantan meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa agar tidak melepaskan jawatannya itu demi kebaikan sukan itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, negeri Ab Fattah Mahmood berkata kepimpinan Annuar masih diperlukan oleh Kafa dan seluruh peminat bola sepak negeri itu selepas berjaya membawa kejayaan untuk pasukan bola sepak Kelantan.

"Saya secara peribadi meminta Tan Sri Annuar (Musa) tidak melepaskan jawatannya kerana banyak lagi yang perlu dilakukan beliau untuk kejayaan pasukan bola sepak.

"Kami di peringkat negeri sentiasa memberikan bantuan dan galakan kepada Tan Sri dan Kafa untuk membangunkan sukan ini ke peringkat yang lebih jauh lagi,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Annuar dalam reaksinya selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Okt lepas menyatakan cadangannya untuk melepaskan jawatan di Kafa bagi membolehkan beliau menjalankan tanggungjawabnya yang lebih mencabar sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). — Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails