Blog ini pernah menggemparkan petani-petani di daerah Pasir Puteh Kelantan apabila mengeluarkan cerita ketidak puasan hati seorang bekas pengerusi ahli jemaah pengarah yang cuba membatalkan kemenangan beliau sebagai ahli biasa lembaga jemaah pengarah kerana beliau bercita-cita besar untuk meneruskan penguasaan sebagai pengerusi jemaah lantas boleh memainkan peranan penting dalam pengambilalihan projek-projek fulus. Dengan penyebaran cerita tersebut maka kecohlah seluruh kampung dan pelusok daerah sehingga ada juga orang pejabat pertanian yang mungkin bersekongkol turut merasa bahang panasnya cerita tersebut sehingga perut mereka menjadi kecut berut kata orang kelantan setempat akibat terlalu takut.
Aksi mereka senyap seketika pada waktu itu ditambah pula dengan demam piala Malaysia melanda di kelantan maka cerita tersebut seperti akan berakhir di situ sahaja. Tiba-tiba penulis mendapat cerita dari spy dalam penulis di Pejabat pertanian pasir puteh bahawasanya agenda bekas pengerusi tersebut masih belum berakhir. Dengar katanya beliau siap menepuk meja seorang kerani wanita hanya kerana claim RM300 yang tidak ditandatangani pengerusi baru kerana tidak mengikut peraturan yang sewajarnya. Apakah beliau sudah jatuh bankrup hanya kerana tidak dapat memegang tampuk pemerintahan jemaah pengarah sehingga sanggup menjatuhkan maruahnya yang secebis itu dihadapan seorang kerani wanita. Nasib baik suami si kerani tu tidak tahu yang isterinya diperlakukan sedemikian kalau tidak mungkin tak cukup tanah (kata orang kelantan) untuk beliau melarikan diri buat kali ini.
Cukup dulu sampai disini kerana sebenarnya penulis ada lagi siri pendedahan membabitkan bekas pengerusi tersebut yang mahu diketengahkan tapi penulis mahu tengok reaksi mereka dahulu. Jika mereka hendak main kasar lagi selepas ini, maka bersedialah dengan siri pelbagai pendedahan yang berikutnya......ko lagu mano gu.
No comments:
Post a Comment