Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, November 15, 2010

Pembangkang di Malaysia paling bodoh di dunia

SEMASA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan mercu tanda 100 tingkat di kawasan Stadium Merdeka ramai yang mengerut kening.

Seperti biasa pembangkang akan membangkang. Tidak cukup dengan bara yang menyala, petrol dicurahkan. Dalam blog-blog pembangkang ia sudah mula dihujahkan.

Lazimnya ada rakyat yang sudah mula termakan. Mereka sudah lupa mereka juga pernah termakan bangkangan yang sama semasa DAP yang dikepalai oleh Lim Kit Siang menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu (yang kini anaknya Guan Eng meminta pembinaan jambatan kedua dipercepatkan).

Muka Kit Siang bengis ketika membuat bangkangan itu semasa Dr. Mahathir mengumumkan pembinaan jambatan itu pada sekitar 1985.

Kit Siang juga yang menentang pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (yang kini perlu diperbesarkan). Malah dia pernah mencabar pihak berkuasa apabila memandu kereta dengan enggan membayar tol.

Beliau dan konco-konconya juga menentang pembinaan menara berkembar Petronas, Putrajaya, litar F1 di Sepang dan juga lapangan terbang KLIA.

Bukan DAP sahaja, Pas juga menjaja isu itu ke seluruh pelosok kampung.

Bagi mereka semua itu membazir. Namun kini ada yang sudah termalu sendiri dengan bangkangan yang mereka buat itu. Guan Eng anak kepada Kit Siang mengakui jambatan Pulau Pinang yang ditentang bapanya itu kini perlu dibina sebuah lagi.

Rakyat seharusnya sudah belajar daripada episod-episod bangkangan itu. Ternyata apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk faedah jangka panjang rakyat. Rakyat kini amat berterima kasih di atas mercu-mercu tanda negara ini.

Kini Najib mahu mercu tanda 100 tingkat itu dibina. Ia akan menjadi menara milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah institusi yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak Melayu.

Apakah mercu tanda itu membazir? Ia juga kata-kata yang tersembur daripada mulut pembangkang semasa menara berkembar Petronas dibina. Kini siapa yang berani mempersoalkannya lagi?

Belum pun dibina, difahamkan 80 peratus ruang pejabat daripada manara 100 tingkat itu sudah dipenuhi.

Pengajaran yang boleh kita pelajari di sini ialah: Percayalah kepada apa yang dilakukan oleh para pemimpin kita.

Rekod selama 53 tahun telah membuktikan negara ini berjaya diuruskan dengan cemerlang. Walaupun semasa krisis ekonomi negara pada 1997/98, kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya negara di dunia ini yang berjaya menanganinya kegawatan itu dengan baik. Itu adalah fakta, bukan pembohongan.

Ketika negara-negara di dunia kini, termasuk kuasa besar Amerika Syarikat sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi masing-masing, negara kita Malaysia dijangka bakal menikmati pertumbuhan sebanyak 7 peratus tahun ini. Najib telah berjaya membawa keluar krisis itu dengan begitu cepat.

Nah, apa mahu lagi? Kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang tidak lain dan tidak bukan hanya mahukan kepercayaan itu.

Mana ada pemimpin kerajaan yang mahu melihat negaranya meleset dan terjunam. Mana ada pemimpin yang mahu melihat negaranya miskin dan rakyatnya merempat.

Najib tahu bahawa tanggungjawab yang dipegangnya ialah satu amanah kepada agama, bangsa dan negaranya.

Sempena dengan perhimpunan agung UMNO ke-61 tahun ini, Najib selaku nakhoda parti itu mengharapkan semua ahli-ahlinya memahami sepenuhnya hala tuju kapal yang dibawanya. Kepemimpinannya harus bersifat inklusif bukan eksklusif. Beliau mahu berlaku adil kepada semua.

Kapal yang dibawanya bukan sahaja terdiri daripada armada kapal-kapal parti, lebih daripada itu ialah kapal induk yang membawa harapan yang tinggi untuk semua.

Jangan hanya menjaga orang keliling sahaja, kata Syed Ali AlHabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras ketika menyatakan initipati yang diucapkan Najib semasa menyampaikan Taklimat Presiden kepada para perwakilan UMNO di perhimpunan itu di PWTC, semalam. Taklimat yang dijalankan secara tertutup itu berlangsung lebih satu setengah jam.

Semua kelasinya harus bekerjasama dalam satu pasukan untuk kejayaan negara ini. Jangan jadi umpama ketam dalam bakul yang masing-masing mahu menyelamatkan tengkuk masing-masing atau kumpulan masing-masing sahaja, kata Najib

Beliau mahu memahamkan kita semua bahawa gagasan 1Malaysia yang dibawanya ialah merupakan satu manifestasi kapal induk yang di dalamnya terdiri daripada anak-anak kapal yang bekerja secara sama dan adil. Kapal bakal tenggelam jika anak-anak kapalnya tidak bersatu.

Ternyata Najib kelihatan bersungguh-sungguh mahu supaya ahli-ahlinya faham mengenai konsep 1Malaysia yang dibawanya.

Beliau mahu orang Melayu percaya sepenuh kepadanya bahawa kepentingan mereka tidak sama sekali akan diketepikan, atau dikecilkan -- namun dalam masa yang sama bangsa-bangsa lain akan dilayan dengan saksama.

‘‘Politik ialah permainan angka,” kata Najib lagi yang dipetik Syed Ali. Jika satu angka itu tidak disokong angka yang lain, kita tidak boleh mendapat angka majoriti yang dikehendaki. Itulah 1Malaysia yang dimaksudkan.

Inilah pendekatan Najib yang beliau mahu semua orang, terutama bangsanya sendiri faham. ‘‘Orang Melayu tidak akan diketepikan kepentingan mereka, itu janji beliau,” kata Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan.

Ternyata Najib mahu mengubah budaya berfikir ahli-ahli UMNO ke satu tahap lain dengan penuh hikmah dan matang. ‘‘Berlaku adillah kepada semua,” kata Najib sambil memetik sepotong ayat al-Quran.

UMNO perlu melihat ke hadapan, tanpa melupakan yang lepas. Para pemimpin UMNO sekarang perlu menangani kemunculan empat juta ahli baru yang mempunyai cita rasa yang berbeza.

Dalam masa parti-parti pembangkang lain mulai suram dan caca-marba seperti yang berlaku kepada PKR sekarang, UMNO dan rakan-rakan BNnya harus mengambil kesempatan itu sebaik mungkin.

Perbaikilah parti yang ada. Pilihlah calon yang sesuai yang tepat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Najib menyebut pilihlah calon yang ‘winable’ (yang boleh menang), kata Zahid.

Benar kata beliau, calon-calon kini merupakan keutamaan kepada Barisan Nasional dan UMNO, khususnya. Jika dulu letak selipar pun boleh menang, kini BN perlu meletakkan calon yang dicinta dan digilai oleh pengundi.

Salah letak calon, kalah parti. Jika parti kalah, maka ia mempunyai implikasi yang besar dalam PRU ke-13 kelak. PRU setahun setengah ke dua tahun lagi ini merupakan cabaran yang paling besar buat UMNO.

Namun jika melihatkan perkembangan semasa Anwar Ibrahim sendiri didesak bertaubat oleh ahli-ahlinya, maka UMNO perlu menggemblingkan sepenuh kudrat untuk mengambil alih negeri-negeri yang tewas. UMNO dan ahli-ahlinya harus berfikir secara strategik, ujar Najib.

Benar, sebarang percaturan dan keputusan harus dibuat dengan penuh beringat, berhemah dan berstrategi.

Yang pasti keyakinan rakyat kini semakin pulih semula ke arah kerajaan semasa dan parti pemerintah.

Sebagai parti yang semakin demokratik, tahun depan memperlihatkan seorang calon UMNO akan dipilih oleh 140,000 perwakilan, maka masa depan parti itu kelihatannya amat cerah sekali. Walaupun ada yang berkata UMNO mungkin berada di akhir hayatnya, tapi hakikatnya ia masih boleh terus berlari.

UMNO sebenarnya masih releven. Orang Melayu sebenarnya tiada pilihan terbaik lain selain UMNO. Begitu juga bangsa-bangsa lain di negara ini.

Oleh itu, berilah kepercayaan anda.

2 comments:

  1. Allahyarham Ust Fadhil Noor bekas presiden PAS pernah berkata Puterajaya adalah satu pembaziran jika PAS menang Puterajaya akan dilelong. Sekarang PAS sanggup lacurkan Islam untuk menawan Puterajaya.

    ReplyDelete
  2. salam,

    PNB nak bina menara,PAS jadikan isu tapi Pas sendiri kat Kelantan satu masjid pun tak pernah bina sepanjang 20 tahun memerintah!

    wassallam

    PAShit

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails