Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, November 21, 2010

Pengundi BN di Pos Brooke DUN Galas dapat jambatan baru

GUA MUSANG 21 Nov — Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan menyediakan peruntukan RM15,000 bagi membaiki segera jambatan gantung merintangi Sungai Belatop yang runtuh di Pos Brooke Lama, dekat sini, sejak 13 Nov lepas.

Pemangku Pengarah JHEOA Kelantan, Abdul Razak Arhad berkata pembaikian itu penting bagi mengelakkan penduduk di tiga kampung termasuk Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil terus terputus hubungan.

"Kita telah melantik sebuah kontraktor bagi kerja-kerja pembaikkan jambatan gantung itu dan dijangka dapat digunakan semula dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Bernama semasa melawat jambatan berkenaan hari ini.

Jambatan gantung itu runtuh akibat dirempuh batang balak yang dihanyutkan arus sungai deras semasa hujan lebat pukul 11 malam 13 Nov lepas hingga menyebabkan penduduk Orang Asli di kampung terbabit terpaksa mengharungi sungai untuk ke Pos Brooke.

Abdul Razak berkata, sebuah lagi jambatan buluh yang dibina penduduk Orang Asli menghubungkan Kampung Liak dengan Kuala Renggil turut dihanyutkan arus sungai.

Beliau berkata, pihaknya bercadang membina sebuah jambatan gantung untuk mengatasi masalah penduduk kampung terbabit tetapi masih dalam peringkat penentuan harga. — Bernama

1 comment:

  1. klu PAS menang ari tu.. he he he tak dapet den nak nolong.. he he

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails