Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, November 2, 2010

Undurlah sebelum semua orang membenci kamu

Sudah sampai masanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari dunia politik kerana banyak rentak politiknya dilihat semakin tidak seimbang.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin (gambar) yang berkata, Anwar perlu menerima hakikat bahawa zamannya akan menyusur pergi dan tidak mungkin generasi baru akan terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politiknya yang sama.

“Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” katanya dalam entri terbaru di blognya http://drmaza.com yang bertajuk Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru.

Mohd. Asri berkata, politik negara kini memerlukan nafas baru sama ada dari dalam kerajaan ataupun pembangkang.

Katanya, sebagai rakyat biasa beliau juga ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti.

“Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai,” katanya.

Beliau berkata, perkara yang perlu dinilai termasuklah keperluan negara untuk mewujudkan idea politik yang berlandaskan kebijaksanaan dan pemikiran bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina-menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinan mereka yang berteras ilmu dan budi. Justeru kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas,” jelas beliau.

Katanya, ahli politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang yang merasakan zaman mereka sudah habis perlu memberi laluan kepada generasi baru demi kebaikan rakyat.

1 comment:

  1. Bukan sorang saja mahaliwat saja yang patut berundur ostat Nik Aziz @mahaselipar patut berundur terus dari politik Malaysia...dua ni mahahaprak siapa setuju...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails