Lim Kit Siang buat pengakuan kalah awal sebelum tarihh penamaan calon tidak lain bertujuan untuk meraih undi simpati daripada pengundi-pengundi atas pagar supaya tidak keluar untuk mengundi BN. Ditambah pula PAS yang meletakkan calon wanita yang sememangnya mengharapkan belas ihsan pengundi untuk mengundi mereka. Mereka amat yakin jika beradu jantan-sama jantan sudah pasti mereka akan teruk dibelasah UMNO maka mereka mengambil jalan berliku dengan mengharapkan undi simpati penyokong BN.
Jangan kita terpedaya dengan helah mereka yang akan menggunakan segala helah licik dalam mendapatkan kuasa duniawi. Rakyat Malaysia terutamanya orang melayu memang terkenal dengan sikap pemurah dan mudah bersimpati apatah lagi terhadap seorang wanita yang sudah pastinya akan teruk dibidas oleh fanatik-fanatik UMNO dalam sedikit masa lagi. Maka air mata Nik Aziz dan calon tersebut akan digunakan dalam meraih undi simpati pengundi. Yang pastinya apabila mereka mendapat kuasa nanti sudah pasti mereka akan menjadi budak suruhan DAP dan melupakan segala janji manis pilihanraya mereka.
Kita perlu ingat undi simpati pernah membuatkan MAWI menjadi kaya raya, undi simpati juga menolong Nabil menaiki singgahsana, Simpati Tun Abdullah juga menyebabkan Anwar bebas bagaikan anjing gila melalak-melolong untuk menggigit Tun. Perlukah kita memberi undi simpati kepada calon PAS ini yang akhirnya membelakangkan kita apabila sudah diulit kekayaan dan kemewahan duniawi. Sanggupkah kita melihat calon PAS tersebut menjadi lembu suruhan DAP. Ingatlah undi anda menentukan segalanya. JAngan terpengaruh dengan helah mereka. Sila bokot ceramah mereka. Sila boikot akhbar fitnah mereka. Jangan terpedaya dengan lakonan mereka. Fikirlah sendiri
No comments:
Post a Comment